Sunday, October 16, 2011

SKEMA JAWAPAN KM 922/1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2011


BAHAGIAN  A  ( SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL )

1. Lipur lara merupakan tradisi penceritaan lisan yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu Tradisional.

      a. Apakah makna lipur lara dan berikan tiga contoh karya                                     [7]
      b.Jelaskan ciri-ciri lipur lara berserta contoh-contoh yang sesuai di dalam                                
         karya tertentu                                                                                                             [12]
      c. Nyatakan dua fungsi cerita lipur lara                                                                     [6]

a. Maksud cerita lipur lara

-dikenali juga sebagai ‘folklore’ / roman rakyat (folk romance)
-kisah pengembaraan anak-anak raja mencari pasangan hidup sama ada di bumi atau kayangan
-dipenuhi unsur-unsur super natural (luar biasa) 
-cerita yang menghiburkan orang yang dalam kesedihan atau dukacita

(2 X 2m = 4m)
contoh:
1. Hikayat malim Deman
2. Hikayat Awang Sulung Merah Muda
3.Hikayat Malim Dewa
4. Hikayat Raja Budiman
5. Hikayat Anggun Cik Tunggal
6.Hikayat Raja Muda
7.Si Gambang
8.Selindung Bulan kedah Tua
9. Contoh-contoh lain juga diterima
(1m X 3 = 3m)

b. Ciri-ciri lipur lara

1. Tema percintaan anak-anak raja
    - Percintaan wira dan wirawati yang dikaitkan dengan pengembaraan, peperangan dan   
      sebagainya
    - percintaan Malim Deman dengan Puteri Bongsu

2. watak putera dan puteri raja
   -  Mengisahkan wira dan wirawati dalam kalangan puteri dan putera raja. Memiliki gambaran
      kecantikan dan kehebatan serta keistimewaan yang luar biasa
      contoh Malim Deman boleh naik ke kayangan menggunakan baju layang

3. Struktur isi cerita / plot
    - Terbahagi kepada 3 bahagian utama
    - Sebelum pengembaraan, semasa pengembaraan dan kisah selepas pengembaraan

4. Watak pembantu kepada wira dan wira wati
    -  Watak pembantu seperti Awang Selamat, Si Kembang Cina dan  nenek kebayan terdapat  
        dalam hampir semua cerita lipur lara.

5.Kehebatan watak sejak lahir
   - Setiap watak mempunyai kehebatan sejak lahir  bersama alat-alat tertentu seperti pedang,  
      geliga dan sebagainya. contohnya Awang Donan dilahirkan bersama bedil 

6. Penyelitan puisi
   - terdapat pantun, syair dan talibun untuk mengindahkan lagi penceritaan

7. Disampaikan oleh tukang cerita yang mahir dalam aspek penceritaan
   - Di Kelantan di kenali sebagai Tok Selampit manakala di Perlis Awang Batil

8. Penceritaan diiringi oleh bunyi-bunyian
  - Contoh rebab dan batil yang dibunyikan sepanjang tempoh persembahan untuk  
     mengindahkan penceritaan

c. Fungsi cerita lipur lara

1. Sebagai alat pengajaran /didaktik
   - Nilai-nilai moral jelas tergambar melalui perlakuan atau sistem norma yang diamalkan   
     contohnya hormat kepada orang tua

2. Sebagai hiburan selepas penat bekerja
   - Masyarakat Melayu tradisional tidak mempunyai sumber hiburan selepas penat bekerja.  
     mendengar cerita lipur lara untuk menghabiskan masa lapang pada waktu malam. mereka  
     dapat ‘melarikan’ diri dari masalah hidup seketika.

3. Gambaran sosial masyarakat
 - menggambarkan struktur  sosial masyarakat seperti  hubungan raja dan rakyat, corak hidup,  
   pekerjaan dan pemikiran masyarakat


2.  Kesusasteraan epik / kepahlawanan merupakan genre sastera yang tersebar luas di alam Melayu. Huraikan;
      a. Maksud epik kepahlawanan dan berikan dua contoh epik                                      [ 5 ]
      b. Jelaskan empat ciri-ciri umum sastera epik                                                              [12]
      c. Nyatakan fungsi sastera tersebut                                                                                 [ 8 ]


a. -Maksud sastera epik adalah kehebatan seseorang tokoh / wira bangsa
    -Kisah kehebatan wira / tokoh yang disanjung oleh sesuatu masyarakat
    -memiliki kehebatan luar biasa yang digambarkan berlebihan
    (2 + 1 = 3m)
    
