Monday, May 24, 2010

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GAYA BAHASA

Untuk menjawab soalan gaya bahasa dalam genre sajak (Bahagian D) beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, antaranya:

1. Kenalpasti bentuk soalan gaya bahasa - ini adalah kerana bentuk-bentuk soalan akan menentukan jawapan yang perlu diberikan oleh calon.

2. Kenalpasti aspek yang diperlukan - merangkumi unsur gaya bahasa, definisi serta kesan penggunaan unsur gaya bahasa tersebut.

Secara keseluruhannya jawapan peringkat STPM memerlukan calon mengemukakan fakta, huraian dan juga contoh. Sehubungan itu, jika sekiranya soalan gaya bahasa tersebut memerlukan pelajar “Huraikan unsur gaya bahasa dalam sajak”, cadangan jawapan yang boleh diberikan oleh pelajar ialah seperti di bawah:

a) Mengemukakan FAKTA iaitu unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak (rujuk sukatan pelajaran)

b) HURAIAN - calon seharusnya mengingati definisi bagi setiap unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak yang disoal.

c) CONTOH - calon perlu menyalin contoh berdasarkan sajak yang diberikan. Ingat!!!! contoh untuk aspek gaya bahasa biasanya hanya satu baris sajak kecuali untuk gaya bahasa anafora dan juga epifora.

d) Calon perlu beri ulasan - yakni penjelasan contoh (wajib untuk unsur gaya bahasa inversi)

e) Kesan juga perlu dikemukakan dalam sajak.

Cadangan:

a) Untuk asonansi dan aliterasi - meninggalkan kesan kemerduan bunyi.

b) Gaya bahasa penegasan - meninggalkan kesan penegasan maksud atau penekanan kepada maksud tertentu yang hendak disampaikan

c) Gaya bahasa perbandingan - menjelaskan maksud / memberi gambaran yang lebih jelas.

d) Gaya bahasa pertentangan - meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengertian atau penyusunan kata-kata.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN MESEJ

Mesej ataupun kadang-kadang dalam soalan digunakan istilah seperti perutusan ataupun amanat merupakan antara aspek yang popular dalam soalan peperiksaan sama ada pada bahagian B, C ataupun bahagian D. Namun seringkali calon berdepan dengan masalah untuk menjawabnya. Sehubungan itu, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menjawab soalan mesej. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk menjawab soalan mesej ialah:

1. Menggunakan kaedah ayat mesej dimulakan dengan penggunaan perkataan penyajak atau pengarang seperti: Penyajak ingin menyatakan tentang...kemudian diikuti dengan isu yang terdapat dalam sajak (boleh diambil dari persoalan) seperti kepentingan pendidikan.
contoh: Penyajak ingin menyatakan tentang kepentingan pendidikan... kemudian calon seharusnya menyatakan untuk apa dan kenapa. Contoh ayat mesej yang sepatutnya ialah :
Penyajak ingin menyatakan tentang kepentingan pendidikan dalam memajukan diri dan negara.

2. Kaedah kedua pula ialah menggunakan ayat mengajar seperti :
Kita hendaklah mementingkan pendidikan untuk memajukan diri dan negara.


3. Kaedah ketiga
Meletakkan isu di bahagian depan ayat mesej diikuti dengan kata-kata mesej (hendaklah, sewajarnya, seharusnya, semestinya dsb) kemudian diikuti dengan kenapa (untuk apa - matlamatnya) Contoh:
Pendidikan seharusnya diberi penekanan untuk memajukan negara dan bangsa.

Sunday, May 23, 2010

SUKATAN 922/2 KM (Part 1)

