Monday, November 1, 2010

MAKLUMAT PENTING TEKNIK MENJAWAB


          Jawapan mesti dalam bentuk esei.
          Utamakan soalan yang mudah dahulu – ‘nasi tambah’ (Bhg. A)akhir sekali.
          Boleh menggunakan dua warna pen serentak. Contohnya: pen warna biru bagi menulis FAKTA / HURAIAN. Pen warna hitam bagi menulis CONTOH.
          Elakkan pen warna merah dan hijau.
          Setiap bahagian : sila gunakan helaian kertas baru.
          Setiap isi mengandungi : FAKTA / HURAIAN / CONTOH.
          Setiap isi : ditulis dalam perenggan baru.
          Selang sebaris antara setiap perenggan.
          FAKTA – ayat pertama, tidak perlu intro, mesti tepat dengan kehendak soalan.
          HURAIAN – mesti berkait dan menjelaskan fakta.
          CONTOH – memasukkan contoh yang sesuai dan tepat serta relevan.
          Gunakan ayat mudah : 
                                    Persoalan pertama dalam cerpen ini ialah……..
                                    Persoalan kedua ialah…………..
          Novel / cerpen / drama : jangan salah menyebut nama watak.
          Contoh bagi novel / cerpen / drama adalah peristiwa.
          MESEJ : oleh pengarang, cth ayat : Mesej pertama yang ingin disampaikan oleh pengarang ialah………………….
          PENGAJARAN : dikutip oleh pembaca, cth. ayat : Pengajaran yang dapat diambil dalam cerpen ini ialah…………………
          NILAI : pernyataan terus, cth. ayat : Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel ini ialah ……….
          Nilai : jangan menulis yang negatif, mesti baik-baik sahaja.
          Perbandingan, mesti setara dan serentak. Contoh: FAKTA - ‘A’ baik manakala ‘B’ jahat…….sambung dengan HURAIAN / CONTOH.
          Perwatakan : tulis yang positif sahaja kecuali diminta sifat negatif, barulah ditulis.
          Bhg D, paling mudah mendapat markah. Tackle maksud sajak atas kertas sahaja.
          Kalau boleh, jawab soalan 7 dan soalan 8, kedua-duanya sekali.
          Gaya Bahasa atau Bentuk sajak, pasti muncul pada setiap tahun.
          Gaya bahasa : gunakan istilah dalam sukatan sahaja. (rujuk kepada guru anda)
          Bentuk : Rumah Baru Pakcik Saya Roboh
          Contoh gaya bahasa : Aliterasi, (n)
                                    dengan sengaja teman lakukan (ada 3 sahaja bukannya 5)
            pengulangan bunyi bukannya pengulangan huruf konsonan. 
          Contoh bagi sajak, mesti diambil dalam sajak yang disoal. Letakkan Rangkap:Baris (R?:B?) di bawah / tepi.
          Apa jua jenis soalan dalam sajak, ianya perlu disertakan dengan contoh baris-baris sajak.
          Tulis contoh sekurang-kurangnya 3 baris, jangan tulis satu baris sahaja.
            (contoh letak di tengah sedikit)
          Huraian bagi gaya bahasa dalam sajak, contohnya: unsur personifikasi, diguna untuk apa / kesan penggunaannya.
          Contoh:
F          Personifikasi
H         Gaya bahasa perorangan atau memberi sifat manusia kepada benda.    Unsur             personifikasi digunakan untuk mengekalkan keindahan sajak ini.
C                     memeluk kemerdekaan dalam diam (R2:B6)
                                    syahdu yang datang adalah sepi hening (R2:B7)
          Susun kertas jawapan mengikut bahagian dan ikat kertas jawapan anda dengan benang sekemas-kemasnya (Jangan guna stepler)
          Tulisan – elok,bersih dan kemas.
          Kalau ada masa, semak kertas jawapan anda. Tulis maklumat sepenuhnya pada setiap helaian jawapan (cth. Angka giliran)



TAJUK-TAJUK PENTING BAHAGIAN A (SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU MODEN)


1. Tahap (Zaman)

1.1 Zaman Abdullah Munsyi
i.   Ketokohan
ii.  Faktor-faktor Abdullah Munsyi Membawa pembaharuan
iii.  Sikap dan pemikiran Abdullah Munsyi
         1.2 Zaman Sebelum Perang
i. Perkembangan Genre (Cerpen)
a. Tema dan Persoalan
b. Faktor Perkembangan
c. Contoh karya
         ii.  Peranan / sumbangan Golongan Penulis (Agama / Guru)
a. Tokoh
b. Bentuk Karya
c. Peranan / sumbangan
         1.3 Zaman Selepas Perang
a.  Perkembangan Genre (Cerpen / Drama)
b.  Peranan / sumbangan Golongan Penulis (Guru / Wartawan)

2. Tokoh Penulis

2.1 Tokoh lama
a. Muhammad Yassin Maamor (Pungguk)
b. Abd. Rahim Kajai
c. Ishak Hj. Muhammad
2.2 Penerima ASN
a. A.Samad Said
b. Nordin Hassan
c. Arenawati
d. Abdullah Hussein

