1. Perkembangan cerpen di Tanah Melayu berkait rapat dengan perkembangan akhbar dan majalah. Kewujudan mesin cetak memungkinkan akhbar dan majalah diterbitkan dengan banyak. Namun begitu, cerpen tidak wujud bersama-sama akhbar. Suratkhabar pertama yang terbit pada tahun 1876, Jawi Peranakan tidak pun menerbitkan cerpen, sehinggalah pada tahun 1920 apabila majalah Pengasuh menerbitkan cerpen pertama berjudul ‘Kecelakaan Pemalas’ karya Nor Ibrahim. Sejak itu baru bermulanya perkembangan cerpen secara perlahan-lahan sehingga kemuncaknya pada tahun 1930-an dan 1940-an, apabila akhbar dan majalah mula menjadikan cerpen sebagai ruangan tetap di dalam setiap keluaran mereka.
a. Selain akhbar Jawi Peranakan dan Majalah Pengasuh, nyatakan empat buah majalah dan akhbar lain yang pernah menyiarkan cerpen ketika itu. [4]
b. Bincangkan sejauh manakah peranan alat cetak, dan dua faktor lain yang telah membantu perkembangan genre cerpen zaman sebelum perang. [9]
c. Huraikan empat persoalan yang sering diketengahkan oleh penulis cerpen sekitar tahun 1920-1940-an ini. [12]
SKEMA JAWAPAN
a. Selain akhbar Jawi Peranakan dan Majalah Pengasuh, nyatakan EMPAT buah majalah dan akhbar lain yang pernah menyiarkan cerpen ketika itu [4]
F - Majalah Guru
- Utusan Zaman
- Massa
- al-Ikhwan
- Warta Ahad
- Majlis
- Warta Malaya
- Lembaga Melayu
- Mastika
- Majalah Dunia Melayu
- Majalah Cerita
- Warta Kinta
- Majalah Penghibur
- Lembaran Guru
- Suara Melayu
- Jasa
- Cahaya Bintang
- al-Raja
- Warta Jenaka
Pilih 4 isi
1isi = 1 markah
4 isi X 1 markah = 4 markah
b. Bincangkan sejauh manakah peranan alat cetak, dan DUA faktor lain yang telah membantu perkembangan genre cerpen zaman sebelum perang [9]
F1 : Perkembangan alat Cetak
H/C : - Pemodenan dalam bidang percetakan telah membuka ruang
kepada perkembangan akhbar dan majalah yang merupakan
wadah utama bagi genre cerpen pada era sebelum perang.
- Sepanjang tempoh 1920 hingga 1941 sebanyak 734 buah cerpen
mengisi ruang sastera dalam akhbar dan majalah Melayu pada era
tersebut.
- Penglibatan institusi penerbitan / akhbar dan majalah yang tumbuh
bagai cendawan selepas hujan akibat daripada perkembangan alat cetak menjadi cukup signifikan dengan perkembangan genre cerpen.
- Sepanjang tempoh 1896 hingga 1940 sebanyak 153 buah akhbar dan majalah diterbitkan dan 147 daripadanya berbahasa Melayu dan 64 buah daripadanya menyiarkan cerpen.
- Sepanjang tempoh 1896 hingga 1940 sebanyak 153 buah akhbar dan majalah diterbitkan dan 147 daripadanya berbahasa Melayu dan 64 buah daripadanya menyiarkan cerpen.
- CONTOH: Antara surat khabar dan majalah yang terpenting yang
menyiarkan cerpen ialah Majalah Guru, Warta Jenaka, Warta Ahad, Utusan Zaman dan Mastika.
F2 : Peranan SITC dalam melahirkan penulis
H/C : - Perkembangan sistem pendidikan menerusi sekolah-sekolah Melayu / agama memberi lebih ruang kepada orang Melayu belajar menulis dan membaca .
- Penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim,
Perak menjadi pemangkin dalam perkembangan genre sastera. Ini berikutan terbentuknya Pejabat Karang Mengarang (PKM) yang memberi tunjuk ajar dan latihan menulis kepada guru-guru Melayu dalam penulisan karya-karya kreatif termasuklah genre cerpen.
