Monday, August 30, 2010

PENULIS GURU


PENGENALAN
          Penulis2 yang bertugas sebagai wartawan dan terlibat secara langsung dalam penerbitan akhbar dan majalah.
          Pelbagai latar pendidikan.
          Mempunyai cita-cita yang tinggi bagi menyedarkan masyarakat tentang masalah2 yang berlaku.
          Ada yang bergiat dalam politik semasa.

TOKOH-TOKOH PENTING
          Abdul Rahim Kajai
          Ishak Haji Muhammad
          Syamsuddin Salleh
          Raja Mansor
          Ahmad Nawawi Muhammad

SUMBANGAN….Cerpen
          ABDUL RAHIM KAJAI:
        Antologi Pusaka Kajai I, II, III, IV
        Antologi Banyak Udang Banyak Garam
        Antologi Lain Padang
          Antara cerpen beliau:
        Awang Putat, Si Mat Pisang Rebus, Jamil-Jamilah

          ISHAK HAJI MUHAMMAD:
        Antologi Segar
        Antologi Lenggang Kangkong
          Antara cerpen beliau:
        Istana Berembun, Dolly-Bidadari Dari Shanghai, Rumah Kecil Tiang Sebatang, Burung Terbang Jangan Dipipiskan Lada.

SUMBANGAN….Novel
          ISHAK HAJI MUHAMMAD
        Putera Gunung Tahan
        Anak Mat Lela Gila
        Anak Dukun Deraman
        Budak Beca
        Tijah Tukang Cukur

          SYAMSUDDIN SALLEH
        Hidup yang Derhaka
        Siasat yang Dahsyat
        Kasih Berbalas
        Puteri Hutan Tanah Melayu

          RAJA MANSOR
        Bidadari Tanah Melayu
        Masa ke Mana
        Cinta Berahi Seorang Perempuan

SUMBANGAN….Rencana
          Menyentuh soal agama & masyarakat.
          Banyak disiarkan dalam akhbar dan majalah seperti Majlis, Warta Jenaka, Utusan Melayu dan Warta Ahad.
          Rencana Abdul Rahim Kajai banyak disiarkan dalam Utusan Melayu dan Lembaga Melayu.

TEMA DAN PERSOALAN

KESEDARAN NASIB BANGSA DAN NASIONALISME
          Cerpen ‘Istana Berembun’
          Cerpen ‘Dolly-Bidadari Dari Shanghai’
          Cerpen ‘Anak Dibuat Denak’

KEMUNDURAN EKONOMI ORANG MELAYU
          Cerpen ‘Awang Putat’
          Cerpen ‘Istana Berembun’
          Cerpen ‘Dolly-Bidadari Dari Shanghai’
          Cerpen ‘Anak Dibuat Denak’

MORAL, AKHLAK & KEAGAMAAN
          Cerpen ‘Jamil-Jamilah’
          Cerpen ‘Bercerai dalam Neraka Bertemu dalam Syurga’
          Cerpen ‘Apa Salahnya Riadah Gadis?’
          Novel ‘Puteri Hutan Tanah Melayu’

SIFAT-SIFAT KARYA

PLOT
          Binaan plot agak longgar.
          Pengarang mementingkan mesej
          Kemenangan sering berpihak kepada watak baik,watak jahat akan menerima balasan yang setimpal.
          Terdapat unsur-unsur khayalan
          Jalinan plot terganggu oleh peristiwa yang tidak penting.

WATAK & PERWATAKAN
          Protagonis & Antagonis
          Perlukisan watak - hitam putih, Encik/Si
          Watak jahat biasanya orang Inggeris, Cina, DKK, DKA & pembesar yang tamak.
          Watak berpasangan.
          Watak menjadi ‘boneka’ pengarang.

GAYA BAHASA
          Tidak seragam - bergantung kpd latar pendidikan penulis.
          Terdapat gaya bahasa laporan.
          Wujud pengaruh tradisi.
          Mementingkan mesej @ pengajaran.
          Bersifat didaktik mengenai agama dan politik.

PENULIS INTELEK AGAMA


PENGENALAN
          Memberi sumbangan pada tahun 1920-an dan 1930-an
          Mendapat pendidikan sekolah Melayu & Arab
          Terpengaruh dengan fahaman modenisasi Islam yang dibawa oleh Muhammad Abduh
          Kebanyakan menjadi guru & wartawan

TOKOH-TOKOH PENTING
          Syed Sheikh al-Hadi                           (Pelopor Novel Melayu)
          Ahmad Muhammad Rashid Talu       (Bapa Novel Melayu Asli)
          Ahmad Haji Ismail
          Sheikh Tahir Jalaluddin

ANTARA AKHBAR & MAJALAH SEBAGAI LIDAH RASMI
          Al-Imam
          Al-Ikhwan
          Saudara
          Pengasuh