3. Institusi
3.1  Universiti Malaya

4. Persoalan dan Realiti Masyarakat
4.1  Pertembungan Timur Barat
4.2  Reformasi pemikiran
4.3  Emansipasi Wanita
4.4  Nasionalisme
4.5  Dasar Ekonomi Baru

Analisa Soalan-Soalan Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden STPM 1998 – 2009 (Bahagian A)


1998

1. “Sajak merupakan salah satu jenis Kesusasteraan Melayu Moden yang mendapat tempat di Malaysia sebelum perang dunia kedua lagi.” Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri sajak sebelum perang berdasarkan aspek-aspek berikut;
a. Tema
b. Bentuk
c. Gaya Bahasa

5. “Sarjana sastera banyak memperkatakan tentang pembaharuan yang dibawa oleh Abdullah Munsyi dalam kesusasteraan Melayu Moden”. Bincangkan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai lima aspek pembaharuan yang diperkenalkan oleh Abdullah Munsyi melalui karya-karyanya.

1999

5. “Perkembangan novel-novel Melayu moden mengalami zaman kegemilangannya dalam tahun-tahun 60-an. Banyak karya dan tokoh yang lahir pada zaman tersebut adalah hasil daripada sumbangan beberapa institusi yang wujud pada waktu itu.” Jelaskan sumbangan institusi di bawah dalam hubungannya dengan pernyataan di atas.
a. Dewan Bahasa dan Pustaka  [16]
b. Jabatan Pengajian Melayu  [9]

6.”Keris Mas ialah Sasterawan Negara yang telah meningkatkan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden.” Huraikan
a. latar kehidupannya,  [5]
b. keistimewaan ketokohan dan karya-karya, dan   [12]
c. sumbangan beliau dalam memperjuangkan gagasan ‘sastera untuk masyarakat’  [8]

2000

5. Sumbangan guru Melayu MPSI dalam perkembangan novel Melayu moden sebelum merdeka. Nyatakan juga tema-tema utama yang dibincangkan dalam karya-karya mereka.

6. “Kemunculan Muhammad Hj. Salleh dalam tahun 70-an telah memberi warna bagi puisi Melayu moden. ”Bincangkan keistimewaan dan sumbangan Muhammad Hj. Salleh dalam gagasan intelektualisme kepada perkembangan puisi Melayu moden.
 
2001

5. Syed Sheikh Al-Hadi ialah sasterawan dan ulama yang progresif, beliau telah menghasilkan novel-novel yang membawa pemikiran pembaharuan Islam. Merujuk kepada tokoh ini jelaskan perkara yang berikut.
a. Tiga aspek latar belakang dan pendidikan beliau
b. Empat sumbangan beliau kepada perkembangan kesusasteraan Melayu moden dan pemikiran Islam.

6. Selepas merdeka , tema yang berkaitan dengan masalah hubungan kaum menjadi perhatian beberapa pengarang. Merujuk kepada contoh-contoh karya yang sesuai, bincangkan lima persoalan yang berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.  [25]

2002

1. Ahmad Rasyid Talu merupakan antara tokoh yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu moden. Bincangkan sumbangan beliau dalam perkembangan penulisan novel Melayu.  [25]

2003

1. “Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan kesusasteraan tanah air.” Berdasarkan pernyataan ini.
a. jelaskan tiga tujuan penubuhan GAPENA, dan  [9]
b. huraikan empat sumbangan lazim GAPENA  [16]

2004

1. Jelaskan lima sebab tertubuhnya Pejabat Karang-mengarang Sultan Idris Training College (SITC) dan empat sumbangannya terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu moden.  [25]

2005

1. “Persoalan reformasi pendidikan dalam karya-karya awal kesusasteraan Melayu moden telahpun bermula sejak 1920-an.”

Berdasarkan Pernyataan di atas,
a) nyatakan dua tokoh penulis tahun 1920-an yang membawa reformasi pendidikan agama.  [4]
b) jelaskan dengan memberikan contoh, empat bentuk reformasi pendidikan pada tahun 1920-an dan 1930-an.  [12]
c) huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran reformasi dalam sistem pendidikan selepas tahun 1930-an  [9]
 
2006

1. “Persoalan perpaduan antara kaum merupakan isu yang penting dalam karya kesusasteraan Melayu selepas negara mencapai kemerdekaan.”  
Berdasarkan penyataan ini,

a) Bincangkan latar belakang kemunculan persoalan tersebut. [9]
b) Huraikan persoalan tersebut berdasarkan empat cerpen tahun 1960-an yang berikut.
i.    Cerpen Isteri Leong Beranak oleh A.Wahab Ali
ii.   Cerpen Pengabdian oleh Awang Had Salleh
iii.  Cerpen Kapalnya dibakar…? Oleh Hasbima
iv.  Cerpen Hendak Ke Mana Puan dan Tuan oleh Kala Dewata    [16]                                                

2007

1. Usman Awang merupakan tokoh yang tidak asing dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden.

a) Huraikan latar belakang Usman Awang. [7]
b) Jelaskan sumbangan Usman Awang terhadap
i.   Genre puisi Melayu moden [9]
ii.  Genre drama [9]

2008

1. Dengan mengemukakan contoh-contoh, jelaskan lima reformasi pemikiran yang ingin dikemukakan oleh Syed Sheikh Al-Hadi melalui karyanya Hikayat Faridah Hanum.   [25]

2009

1. ASAS 50 telah berhasil menjadikan genre cerpen, sajak, dan kritikan sebagai bentuk kesusasteraan yang popular dan serius. Kebanyakan penulisnya amat komited dengan masyarakat dan pergolakan zamannya dalam memperjuangkan konsep Seni untuk Masyarakat.