- CONTOH Hasilnya ramai kalangan lepasan SITC terlibat secara
langsung dalam perkembangan genre cerpen antara mereka ialah, Yusof Adil, Pungguk, Kasmani Hj. Arif, Harun Muhammad Amin, Abdullah Yahya, Yusof Arshad dan Abdullah Sidek.
F3 : Kesedaran para penulis terhadap budaya barat yang boleh merosakkan masyarakat
H/C : - Pengarang-pengarang yang lahir pada era ini telah melihat pengaruh buruk dan gejala negatif boleh membawa keburukan bagi survival orang Melayu.
- Senario ini telah mendorong mereka untuk berkarya bagi memberi
kesedaran kepada orang Melayu tentang gejala buruk yang sedang melanda orang Melayu.
- Hasilnya lahirlah cerpen-cerpen yang membawa persoalan
tentang moral masyarakat serta turut menyentuh soal-soal keruntuhan akhlak kesan pengaruh budaya barat
- Faktor perubahan gaya hidup yang bertentangan dengan ajaran
Islam akibat daripada pengaruh gaya hidup barat yang mulai menular di kalangan muda-mudi bandar juga menjadi persoalan penulis-penulis cerpen ketika itu.
- Pengaruh pendakwah-pendakwah kristian kepada orang Melayu
bukan sahaja amat membimbangkan masyarakat ketika itu tetapi turut mengusarkan penulis-penulis cerpen ketika ini. Kebimbangan ini mereka salurkan melalui cerpen-cerpen berikut antaranya,”Siapa Salah” oleh Melati Sarawak, “Bertukar Agama Kerana Cinta” oleh Abdul Rahman Hj.Ahmad dan “Tercabut Iman Kerana Cinta” oleh Penulis Khas Tanjong Malim.
F4 : Faktor: Perkembangan Politik / kebangkitan semangat nasionalisme
H/C - Tertubuhnya pertubuhan-pertubuhan politik Melayu dan kesedaran kebangsaan juga turut mempengaruhi perkembangan genre cerpen.Secara seriusnya persoalan ini diperkatakan lewat tahun 1930-an,antara penulis cerpen yang prolifik ialah Ishak Hj. Muhammad antara cerpennya ialah “Anak Dibuat Denak”, “Amin! Kepada Encik Amin dan Cik Aminah” dan “Istana Berembun”.
H/C - Tertubuhnya pertubuhan-pertubuhan politik Melayu dan kesedaran kebangsaan juga turut mempengaruhi perkembangan genre cerpen.Secara seriusnya persoalan ini diperkatakan lewat tahun 1930-an,antara penulis cerpen yang prolifik ialah Ishak Hj. Muhammad antara cerpennya ialah “Anak Dibuat Denak”, “Amin! Kepada Encik Amin dan Cik Aminah” dan “Istana Berembun”.
- Juga turut berlaku protes terhadap dasar penjajah yang
membawa masuk imigran dari China dan India.
- Kemasukan mereka ke tanah Melayu yang dibawa oleh orang
Inggeris telah mencetuskan banyak permasalahan bagi orang Melayu khususnya dari aspek ekonomi.Fenomena sosial ini telah mendorong kalangan pemuda-pemuda Melayu yang juga terdiri daripada penulis-penulis cerpen memperkatakan isu ini dalam karya-karya mereka sebagai memberontak terhadap cara hidup mereka yang menyebabkan orang Melayu menjadi mundur.
F5 : Kesedaran para penulis terhadap kesan gaya hidup moden di bandar
H/C : - Kalangan penulis guru dan wartawan ramai yang berhijrah ke kota-kota, dan kebanyakan mereka prihatin terhadap segala perubahan yang menjelikkan akibat urbanisasi.
- Perubahan-perubahan yang berlaku telah menyebabkan mereka
cuba mendedahkannya untuk menjadi pengajaran kepada anggota masyarakat.
- Semua ini mereka pancarkan melalui genre cerpen antaranya
cerpen “Menyelam di Lautan Percintaan” dan “Gelombang Hidup” Yusof Adil “Salah Sendiri” oleh Penulis Khas Tanjong Malim (Harun Aminurashid) “Hantu Judi atau Isteri Yang Berbakti”-(tanpa nama pengarang)
F6 : Pertambahan bilangan penulis
H/C : - ia merupakan kesan langsung akibat pertambahan bilangan majalah dan akhbar ketika itu.