    Nama Karya Epik Melayu
1.    Hikayat Hang Tuah
2.    Hikayat Amir Hamzah
3.    Hikayat Muhammad Hanafiah                                                                [ 3m]


2b.   Jelaskan empat ciri-ciri umum sastera epik                                               [ 12m ]

F1        Bentuk
H         Karya berbentuk prosa panjang, Teks begitu  tebal, watak-watak dalam cerita amat
            Ramai, tumpuan utama hanya kepada wira disamping beberapa watak lain

F2        Watak wira / watak utama
H         sebagai watak wira, adalah tokoh yang agung / unggul, Mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat Melayu, Lambang kemegahan / kekuatan bangsa Melayu
                       
F3        Latar penceritaan
H         Latar tempat tidak terbatas / amat luas, Latar masa amat panjang / lama

F4        Sifat-sifat kepahlawanan / epik
H         Memiliki sifat-sifat kepahlawanan yang menonjol / amat banyak
            Memiliki ciri-ciri kepahlawanan unggul  berani, dan setia kepada raja
            Penceritaaan sifat kepahlawanan sejak kecil

F5        Unsur luar biasa / supernatural
H         Banyak terdapat dalam teks, Melibatkan kuasa sakti dan ghaib
            Tokoh pahlawan ialah tokoh superhuman / sifat luar biasa dari segi intelek
           (kebijaksanaan / berilmu tinggi), jasmani (gagah /kekacakan), emosi (taat
            setia), rohani (akhlak / agama),  Kehebatan kelihatan dalam peperangan dan
            pertembungan dengan musuh

F6        Gambaran bersifat objektif / Sudut penceritaan
H         Pengarang tidak terlibat dalam cerita, Pengarang mengasingkan dirinya daripada
            apa yang sedang dicerita, Pengarang melahirkan perasaan menyebelahi mana-
            mana pihak

F7        Dari segi isi
H         Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian awal (kehidupan awal
           wira), bahagian kedua (peristiwa kehandalan / kemasyhuran wira), dan
           akhir ( masa tua / uzur atau kemurungan), Mengandungi bahagian perlawanan dan
           bahagian pengembaraan
                       
F8        Kedudukan teks kepada masyarakat
H         Kebanggaan masyarakat / bangsa Melayu,  Lambang kemegahan serta kekuatan
            bangsa Melayu, Semangat kekuatan / inspirasi bangsa Melayu,
            Mempunyai kedudukan tinggi dalam sejarah bangsa dan antarabangsa

Pilih 4 isi sahaja
1  isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah H/C)
4  isi  X  3 markah = 12 markah

 2c.    Nyatakan empat fungsi sastera tersebut                                                          [ 8 ]

Empat fungsi umum Sastera Epik ;
Fakta/Huraian  1 : menanamkan semangat cintakan bangsa, Negara dan agama.
Fakta/Huraian  2 : sebagai lambang keagungan sesuatu sesuatu bangsa dan Negara
Fakta/Huraian  3 : mengagungkan seseorang tokoh
Fakta/Huraian  4 : alat pengekalan dan pemantapan nilai-nilai dan  norma masyarakat
Fakta/Huraian  5 : memperkenalkan identiti bangsa dan Negara kepada generasi akan
                             datang
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 2 markah ( 1 markah fakta, 1markah H/C)
4 isi X 2 markah = 8 markah


3. Teliti petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

            Setelah hari pun asarlah, maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah, serta ia datang berlabuhlah; maka turunlah makhdum dari dalam kapal itu, Syed Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang melihat dia. Maka kata segala orang itu, “mengapa orang itu tunggang-tunggik?” Maka berebutlah orang yang melihat itu; sesak, penuh tiada bersela lagi, dan haru birulah bunyinya sampai ke dalam. Maka raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-besar. Maka dilihat raja kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang dilihat di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, “Nyatalah  demikian seperti dalam mimpi kita itu”
                                           (Sulalatus Salatin (Edisi pelajar) A Samad Ahmad,                                                        MPM, DBP, 2003.  halaman 73)