SUMBANGAN & PERANAN
          Sumbangan penting dan besar dalam perkembangan ilmu dan kesusasteraan Melayu moden.
          Membentuk pemikiran masyarakat Melayu berkaitan ekonomi, sosial, dan politik.
          Syed Sheikh al-Hadi – menubuhkan Madrasah al-Masyhor di P.Pinang dan Madrasah Al-Iqbal al-Islamiah di Singapura.
          Menterjemah & menerbitkan siri-siri Cerita Rokambul oleh Syed Sheikh al-Hadi.
          Novel2 Melayu saduran Timur Tengah oleh Syed Sheikh al-Hadi:
                        Hikayat Setia Asyik kepada Makhsyuknya/ Hikayat Faridah Hanum (1925-26)
                        Hikayat Taman Cinta Berahi (1928)
                        Hikayat Anak Dara Ghassan (1929)
                        Hikayat Cermin Kehidupan (1929)    
          Ahmad Rashid Talu menulis dan menerbitkan beberapa novel Melayu asli.
                        Kawan Benar (1927)
                        Iakah Salmah (1928)
                        Dua Belas Kali Sengsara (1929)
                        Siapa Jahat (1930)
          Syed Sheikh al-Hadi juga menghasilkan buku-buku agama:
                        Tafsir Juz Amma (1927)
                        Tafsir al-Fatihah (1928)
                        Kitab Alam Perempuan (1930)
                        Kitab Agama Islam dan Akal (1931)
                        Hadiah Kebangsaan (1933)

SIFAT-SIFAT ATAU CIRI-CIRI KARYA PENULIS INTELEK AGAMA

TEMA
          Emansipasi Wanita – novel Hikayat Faridah Hanum (Syed Sheikh al-Hadi) , novel Iakah Salmah (Ahmad Rashid Talu).
          Penyesuaian Anak2 Muda Terhadap Dunia Moden - novel Hikayat Faridah Hanum (Syed Sheikh al-Hadi)
          Percintaan Muda-Mudi - novel Hikayat Faridah Hanum (Syed Sheikh al-Hadi), novel Iakah Salmah (Ahmad Rashid Talu).
          Kelemahan orang Melayu - bidang ekonomi, politik, dan sosial.

PLOT
          Novel yang dihasilkan masih terpengaruh cerita klasik (cerita2 lipur lara).
          Plotnya bermula dengan pengenalan watak – spt watak dua muda-mudi yang bercinta.
          Berkembang dengan menghadapi dugaan dan cabaran.
          Berakhir dengan happy ending.

WATAK & PERWATAKAN
          Biasanya watak golongan bangsawan
          Watak golongan kaya
          Juga menggambarkan atau melukiskan watak-watak secara tradisional

PENGGUNAAN BAHASA
          Wujud pengaruh tradisi
          Menyelitkan syair dan pantun

LATAR
          Latar luar negara
          Latar tempatan

SOALAN LATIHAN

            Bincangkan secara ringkas, latar belakang dan sumbangan tokoh-tokoh di bawah :
  1. Syed Sheikh al-Hadi                      
  2. Ahmad Muhammad Rashid Talu

Thursday, August 19, 2010

KELEBIHAN TINGKATAN 6


Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok la tuu.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek laaa.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, entahlah… tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.

Taraf Sijil STPM
  • Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuuuuuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.
  • Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
  • Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM – Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
  • STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita. Aku ni bekas pelajar STPM 2005 – dapat 5 prinsipal tuuu… cayalah…pointer pun ok dapat apply kerja kat kerajaan.
  • Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…

Kelayakan Bekerja Dengan Kerajaan
Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan
  1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
  2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU
  3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
  4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Senang cerita dapat 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain tu 3 atau 4 subjek pun mestilah gred C. Itu paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan.

Kelebihan Ambil 5 Subjek

Kelebihan ambil 5 subjek ni boleh beri banyak pilihan untuk pilihan bidang di universiti nanti, di samping boleh backup pointer contohnya budak dapat 5 principal C tak sama dengan budak dapat 4 principal C. Pointer budak 5 principal lebih tinggi berbanding budak dapat 4 principal.
Pointer lebih tinggi lebih senang masuk universiti atau minta kerja dengan kerajaan yang mensyaratkan pointer STPM 3.00 dan ke atas. Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), budak dapat 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4 = 3.00 (CGPA). Cuba lihat jauh betul perbezaan pointer nyakan. Tapi bebanlah sikit ambil 5 subjek ni, antara 3.75 – 3.00 = 0.75 jauh tuu…

Penggantian Subjek

Untuk menjelaskan lagi tentang STPM nih, bagi kemasukan ke IPTA atau kerja, berdasarkan penggantian subjek;
ok macam nie…
Katakan orang tu ada SPM dan ada STPM dalam masa yang sama, katakan subjek ekonomi di peringkat SPM dia tak dapat kredit (kepujian), tapi dia dapat prinsipal (lulus penuh) dalam subjek ekonomi diperingkat STPM.
Waktu nak apply atau masuk u nanti, katakan ada kursus syaratkan mesti dapat kredit dalam subjek ekonomi pada peringkat SPM tapi dia tak kredit. Oleh itu bolehlah digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM tadi untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi diperingkat SPM tadi.
Maksudnya apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yg sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau cover nilai subjek yang sama diperingkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.
Kiranya orang prinsipal subjek yang sama diperingkat STPM dikira dapat kredit (kepujian) juga bagi subjek yang sama di peringkat SPM pula.
Sebenarnya dapat lulus sebahagian (subsid) bagi subjek yang sama di peringkat STPM sudah memadai atau dikira dapat taraf kepujian (kredit) bagi subjek yang sama diperingkat SPM pula. Syaratnya hanya subjek yang sama ada pada 2 peringkat iaitu SPM dan STPM.
Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM.
Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.
A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.
O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran Di Tingkatan 6

Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.
Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak.
Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satu-satunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu.
Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.
Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni. Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.
Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.