- Peningkatan ini berlaku kerana akhbar dan majalah yang
menyediakan ruangan khas bagi cerpen memerlukan ramai penulis bagi mengisi ruangan tersebut.Sepanjang tahun 1920-an seramai 42 orang penulis muncul namun pada tahun 1930-an seramai 216 orang penulis cerpen telah dapat dikesan.
- Pertambahan ini juga disebabkan oleh wujudnya hadiah, royalti
dan juga imbuhan yang diberikan oleh pihak akhbar kepada cerpen-cerpen yang disiarkan.
Pilih 3 isi (termasuk F1)
1isi = 3 markah (F=2 + H/C =1)
3 isi X 3 markah = 9 markah
c. Huraikan EMPAT persoalan yang sering diketengahkan oleh penulis cerpen
sekitar tahun 1920-1040-an ini. [12]
F1 : Persoalan moral/ keruntuhan moral
H/C : - Merangkumi soal-soal lain seperti kebaikan berbudi bahasa, sabar, murah hati, jujur , kesetiaan , kehidupan masyarakat tempatan, - terdapat juga cerpen-cerpen yang memperkatakan tentang keruntuhan moral/ kepincangan sosial / dan kesan pengaruh barat kepada masyarakat Melayu termasuk soal kekurangan didikan agama
- Antara cerpen yang membawa persoalan moral ialah, Gelombang Hidup oleh Yusof Adil (Bulan Melayu Mei 1931), Hantu Judi atau Isteri yang Berbakti (Warta Kinta Dis 1937), Perusahan Yang Berpadanan Buatlah Teladan (Majalah Guru, 1925), Berusaha itu Perbendaharaan yang Kekal (Majalah Dunia Melayu, Julai 1929), Pengaruh Wang (Malaya Julai 1928), Cinta Merana ( Majalah Dunia Melayu, Dis 1929), Hantu Arak (Majalah Cerita Jan 1939), Salah Sendiri dsb.
F2 : Persoalan Kebebasan sosial
H/C : - Hal ini dipersoalkan dengan meluas terutama ketika masyarakat Melayu bertembung dengan pengaruh budaya barat, isu ini merangkumi aspek kebebasan memilih jodoh dan mengatur kehidupan rumahtangga.
- Antara cerpen yang memperkatakan tentang persoalan ini ialah Tanggungan Muda , Kesedihan Perkahwinan Paksa, Meracun Pertemuan, Sampaikan Salamku Kepadanya dan Kerana Ringgit Bercerai Kasih.
F3 : Persoalan pelajaran / pendidikan
H/C : - Kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan kepada orang Melayu dan kesedaran mendidik anak bangsa dengan pelajaran / pelajaran agama telah menjadi modal para penulis cerpen ketika ini.
- Semua ini kerana kedudukan orang Melayu amat mundur bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi pendidikan mereka.
- Antara cerpen yang memperkatakan persoalan ini ialah “Berpantang Mati Sebelum Ajal” oleh Muhammad Dahlan Masud (Utusan Zaman April 1945). “Hindun Seorang Murid Yang Miskin” (Utusan Zaman Ogos 1941), “Isteri Yang Berbahagia atau Ibu Yang Berjasa” (Warta Ahad, Mei 1941)
.
F4 : Persoalan nasionalisme/semangat cintakan tanahair.
F4 : Persoalan nasionalisme/semangat cintakan tanahair.
H/C : - Sikap anti penjajah dan kebencian terhadap penjajah yang sering menganaktirikan anak pribumi telah memberikan kesedaran kepada para penulis untuk menyatakan rasa protes mereka,
- kesedaran tentang nasib bangsa yang tertindas di bumi sendiri, serta ketidakpuasan hati terhadap penjajah serta keinginan untuk memerdekakan tanahair telah turut meransang para penulis terus menghasilkan cerpen berdasarkan tema dan persoalan ini.