a. Apakah peristiwa yang digambarkan di dalam petikan di atas                                       [5]
b. Nyatakan maksud “Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita itu”                            [12]
c. Apakah peranan peristiwa di atas kepada penceritaan Sulalatus Salatin                      [8]

skema jawapan

a.Peristiwa yang digambarkan di dalam petikan di atas ialah kedatangan Islam di Melaka
   - gambaran Islam datang ke Melaka melalui pelbagai peristiwa pelik, selepas Raja Kecil Besar bermimpi keesokannya telah muncul sebuah kapal dari  Jeddah yang datang ke Melaka dan menunjukkan cara- cara bersolat.

b. Maksud perkataan itu
      - Raja Kecil Besar telah bermimpi berpandangan dengan rasulullah dan diajar mengucap
        dua kalimah syahadah. Pada keesokannya baginda dapati badannya berbau narawastu    
        dan kalamnya telah dikhatankan.
      - Raja Kecil Besar telah menyebut perkataan tersebut berulang kali sehingga menimbulkan
        kerisauan Bendahara dan menuduhnya gila
     - Ternyata mimpinya benar apabila sebuah kapal dari Jeddah telah muncul di Melaka dan   
       menunjukkan cara bersolat sehingga mengejutkan penduduk Melaka.
(4m x 3 isi = 12 m)

c. Peranan peristiwa di atas

   i. Menggambarkan agama Islam datang ke alam Melayu
      - Islam datang ke Melaka melalui pengislaman Raja Kecil Besar yang bermipi  
        berpandangan dengan Rasulullah

  ii. menggambarkan kehebatan raja-raja Melayu berbanding raja-raja lain
      -raja kecil Besar dianggap lebih tinggi darjatnya berbanding Merah Silu dari segi  
       penerimaan Islam kerana baginda menerima Islam terus daripada Nabi Muhamad

 iii. Menggambarkan ketaatan rakyat kepada raja
      - Rakyat akan mengikut segala perintah raja, contohnya pengislaman Raja kecil besar turut  
        diikuti oleh rakyat jelata yang lain

iv. gambaran amalan agama Islam
 - Solat merupakan ibadat yang amat penting di dalam Islam kerana ia menjadi tunjang utama
   amalan



4. Melalui Sulalatus Salatin digambarkan Melaka pernah menjalinkan hubungan diplomatik  dengan negara luar. Jelaskan beberapa peristiwa yang menggambarkan kehebatan orang-orang Melayu seperti yang digambarkan di dalam teks tersebut.                                                                                                  [25]

Skema Jawapan

4. Peristiwa yang menggambarkan kehebatan orang-orang Melayu sepanjang hubungan diplomatik

a. Orang-Orang Melaka dapat melihat maharaja China
   -Utusan Melaka melihat Maharaja China melalui helah makan kangkung yang tidak dikerat

b. Orang-orang Melaka menunjukkan kehebatan dari segi kekayaan di China
    Tun perpatih Putih menunjukkan cincin di jari dan memberikannya kepada mana-mana   
     pembesar China yang melihatnya

c. Orang Melaka menunjukkan bilangan rakyat yang ramai semasa rombongan di China
-Utusan Melaka ke China berupa sagu rendang seperahu  menggambarkan jumlah penduduknya yang ramai apabila diberitahu seorang daripada penduduknya menggelek sagu tersebut

d.  Orang Melaka menjaga kehormatan dan kedaulatan Raja Melaka di Majapahit
- Tun Bija Sura menyelamatkan 40 keris daripada dicuri
- menunjukkan permainan sapu-sapu rengit
-menggertak anjing yang ditambat di hadapan Sultan Melaka

e.  Orang Melaka menunjukkan kehebatan bermain senjata di Siam
-Seorang lelaki suir menunjukkan badannya tidak  lut daripada lembing yang menimpa tubuhnya

f.  Orang Melaka mengangkat martabat Sultan Melaka semasa di Siam
 -Penjelasan nama Sultan Mansur Syah bermaksud raja yang dilindungi Allah

g. Orang Melaka bijak menjaga keselamatan tentera-tenteranya semasa di Siam
- Memberi alas an enggan berperang di sebelah matahari jatuh sebagai arah kiblat walhal  
  kawasan tersebut adalah musuh yang kuat

h. Hang Nadim menunjukkan kehebatan melukis corak kain di Benua Keling
 -Hang Nadim terpaksa melukis sendiri corak pada kain kerana corak yang ada tidak  
   memuaskan hatinya