(a) Jelaskan maksud Seni untuk Masyarakat. [6]
(b) Huraikan tiga latar belakang penubuhan ASAS 50. [6]
(c) Huraikan lima sumbangan ASAS 50 dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden. [15]  

RUMUSAN (Mengikut Tajuk)

1998 – Sejarah Perkembangan Sajak Sebelum Perang (tema / bentuk / gaya bahasa)
1998 – Tokoh (Abdullah Munsyi / aspek pembaharuan)
1999 – Institusi (DBP & JPM UM-perkembangan novel 60-an)
1999 – Tokoh (Keris Mas)
2000 – Institusi (Sumbangan MPSI-Novel sebelum merdeka)
2000 – Tokoh (Muhammad Hj. Salleh / perkembangan puisi moden 70-an)
2001 – Tokoh (Syed Sheikh Al-Hadi)
2001 – Isu dan Persoalan (Perpaduan kaum)
2002 – Tokoh (Ahmad Rasyid Talu)
2003 – Institusi (GAPENA)
2004 – Institusi (Pejabat Karang-mengarang)
2005 – Reformasi Pendidikan (tokoh penulis agama / bentuk /faktor kesedaran)
2006 – Isu dan Persoalan (Perpaduan Kaum / Cerpen)
2007 – Tokoh (Usman Awang)
2008 – Reformasi Pemikiran (Syed Sheikh Al-Hadi / Hikayat Faridah Hanum )
2009 – Institusi (ASAS 50)
2010 - ??????????



















Analisa Soalan-Soalan Cerpen STPM 2004 – 2009 (Bahagian B)


2004

Cerpen: "Buang Bangsa, Buang Harta Keranamu Tuan"   - Soalan petikan
(a) Siapakah saya dalam petikan di atas? [2]
(b) Sebelum berlakunya dialog di atas, apakah tindakan saya yang mengejutkan dalam majlis pernikahan tersebut? [2]
(c) Huraikan dua sebab mengapa saya mengucapkan dialog di atas? [6]
(d) Huraikan lima tindakan berani yang dilakukan oleh saya selepas dialog di atas. [15]
2005
Cerpen: "Pendoa Yang Ikhlas" - Soalan petikan
(a) Jelaskan peristiwa-peristiwa yang mendorong aku berkata, "Ramai orang dah bersungut kata bapa dah tua."  [9]
(b) Nyatakan harapan aku terhadap bapa sejurus selepas dialog di atas. Adakah harapan aku tercapai? [4]
(c) Huraikan tiga bentuk nilai kemanusiaan yang diperlihatkan oleh watak aku terhadap bapanya dalam cerpen ini. [12]
2006

Cerpen: "Birokrat Tulen" - Soalan petikan.
(a) Nyatakan jenis watak aku. [2]
(b) Nyatakan tiga sifat aku dalam cerpen Birokrat Tulen. [3]
(c) Jelaskan lima sebab watak ayah dikatakan watak antagonis. [10]
(d) Jelaskan lima sebab Pak Tua menjadi pusat penceritaan dalam cerpen ini. [10]
2007

Cerpen: "Harga Hidup" - Soalan petikan.
(a) Siapakah ia yang dimaksudkan oleh orang tua itu, dan nyatakan tiga sikap watak ia. [5]
(b) Jelaskan dua prinsip hidup watak ia. [4]
(c) Huraikan dua sikap positif dan dua sikap negatif watak Tahir dalam cerpen tersebut. [16]
2008

Cerpen : "Cikgu Rukiah" - Soalan petikan
(a) Siapakah penutur dialog di atas dan kepada siapakah dialog itu ditujukan? [4]
(b) Galurkan tiga peristiwa yang membawa kepada terucapnya dialog di atas. [6]
(c) Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang melalui dialog di atas? [3]
(d) Jelaskan empat persoalan dalam cerpen tersebut. [12]
2009

Cerpen : Tanah Bukit

Soalan:
Cerpen Tanah Bukit karya Jong Chian Lai dalam Mutiara Sastera Melayu Moden bertemakan penentangan anak buah terhadap ketua yang tidak jujur atau yang mengkhianati mereka.

(a) Berdasarkan cerpen tersebut, huraikan
     (i) watak protagonis Balung, dan  [5]
     (ii) watak antagonis Tuai Kancu  [4]
(b) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam cerpen "Tanah Bukit". [16]