- Antara cerpen-cerpennya ialah “Rumah Besar Tiang Sebatang” oleh Ishak Hj. Muhammad, Orang putih sangat sombong dan khianat.(Warta Ahad 7 Dis. 1941) “Anak Dibuat Denak” oleh Ishak Hj. Muhammad (Warta Ahad 12 – 19 Julai 1938). Situasi dan tindakan orang bukan Melayu menerusi watak Tauke Tong Sam Pah dan orang peranakan DKK, Tuan Muhammad Iskandar Maidin yang ingin menguasai politik Tanah Melayu mencetuskan rasa benci dan memberi motivasi kepada Mat Kerengga mengembalikan kekuasaan orang Melayu. Contoh lain: Cerpen Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang Ishak Hj. Muhammad – Utusan Zaman ,15 Jun – 6 Julai 1940 Siasat Yang Tiada Diminta Abu Bakar Ahmad (Lembaga Malaya 18 April – 16 Mei 1941)
F5 : Persoalan Ekonomi
H/C : - Kecurigaan masyarakat pribumi terhadap kaum pendatang yang mendedahkan kelemahan kedudukan ekonomi orang Melayu yang jauh ketinggalan telah memberikan kesedaran kepada para penulis cerpen sekitar 1920-an -1940-an tentang perlunya perubahan sikap orang Melayu terhadap ekonomi.
- penglibatan orang Melayu dalam ekonomi perlu disedarkan setidak-tidaknya dengan terus memberikan galakan melalui karya-karya kreatif.
- Antara cerpen” Dari Perangkap ke Penjara, kemudian lalu ke syurga”-Ishak Hj.Muhammad. “Dolly, Bidadari Dari Shanghai” (Utusan Zaman Ogos-Sep. 1940), Rumah Besar Tiang Seribu (Warta Ahad Nov – Dis 1941) dan “Cerita Awang Putat”(Utusan Zaman Nov. 1941),
F6 : Persoalan bercorak pengembaraan dan detektif
H/C : - Terdapat cerpen yang memberikan gambaran tentang pengembaraan dan perjalanan manusia ke angkasa. Juga kisah- kisah yang berkaitan pengalaman-pengalaman ngeri yang ketika itu amat diminati oleh penggemar ruangan cerpen di akhbar dan majalah.
- Kebanyakan cerpen jenis ini masih mengekalkan unsur pengajaran yang tebal di dalamnya bersama imaginasi pengarang
- antara cerpennya “Panglima di Rimba, (Majlis nov-Dis 1939), “Terbang ke bulan”(Majlis Mei-Julai 1939), Inspektor Black (Majalah Cerita Nov 1938 – Jan 1939) dan “Pelayaran yang Dahsyat”
Pilih 4 isi
1 isi = 3 markah (F=2 + H/C =1)
4 isi X 3 markah = 12 markah
2. Kritikan sastera di Malaysia sudah diterima sebagai suatu genre yang penting, meskipun usianya masih muda. Daripada sudut hayatnya ia turut berkembang seiring dengan wajah perkembangan teks sastera kreatif. Teks-teks yang dihasilkan secara langsung atau tidak langsung akan berhadapan dengan apresiasi dan kritikan khalayak.
(Mana Sikana, Kritikan Sastera Melayu Moden, 2006, Singapura, Penerbit Pustaka Karya)
Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan:
(a) maksud kritikan sastera [3m]
(b) dua fungsi kritikan sastera [6m]
(c) empat ciri kritikan sastera [16m]
SKEMA JAWAPAN
a) Maksud kritikan sastera
F1: proses pertimbangan, pengadilan dan penilaian terhadap hasil sastera untuk tujuan menjelas atau menganalisis karya-karya sastera
F2: proses menghurai, mentafsir dan menjelaskan nilai teks atau karya sastera secara objektif melalui metodologi yang tertentu
F3: satu usaha mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur dengan kaedah yang bersistematik berdasarkan teori-teori tertentu
F4: pertimbangan dan penilaian yang dibuat melalui pemahaman dan pentafsiran terhadap karya sastera dengan alasan yang munasabah dan adil / tidak dipengaruhi oleh persoalan emosi
Pilih 1 isi
1 isi = 3 markah
1 isi X 3 markah = 3 markah
b) Fungsi kritikan sastera
F1: Untuk membezakan antara teks sastera yang bermutu / baik dengan teks
sastera yang tidak bermutu / tidak baik
H: - Pengkritik boleh membantu pembaca memilih teks sastera yang baik
- Pengkritik harus bersikap kritis dan berlaku adil serta saksama bagi
membuktikan dia telah membaca teks itu berulang kali dan memahami makna
tersurat dan tersirat dalam teks dan berupaya menikmatinya
F2: Memberi bantuan kepada pembaca memahami teks
H: - Pengkritik menyediakan prasarana dan kemudahan kepada pembaca untuk memahami isi teks yang mungkin dibuat oleh pengarang yang kreatif dalam pelbagai cara dan kaedah.