(contoh-contoh lain yang sesuai dengan konteks kebijaksanaan)


Bahagian C (PROSA MELAYU TRADISIONAL)

5.         Setelah itu Nur Muhammad pun pergilah kepada air. Maka dilihat oleh Nur Muhammad air itu terlalu amat gembiranya dan sangat membesarkan dirinya. Maka Nur Muhammad pun pergilah kepada air serta katanya, “Assalamualaikum hai air.”Maka disahut oleh air itu, “Waalaikumussalam hai Nur Muhammad.” Maka kata Nur Muhammad, “Hai, air engkau itu seorang hamba Allah dan aku  “pun seorang hamba Allah dan aku pun seorang hamba Allah yang hina, mengapa engkau sangat membesarkan dirimu itu ?” Maka sahut air itu, “Barang kehendakku peroleh.” Maka sahut Nur Muhammad, sahut air itu,  “Hai air, yang hamba ini tiadalah boleh dengan sekehendak hati hamba.” Maka kata Nur Muhammad “Hai air, lihatlah dirimu adakah bercela atau tiadakah?” Maka sahut air itu, “Apakah celaku ini?” Maka kata Nur Muhammad, “Engkau itulah hamba segala najis, engkau yang mencucikan.” Maka sahut air itu, “Engkau gerangan yang tiada bercela.”Maka kata Nur Muhammad itu, “Astaghfirullah al-azim, yang hamba ini sahaja dengan celanya. Maka adapun yang tiada bercela itu hanyalah Allah Subhanahu wa taala jua. Asyhadu allailaha illallah wahdahu la syarikalah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa  rasuluh. “Maka kata air, “Telah percayalah aku akan dikau dan masuklah aku kepada agamamu Islam dan ajarkanlah aku kalimah syahadat.” Maka kata Nur Muhammad, “Hai air, ucapkah olehmu Lailaha illallah Muhammadar rasulullah.” Maka mengucaplah air yang demikian itu.
                                                (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.), 2003.
     Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur. 
Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 193- 194)
                                                                                                                      
a    Jelaskan tiga perwatakan air berdasarkan petikan di atas.                                              [9]
b    Nyatakan empat keistimewaan Nur Muhammad seperti yang terdapat dalam cerita Inilah  
      Hikayat   Nur  Muhammad.                                                                                             [16]


a) Perwatakan air
F1- Bersikap angkuh/merasakan dirinya hebat
HC- Nur Muhammad bertanya kepada air mengapakah air sangat membesarkan dirinya walaupun ia hanyalah hamba.
F2- Bercakap besar
HC- air mengatakan bahawa dia dapat memperoleh apa-apa saja kehendak hatinya/keinginannya tidak boleh dihalang
F3- Tidak menyedari kekurangan diri
HC- Air bertanya kepada Nur Muhammad sama ada dia mempunyai cela/kelemahan
F4- Mudah menerima teguran/nasihat
HC- Air menerima penjelasan  Nur Muhammad tentang kekuasaan Allah.
F5- Menginsafi kekurangan diri
HC-Setelah mendengar penjelasan Nur Muhammad, air insaf akan kelemahan diri dan menyuruh Nur Muhammad mengislamkannya.
(F=1,HC=2) 3x3=9

b) Keistimewaan Nur Muhammad:

F1- Makhluk yang pertama dicipta
HC- Sebelum langit dicipta,terlebih dahulu Allah mencipta Nur Muhammad.Dicipta daripada cahaya dan daripada cahaya itu Allah mencipta langit dan bumi serta seekor burung.
F2-  Nur Muhammad sujud selama lima puluh tahun.
HC- Allah menurunkan perintah supaya Nur Muhammad sujud selama lima puluh tahun dan bangun selepas itu untuk menerima perintah yang lain.
F3- Allah memfardhukan rukun Islam melalui Nur Muhammad.
HC-  Lima rukun itu ialah mengucap kalimah syahadat, sembahyang lima waktu sehari semalam,puasa pada bulan Ramadhan, memberi zakat, dan naik Haji ke Baitullah al-Haram.
F4- Nur Muhammad  merenangi tujuh petala laut
HC- Nur Muhammad dianugerahi tujuh petala laut dan diperintah supaya merenangi setiap satu laut selama sepuluh ribu tahun.Tujuh petala Laut tersebut ialah laut ilmu, laut latif,laut sabar,laut fikir, laut akal, laut rahmat,dan laut cahaya.
F5- Malaikat dan nabi tercipta daripada titisan air Nur Muhammad
HC- allah memerintahkan Nur Muhammad menggerakkann dirinya dan dari titisan air tercipta nabi dan malaikat.
F5- Nur Muhammad mengislamkan unsur-unsur alam
Allah memerintahkan Nur Muhammad berjumba dengan empat unsur alam iailtu tanah, api, air dan angin.Nur Muhammad berjaya menundukkan keangkuhan air, angin dan api serta mengislamkannya.Tanah yang bersikap merendah diri menyebabkan Nur Muhammad memeluk dan menciumnya.Keempat-empat sifat unsur ini dimasukkan ke dalam diri manusia.

(F=2,HC=2) 4x4=16

6.   Berdasarkan Bustan al-Salatin (Bab III fasal 2) seperti yang termuat dalam Mutiara sastera  
      Melayu Tradisional.

a.   Jelaskan panduan-panduan yang boleh dimanfaatkan oleh seseorang  pemerintah dalam mentadbir  sesebuah kerajaan.                                                                                       [15]
b    Bincangkan perwatakan  Nabi Allah Sulaiman dan Khalifah Umar seperti yang terdapat dalam cerita tersebut.                                                                                                     [10]


 (a)
F1- Pemimpin yang baik mesti bersedia memohon maaf
HC-Sifat mahu mengakui kesalahan diri ialah sifat yang mulia dan terpuji terutamanya dalam kalangan pemimpin. Nabi Allah Sulaiman dengan rendah hati memohon kemaafan daripada semut yang marah kerana telah Nabi Sulaiman telah mencampakkannya dengan tangan kanan.

F2 – Pemimpin perlulah sedia menerima teguran
HC – Walaupun teguran itu datang daripada golongan rakyat biasa. Nabi Sulaiman menerima teguran daripada semut dengan hati yang terbuka.

F3 –Pemerintah perlu mengambil pengajaran dari Al-Quran / Hadis
HC – Al-Quran dan Hadis dijadikan rujukan utama bagi menjalankan pemerintahan dan menjatuhkan hukuman.Contoh, hadis tentang lima jenis manusia yang dikutuk oleh Allah.

F4 – Pemimpin mesti mengetahui tanggungjawab sebagai pemerintah
HC – Jawatang khalifah ialah suatu amanah dan tanggungjawab. Khalifah Umar  memikul  tepung dan daging serta memasaknya sendiri untuk diberikan kepada wanita dan anak-anaknya yang kelaparan.

F5- Pemerintah mestilah bersikap adil
HC – Sebarang tindakan dan hukuman mestilah dilaksana dengan adil mengikut Al-Quran dan hadis. Petikan ayat Al-Quran : Damaikanlah antara keduanya mengikut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil.; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang adil.(Al-Hujurat 49:9)

F6- Pemimpin hendaklah mengambil tahu hal ehwal rakyat
HC- Khalifah Umar sanggup meronda pada waktu malam untuk melihat keadaan rakyatnya. Dia sendiri memikul tepung dan kurma untuk dihantar kepada perempuan tua yang kelaparan.

F7- Pemimpin mesti menegur perbuatan munkar/mencegah kejahatan.
HC- Khalifah Umar menegur perbuatan seorang lelaki dan seorang perempuan yang berdua-duaan di dalam rumah. Baginda mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan yang dimurkai oleh Allah dann jangan menyangka bahawa Allah tidak melihat apa yang mereka lakukan.
(F=1, HC=2) 3x5=15 markah

(b) Nabi Allah Sulaiman:

F1 – Seorang yang penyayang/belas kasihan
HC – Sabda Nabi Allah sulaiman: “Hai semut kasihan olehmu akan barang siapa yang tiada mengasihani dikau dan maafkan olehmu daripada barang siapa yang menganiayai dikau.