1. Pengenalan

1.1. Definisi

1.2. Fungsi

1.3. Ciri

2. Jenis Kesusasteraan Melayu Moden

(i) Novel

(ii) Cerpen

(iii) Drama

(iv) Sajak

(v) Biografi

(vi) Esei/Kritikan

2.1 Aliran

(i) Klasikisme

(ii) Romantisisme

(iii) Realisme

(iv) Naturalisme

(v) Absurdisme

(vi) Surealisme

(vii) Islam

3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

3.1 Tahap

(i) Zaman Abdullah Munsyi

(ii) Zaman sebelum perang

(iii) Zaman selepas perang

3.2 Tokoh

(i) Abdullah Munsyi

(ii) Syed Sheikh Al-Hadi

(iii) Ahmad Rasyid Talu

(iv) Abdul Rahim Kajai

(v) Muhd Yassin Maamur

(vi) Ishak Hj Muhammad

(vii) Sasterawan-sasterawan Negara

(a) Keris Mas

(b) Shahnon Ahmad

(c) Usman Awang

(d) A. Samad Said

(e) Arena Wati

(f) Muhammad Haji Salleh

(g) Noordin Hassan

(h) Abdullah Hussain

3.3 Persoalan dan realiti masyarakat

(i) Pertembungan timur-barat

(ii) Refomasi pemikiran

(iii) Emansipasi wanita

(iv) Refomasi pendidikan

(v) Nasionalisme

(vi) Perpaduan

(vii) Dasar Ekonomi Baru

3.4 Institusi

(i) Pejabat Karang-mengarang

(ii) Sultan Idris Training College (SITC)

(iii) ASAS 50

(iv) Penerbit

(v) Dewan Bahasa dan Pustaka

(vi) Jabatan Pengajian Melayu

(vii) GAPENA

(viii) Anugerah sastera Negara

(ix) Hadiah Sastera

4 Kritikan Sastera

4.1 Pengenalan Kritikan

4.1.1 Definisi

Tanggapan awal dan kini

4.1.2 Fungsi

(i) Proses berkarya

(ii) Penghayatan karya

4.1.3 Ciri

(i) Sanjungan

(ii) Teguran

(iii) Saranan

(iv) Pendekatan

(v) Penganalisisan

(vi) Penilaian

4.2 Sejarah Ringkas

4.2.1 Tahap:

(i) Bermula pada 1949 (Aminuddin Baki)

(ii) Sebelum perang dan ASAS 50

(iii) Selepas perang

4.2.2 Tokoh:

(i) Asraf

(ii) Hamzah

(iii) Yahya Ismail

(iv) Kassim Ahmad

(v) Hashim Awang

(vi) Shahnon Ahmad

(vii) Sahlan Mohd Saman

(viii) Abdul Rahman Hanafiah

(ix) Ramli isin

(x) Mohd Yusof Hasan

4.2.3 Isu

(i) Konsep pertentangan fungsi seni

(ii) Idealisme formalistik

(iii) Kaitan sastera dengan masyarakat

(iv) Konsep sastera Islam/murni

(v) Penggunaan pendekatan Barat dengan pendekatan Melayu

4.3 Pendekatan

4.3.1 Formalistik

4.3.2 Agama/Moral

4.3.3 Kemasyarakatan (sosiologi)

4.3.4 Kemanusiaan (psikologi)

4.3.5 Keindahan (estetik/bahasa)

SUKATAN 922/1 KM (Part 1)

1. Pengenalan

1.1. Definisi

1.2. Fungsi

1.3. Ciri

2. Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional

2.1 Prosa Tradisional

2.1.1 Naratif

(i) Naratif lisan

(a) Mitos

(b) Lagenda

(c) Cerita rakyat

(ii) Naratif tulisan

(a) Sastera sejarah

(b) Sastera hikayat

(c) Satera panji

(d) Sastera kepahlawanan/epik

2.1.2 Bukan Naratif

(i) Sastera undang-undang

(ii) Sastera agama

(iii) Sastera kitab

(iv) Sastera ketatanegaraan

2.2 Puisi Tradisional

2.2.1 Naratif

(i) Syair

2.2.2 Bukan Naratif

(i) Pantun

(ii) Gurindam

(iii) Endoi

(iv) Rejang

(v) Dikir/Zikir

(vi) Ruba’i

(vii) Nazam

(viii) Masnawi

(ix) Ghazal

(x) Berzanji

(xi) Qit’ah

(xii) Seloka

(xiii) Teromba

(xiv) Talibun

(xv) Peribahasa berangkap

(xvi) Mantera

3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

3.1 Tahap

(i) Sastera lisan

(ii) Sastera tulisan

(a) Zaman Pra-Islam

(b) Zaman Islam

3.2 Tokoh

(i) Tun Seri Lanang

(ii) Hamzah Fansuri

(iii) Bukhari al-Jauhari

(iv) Nuruddin al-Raniri

(v) Sheikh Daud al-Fatani

(vi) Raja Ali Haji

(vii) Syed Muhammad bin Zainal Abidin

(viii) Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani

3.3 Persoalan dan latar masyarakat

(i) Keagungan raja dan negara

(ii) Kepahlawanan

(iii) Kesetiaan rakyat

(iv) Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat

(v) Keagamaan dan kepercayaan

(vi) Pendidikan/moral

(vii) Gambaran masyarakat