- Melalui kritikan, pembaca akan lebih dahulu mendapat lorongan untuk memahami isi teks.
F3: Memberi bantuan kepada pengkritik
H: Kewujudan aktiviti kritikan ini jelas telah membantu menambahkan lagi
bilangan pengkritik melalui polimik sastera. Di samping melontarkan hujah-
hujah kritikan, pembetulan kesilapan yang dilakukan oleh pengkritik juga
boleh menjadi lebih sihat dan berterus terang
F4 Mendorong ke arah terbinanya kritikan dan teori sastera baru
H : - polimik sastera melalui kritikan boleh mendorong kepada kelahiran lebih banyak teori baru yang sesuai dengan perkembangan terbaharu dalam
kesusasteraan tempatan.
- juga turut membantu melahirkan lebih banyak usaha meningkatkan teori baru melalu pusat-pusat pendidikan tinggi
Pilih 2 isi
1 isi = 3 markah (F=2 + H=1)
2 isi X 3 markah = 6markah
c. Ciri kritikan sastera
F1: Kritikan Sanjungan
H : Penyataan rasa kagum atau senang terhadap sesebuah karya. Lebih bersifat
memuji karya dan pengarangnya yang berjaya menyerlahkan fikiran bernas di samping mampu menampilkan elemen-elemen dalaman sastera yang baik dan menarik. Ia turut memberi fokus kepada ketokohan, kebijaksanaan dan
kemampuan pengarang mengutarakan idea karya.
- kiritikan ini juga timbul kerana keiniginan melaksanakan sikap memuji dan mengagumi hasil karya dan kerap dibauri sentimen.
- Kritikan sastera berciri sanjungan ini ketara, seawal sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua dan selepas itu, terutamanya pada era pascaperang dan pra-ASAS '50. Pengkritik pada era tersebut terdiri daripada pengarang kreatif seperti Keris Melayu (Muhammad Yassin Maamor) dan Anak Negeri (Mohd. Yusof Ahmad).
- Kritikan mereka tertumpu pada Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang dan Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi. Kedua-dua buah karya itu merupakan ciptaan sastera yang penting, malah sebagai magnum opus atau karya agung. Kerus Melayu umpamanya, dalam tulisannya. "Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi" (Majalah Guru, 1 Julai 1935) berusaha mengangkat atau menyanjung Sejarah Melayu kerana memberikan fokus kepada ketokohan, kebijaksanaan dan kepahlawanan watak-watak seperti Tun Perak, Bendahara Seri Maharaja dan Hang Tuan lima bersaudara. Watak-
watak itu dikagumi dan disanjungi sebagai kebanggaan bangsa.
C: Tulisan Keris Melayu “Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi” yang
mengkagumi Sejarah Melayu.
F2 Kritikan Teguran
H : mengkritik dan memberi peringatan secara ikhlas. Pengkritik melaksanakan
tulisannya dengan lebih berimbang – dengan menyatakan keistimewaan,
kekuatan sesebuah teks di samping menunjukkan sama kelemahan dan
kekurangan teks tersebut. Pengkritik tidak harus dipengaruhi oleh emosi atau
sentiment serta tidak mengecam secara keterlaluan terhadap teks dan
pengarang.