F2 – Menginsafi kesalahan diri
HC – Nabi Allah Sulaiman insaf atas kesalahannya menganiayai semut.

F3 – Sedia memohon maaf
HC – Nabi Allah Sulaiman meminta maaf daripada semut sebab membuangnya  yang sedang berjalan-jalan di atas baginda.

     Khalifah Umar

F1 – Seorang pemimpin yang bertanggungjawab
Hc- Khalifah Umar meronda untuk meninjau keadaan rakyatnya pada waktu malam bag mengetahui permasalahan mereka dan terus menghulurkan bantuan, contohnya kepada perempuan tua yang mengeluh kerana kelaparan.

F2- Bersikap pemurah/suka membantu
HC- Memberi bantuan makanan kepada rakyat yang memerlukan dengan baginda sendiri yang memikul tepung, daging mahupun kurma untuk diberi kepada mereka.

F3- Seorang pemimpin yang tegas
HC- Khalifah Umar tegas melaksanakan syariat Allah apabila baginda memarahi sepasang lelaki-perempuan yang sedang menghadap arak dan berusaha mengembalikan mereka ke jalan Allah.

F4- Seorang yang rasional dan mengakui kesalahan diri
HC – Khalifah Umar mengakui kebenaran nas Al-Quran yang dikemukakan oleh lelaki bersalah itu dan memohon maaf atas kesalahannya iaitu mencari kesalahan orang, memasuki rumah orang tanpa kebenaran dan masuk bukan dari pintu depan.

Jawapan mesti mengambil kedua-dua watak : 1:4/2:3
(F=1, HC=1) 2x5=10

Bahagian D (Puisi Melayu Tradisional)

7. Teliti puisi di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Melangkah dengan pukal,
Berjalan dengan tawakal,
Bercakap dengan akal.

Berdakup muka mentua,
Bertaup muka menantu,
Takkan semenggah rumah tangga.

Mengumpat pagi,
Mengeji petang,
Lalat buta pun tak mahu singgah.

a.    Nyatakan jenis puisi di atas.                                                                                      [ 1 ]
b.    Huraikan maksud setiap perenggan puisi di atas.                                                     [ 9 ]
c.    Huraikan Lima Gaya bahasa  puisi tersebut.                                                                       [ 15 ]

a.      Nyatakan jenis puisi di atas.                                                               
Jawapan :   Peribahasa Berangkap tiga baris                                                                     [1]

b.     Huraikan maksud setiap perenggan puisi di atas.                                                       [ 9]

Rangkap  1  : Sebelum Melakukan sesuatu perkara, sepatutnya kita mengetahui secara  
                      mendalam akan perkara tersebut, perlu melakukan dengan berhati-hati dan bijak  
                      menggunakan akal fikiran                                                                             [3]

Rangkap  2  : Di dalam rumah tangga, jika berlaku Ketidaksefahaman antara menantu  dan  
                      mentua,  maka rumahtangga tersebut berhadapan dengan masalah.  [3]

Rangkap 3   : Manusia yang suka mengumpat, mengeji dan mempunyai sifat negative, tidak  
                      disukai.  Semua orang, termasuklah orang jahat atau orang yang hina                  
                      sekalipun.                                                                                               [3]

Pilih 3  isi sahaja
 3 isi X 3 markah   :  9  markah


  7c.   Huraikan Lima Gaya bahasa  puisi di atas.                                                                   [15]

1.  Fakta     :  Metafora / Perbandingan terus perkataan  didalam  baris
     Huraian :  Perkataan bentuk abstrak iaitu buta digabungkan dengan perkataan bentuk  
                      konkrit, iaitu lalat. Perkataan “Lalat Buta” di dalam perenggan ketiga baris ketiga.
     Contoh      :    “Lalat buta pun tak mahu singgah.”