Gred STPM

Ini gred STPM bagi yang saja nak tau,
Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00
Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00

Sukatan Pelajaran

Form six ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.
Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu form six yang pakar dalam bidangnya.
Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.
Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

* Artikel di atas sebenarnya adalah komen yang ditulis oleh saudara Faizi pada 13, 17 dan 18 September 2008 di penulisan tentang Tingkatan Enam Sesi 2008 di ePutra.com. Komen beliau dipaparkan di sini sebagai panduan kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan Tingkatan Enam.

Wednesday, August 11, 2010

LATIHAN SAJAK SEWAKTU MELINTASI KUNDASANG

(a) Huraikan tema sajak di atas. [3]

(b) Bincangkan dua persoalan sajak ini. [4]

(c) Jelaskan dua sebab penyajak mengagumi tempat yang dilawatinya. [6]

(d) Huraikan empat unsur gaya bahasa dalam sajak ini beserta contohnya. [12]


Skema Permarkahan


(a) Tema sajak


F: Keindahan alam semulajadi.

H/C: Terpegun akan keindahan alam sewaktu melalui kawasan Kundasang. Keadaan hutan, bukit-bukit dan deretan lalang menarik perhatian penyajak. Matahari melimpahkan sinar mutiaranya ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang dan kebunan kubis.


1 isi = 3 markah (2 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)


(b) Dua persoalan sajak


F1: Hubungan manusia dengan alam sekitar

H/C: Manusia mengagumi keindahan alam yang dapat dinikmatinya. Dengan itu, manusia akan mendekatkan diri dan sangat rapat dengan keindahan tersebut.

sekali gus meresapkan rindu

damai dengan warnanya

tak terusik.

F2: Kesan satu pengembaraan

H/C: Penyair dapat menenangkan jiwanya yang sebelum ini penuh dengan kecelaruan di bandar.

ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang

dan kebunan kubis

menyentak celaru kehidupan yang kupapah


F3: Kedamaian

H/C: Penyair merasakan tempat yang dilawatinya amat mendamaikan jiwanya.

sekali gus meresapkan rindu

damai dengan warnanya

tak terusik.


F4: Penorokaan alam

H/C: Penyair merasakan alam sekitar Kundasang masih terpelihara daripada penerokaan dan masih belum tercemar.

Aku telah dihimpit bising peradaban

kasih dan cinta manusia

yang luput

ketika kau tetap abadi menatap alam

menyaksi kejadian serba takjub

Pilih 2 isi

1 isi = 2 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)

2 isi x 2 markah = 4 markah


(c) Dua sebab penyajak mengagumi tempat yang dilawatinya


F1: Kawasan yang dilawati itu indah / tenang / damai.

H/C: Sewaktu melintasi Kundasang

matahari melimpahkan sinar mutiaranya

ke atas bukit-bukit, hutan, deretan lalang

dan kebunan kubis

menyentak celaru kehidupan yang kupapah

sekali gus meresapkan rindu

damai dengan warnanya

tak terusik.


F2: Kawasan yang dilawati itu tidak tercemar atau terusik.

H/C: Aku telah dihimpit bising peradaban

kasih dan cinta manusia

yang luput

ketika kau tetap abadi menatap alam

menyaksi kejadian serba takjub


F3: Kawasan itu dapat menghindarkan kecelaruan hidup.

H/C: menyentak celaru kehidupan yang kupapah

sekali gus meresapkan rindu

damai dengan warna

tak terusik.

Pilih 2 isi

1 isi = 3 markah (2 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)

2 isi x 3 markah = 6 markah


(c) Empat gaya bahasa dalam sajak ini:


F1: Personafikasi

H: Pemberian sifat manusia kepada benda-benda yang tidak bernyawa.

C: angin dingin mengusap pohon-pohon

menyentak celaru kehidupan yang kupapah.


F2: Paradoks

H: gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. Suasana/keadaan yang berlawanan.

C: sepi namun sentosa


F3: Hiperbola

H: Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan untuk menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa.

C: Aku telah dihimpit bising peradaban


F4: Aliterasi *

H: Perulangan bunyi konsonan

C: sewaktu melintasi Kundasang (s)

melupakan aku sedetik (k)


F5: Asonansi *

H: Perulangan bunyi vokal

C: menyentak celaru kehidupan yang kupapah (a)

untuk melentur keras watakku (u)


* Mana-mana contoh lain yang sesuai


Pilih 4 isi

1 isi = 3 markah (2 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)

4 isi x 3 markah = 12 markah