- Tokoh terawal dan penting dalam kritikan teguran ialah Aminuddin Baki apabila beliau menulis artikel yang berjudul "Pandangan Seorang Penuntut Tinggi Kita Tentang Sebuah Buku Melayu" (Utusan Zaman, 12 Jun 1949). Yang agak ketara dalam kritikan Aminuddin Baki adalah sikap intelektualnya dan jika dibandingkan dengan kritikan Keris Melayu pada 1935 itu, ternyata beliau tidak dipengaruhi emosi dan sentimen serta tidak mengecam pengarang seperti kritikan Anak Negeri terhadap Abdullah Munsyi. Banyak sarjana setempat bersetuju dan mengklafikasikan kritikan
Aminuddin Baki itu menepati konsep kritikan kesusasteraan
C: Tulisan Aminuddin Baki “Pendangan Seorang Penuntut Pengajian Tinggi Kita
Tentang Sebuah Buku”.
F3: Kritikan Saranan
H: - mengajarkan sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau untuk memantapkan lagi unsur-unsur membina sesebuah karya atau memberi alternatif dari segi teknik dan sebagainya. Kritkan ini jelas akan mengalirkan nilai positif dan amat signifikan kepada khalayak pembaca, pengarang dan kritikan sastera itu sendiri. Pengkritik sewajarnya bertindak secara objektif, prihatin dan profesionalisme
- Kritikan saranan ini banyak dihasilkan oleh pengkritik di tanah air sehingga akhir abad ini. Ramli Isin, Abdullah Hussain, Kala Dewata, dan Hashim Awang pernah menghasilkan kritikan saranan ini dalam media cetak sejak tahun 1960-an, di samping memberi kritikan penilaian dan menerapkan pendekatan tertentu pula.
- Kritikan saranan yang cenderung kepada propaganda agak dominan lantang dan jelas pada era kegemilangan ASAS '50. Ini berlaku kerana tercetusnya polemik dalam memperjuangkan falsafah berkarya antara konsep "Seni untuk Masyarakat" yang dipelopori oleh Asraf dengan konsep "Seni untuk Seni" yang dianuti oleh Hamzah.
- kritikan saranan itu memperlihatkan nilai positif bagi memperbaiki dan memantapkan karya pengarang selagi ia tidak mendorong atau memaksa sesuatu anutan kepada pengarang dan selagi ia bersikap terbuka tanpa sebarang kekangan yang membelenggu
- Kritikan saranan yang cenderung kepada propaganda agak dominan lantang dan jelas pada era kegemilangan ASAS '50. Ini berlaku kerana tercetusnya polemik dalam memperjuangkan falsafah berkarya antara konsep "Seni untuk Masyarakat" yang dipelopori oleh Asraf dengan konsep "Seni untuk Seni" yang dianuti oleh Hamzah.
- kritikan saranan itu memperlihatkan nilai positif bagi memperbaiki dan memantapkan karya pengarang selagi ia tidak mendorong atau memaksa sesuatu anutan kepada pengarang dan selagi ia bersikap terbuka tanpa sebarang kekangan yang membelenggu
C: Saranan Aminuddin Baki terhadap penghasilan novel Korban Kesucian dalam tulisannya, “Pandangan Seorang Penuntut Pengajian Tinggi Kita Tentang Sebuah Buku”
F4: Kritikan Pendekatan
H: - Pertimbangan dan penilaian terhadap hasil sastera yang dilakukan dengan menggunakan sesuatu aspek atau landas tinjauan yang tertentu. Landas dan tinjuan itu merupakan ilmu atau teori tertentu. Jenis-jenis kritikan pendekatan: pendekatan moral, pendekatan formalistik, pendekatan sosiologi dan pendekatan psikologi.
- Pendekatan intrinsik yang merupakan pendekatan terhadap karya sastera dengan menerapkan teori dan kaedah sastera yang penelitiannya berpremiskan karya sastera itu sendiri, terutamanya menelusuri unsur-unsur dalaman yang membina karya itu seperti plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan, dan gaya bahasa.
Pendekatan intrinsik ini sering dikaitkan dengan pendekatan struktur atau pendekatan formalistik yang menilai aspek formal yang terungkap dalam sesebuah teks karya,
- Pendekatan moral, yang merupakan penelitian terhadap nilai-nilai moral dan agama. Justeru itu, kajian ini terfokus kepada perilaku watak yang ditampilkan pengarang.