2.     Fakta      : Asonansi = Perulangan huruf vokal di dalam satu baris ayat.
         Huraian  : Terdapat perulangan huruf vokal  “a” di dalam baris pertama di rangkap satu.
         Contoh   : “Melangkah dengan pukal”  -  a

3.     Fakta      : Alitersi = Perulangan huruf konsonan di dalam satu baris ayat.
         Huraian  : Terdapat perulangan huruf konsonan  “g” di dalam baris kedua di rangkap tiga.
         Contoh   : “Takkan semenggah rumah tangga”  -  g

4. Fakta       : Response  = Perulangan perkataan ditengah baris di dalam satu perenggan  
                      yang sama.
Huraian :   Terdapat perulangan perkataan   “dengan” di tengah baris pada rangkap pertama.
    Contoh :      Melangkah dengan pukal
Berjalan dengan tawakal
Bercakap dengan akal

5. Fakta    :  Diksi Asing = Perkataan asing dimasukkan ke dalam puisi
Huraian :  Terdapat perkataan arab yang dimasukkan ke dalam puisi ini, iaitu tawakal
Contoh  :   “Berjalan dengan tawakal”

Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah H/C)
5 isi X 3 markah = 15 markah

Bahagian  D.

8. Teliti petikan puisi di bawah dan jawab soalan berikutnya

Kalau sungguh kamu yakin akan mati,
Jangan kamu lalai pada nafsu hati.

Benar tidak bila ada amal kamu,
Puas hati tidak sesalkan dirimu.

Ingat-ingat hai saudara masa itu,
Nyawa sampai batang leher baru tentu.

Kita ini akan matilah sudahnya,
 Tidak tahu bila sampaikan ajalnya.


Pahit mati itu bukan macam jadam,
Bukan pula macam api boleh padam.

Oleh itu mari kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena.

Pada Tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.

a.    Nyatakan jenis puisi di atas.                                                                                [ 1 ]
b.    Huraikan  Teknik Penulisan  puisi tersebut.                                                       [ 10 ]
c.    Huraikan Persoalan yang terdapat dalam puisi di atas                                       [14]


8a.   Nyatakan jenis puisi di atas.                                                                
             Jawapan :  Nazam Ajal                                                                               [ 1 ]

8b.  Huraikan  Teknik Penulisan  puisi tersebut.                                                      [ 10 ]

1.    Fakta : Rangkap
Huraian : Puisi ini mempunyai tujuh rangkap

2.    Fakta : Baris dalam serangkap
Huraian : Puisi ini ditulis dua baris serangkap

3.    Fakta : Perkataan sebaris
Huraian : Puisi ini ditulis di antara 5 hingga 6 perkataan sebaris

4.    Fakta : Suku kata dalam sebaris
Huraian : Puisi ini ditulis di antara 7 hingga 18 suku kata sebaris

5.    Fakta : Rima Akhir
Huraian : Puisi ini bentuk terikat (a-a) bagi ke semua rangkap

6.    Fakta : Maksud
Huraian : Maksud keseluruhan puisi adalah kehidupan akan berakhir dengan
    kematian. Amal baik akan menyelamat manusia, manakala hawa nafsu 
    memberi mudarat kepada manusia.

Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 2 markah ( 1 markah fakta, 1markah huraian/contoh)
5 isi X 2 markah = 10 markah

8c.   Huraikan Empat Persoalan yang terdapat dalam puisi di atas                       [8]
Persoalan puisi;

1.    Fakta : Kematian
             Kehidupan akan berakhir dengan kematian. Cara dan masa kematian tidak
             sama antara manusia. Kematian itu menyakitkan.

2.    Fakta : Amalan
Amalan baik semasa hidup membuatkan manusia tidak akan menyesal selepas kematian. Manusia dinasihat supaya sentiasa melakukan kebaikan.

3.    Fakta: Nafsu
Nafsu  akan mendorong manusia kepada lalai mengerjakan perkara baik

4.    Fakta:  Ajal
Ajal tidak boleh dihalang. Setelah ajal datang, segala penyesalan tidak lagi berguna.

5.    Fakta : Asal kejadian manusia
Manusia dicipta oleh Allah, maka kepada Allah akhirnya tempat manusia kembali.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 2 markah ( 1 markah fakta, 1markah H/C)
4 isi X 2 markah = 8 markah

8d.   Nyatakan tiga fungsi jenis puisi di atas                                                           [ 6 ]

1.    Fakta : Bertujuan mengungkap peristiwa sejarah
2.    Fakta : Menyampaikan pengajaran agama iaitu ilmu  Tauhid (mengenal Allah)
3.    Fakta : menyampaikan nasihat dan pendidikan 
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 2 markah ( 1 markah fakta, 1 markah H/C)
3 isi X 2 markah = 6 markah

No comments:

Post a Comment