- Pendekatan psikologi yang dikenali juga sebagai pendekatan kemanusiaan. Pendekatan psikologi memperkatakan empat aspek yang saling berkaitan dan melibatkan pengarang, watak dan pengguna (pembaca).
- Pendekatan sosiologi yang cenderung memberi tumpuan perbincangan kepada tiga jurus yang berkaitan dengan individu pengarang, konteks atau masyarakat di persekitaran hidup pengarang.
- Pendekatan sosiologi yang cenderung memberi tumpuan perbincangan kepada tiga jurus yang berkaitan dengan individu pengarang, konteks atau masyarakat di persekitaran hidup pengarang.
C: Othman Puteh – “Saga : Analisa Psikologi Watak-watak” 1997
Hashim Awang – “Juara: dilihat dari segi Psikoanalisis “ 1977
Othman Puteh - “Rumah itu Duniaku: satu analisis psiko-sosio
F5: Kritikan Penganalisisan
H: - Penganalisisan bermakna menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya, termasuklah menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian. Dalam konteks ini, apabila seseorang pengkaji atau pengkritik melakukan penelitian terhadap sesuatu genre sastera, maka bererti peneliti itu sedang melaksanakan kerja penghuraian atau penganalisisan.
- Kritikan yang bertujuan menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenar, termasuk menentukan kedudukan, prestasi dan pencapaian karya. Dalam proses ini pengkritik akan melihat sesuatu aspek dalam karya secara terperinci dan mendalam, sama ada tentang bahasa, tema,
plot, perlambangan, nilai sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah di dalam karya.
- Kritikan penganalisisan menuntut pengkritik menguasai bidangnya, menguasai teori yang ingin diaplikasikan, dan memiliki ilmu bantu yang relevan mantap agar analisis yang dilakukannya benar-benar menepati dan mencapai matlamat atau konsep pendekatan yang dipilih.
C: - Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua: Satu Analisis Tema
dan Struktur” oleh Hashim Awang ( 1975 )
- A Wahab Ali “Imej Manusia dalam sastera: Satu Kajian Perwatakan dalam
Novel Melayu Tahun 60-an”
- Othman Puteh, “Krisis : satu analisis Struktur” ( 1979 )
F6: Kritikan Penilaian
H: - Penilaian bermakna melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera yang menyangkut tentang mutu.
H: - Penilaian bermakna melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera yang menyangkut tentang mutu.
- Antara tugas penting yang harus dilaksanakan pengkritik yang menerapkan kritikan penilaian adalah menentukan sesuatu teks karya sastera itu bermutu atau tidak, mempunyai kekuatan atau keistimewaan atau sebaliknya.
- Pengkritik harus bijaksana, adil dan saksama serta memberikan hujah yang relevan dan konkrit sebelum memberikan justifikasinya. Justeru itu, pengkritik dituntut mengetahui dan memahami banyak aspek tentang pengarang yang menghasilkan karya, subjek yang dibincangkan, persekitaran,
ras dan waktu yang dipaparkan.
- Pengkritik tidak boleh bersikap bias, emosional dan memihak. Sebaik-baiknya, apatah lagi bagi membuktikan kewibawaannya, pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan karya @ pengarang dan sekiranya ada kekurangan, maka wajarlah dikemukakan saranan.
- Di tanah air kita, beberapa orang pengkritik yang melaksanakan tugasnya dengan baik dan penuh hemah ialah Mohd. Yusof Hassan, Yahaya Ismail, Hashim Awang, Ramli Isin, dan Shahnon Ahmad. Sementara Mana Sikana, Kassim Ahmad, Mohd. Affandi Hassan agak lantang, berani akan tetapi tetap berada rel ilmu yang diyakini.
C: Yahaya Ismail, “Ahmad Rashid Talu: Novelis pertama” 1974
- Pengkritik tidak boleh bersikap bias, emosional dan memihak. Sebaik-baiknya, apatah lagi bagi membuktikan kewibawaannya, pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan karya @ pengarang dan sekiranya ada kekurangan, maka wajarlah dikemukakan saranan.
- Di tanah air kita, beberapa orang pengkritik yang melaksanakan tugasnya dengan baik dan penuh hemah ialah Mohd. Yusof Hassan, Yahaya Ismail, Hashim Awang, Ramli Isin, dan Shahnon Ahmad. Sementara Mana Sikana, Kassim Ahmad, Mohd. Affandi Hassan agak lantang, berani akan tetapi tetap berada rel ilmu yang diyakini.
C: Yahaya Ismail, “Ahmad Rashid Talu: Novelis pertama” 1974
Ramli Isin, “Suhaimi Haji Muhammad: Reformis teknik Persajakan Melayu”
1974
Pilih 4 isi
1 isi = 4 markah (F=2 + H=1 + C=1)
4 isi X 4 markah = 16 markah
BAHAGIAN B ( NOVEL DAN CERPEN )
Jawab satu soalan sahaja.
3. Baca petikan novel di bawah, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Tiap kali ayahnya bercakap, Sudin berasa semacam kepedihan dalam dadanya. Dia berasa betapa kuatnya, betapa perkasanya Encik Muhammad. Dunia Encik Muhammad seperti larva gunung berapi mengalir dengan lumpur panas dan lidah api menjilat-jilat menghancurkan apa sahaja yang tegak dalam alam yang ditempuhnya. Dunia ayahnya hanya pondok-pondok kebun pisang di lembah sunyi tidak bermaya. Hanya sebuah dunia baru yang akan menyelamatkan ayahnya tetapi dunia baru itu memerlukan tenaga muda yang gigih dan kuat. Dia tidak mempunyai jalan lain melainkan undur ke belakang.
Sekarang, setelah Mat Akil menerima balasannya, apakah kemenangan itu sesuatu yang dapat dimegahkan? Dia mengaminkan doa ayahnya. Memang Lebai Maaruplah sahaja harapan satu-satunya. Kemenangan orang Kampung Pulai ialah kesanggupannya mempertahankan keutuhan hidup mereka yang dahulunya aman tenteram, bersih dari maksiat dan kejahatan.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 320)
(a) Nyatakan enam peristiwa yang berlaku sebelum ‘Mat Akil menerima balasannya’ ditahan polis. [12]
Skema jawapan:
P1 - Mat Akil dan rakan-rakannya berada di Balai Raya Kampung Pulai dan mengganggu perjalanan majlis di balai raya itu.
P2 - Ketika Lebai Maarup berucap, Mat Akil dan rakan-rakannya mengganggu majlis.
P3 - Lebai Maarup dituduh dengan pelbagai kesalahan termasuk mengganggu anak bini orang. Akan tetapi, Lebai Maarup menangkis tuduhan tersebut dengan tenang.
P4 - Mat Akil cuba manikam Lebai Maarup tetapi berjaya dielak. Sungguhpun begitu tikaman tersebut terkena juga di bahunya.
P5 - Kemat Jerangkung berjaya menangkap Mat Akil.
P6 - Rakan-rakan Mat Akil juga berjaya ditangkap oleh dua orang anggota polis yang menyamar.
1 peristiwa = 2 markah
6 peristiwa x 2 markah = 12 markah
(b) Huraikan dua gaya bahasa dalam petikan ini. [4]
Skema jawapan:
F1 Simile
H/C Dunia Encik Muhammad seperti larva gunung berapi
F2 Personifikasi
H/C dan lidah api menjilat-jilat menghancurkan apa sahaja
F3 Perulangan perkataan dalam ayat
H/C Dia berasa betapa kuatnya, betapa perkasanya Encik Muhammad
F4 Perulangan kata di awal ayat.
H/C Dunia Encik Muhammad.....
Dunia ayahnya......
Pilih dua isi sahaja.
1 isi = 2 markah (F=1m/C=1m)
2 isi = 4 markah
(c) Huraikan tiga perwatakan negatif Sudin dalam novel ini. [9]
Skema jawapan:
F1 Suka berjudi
H/C Sudin suka bermain judi di Genting Highlands dengan tujuan untuk mendapatkan kereta murah daripada orang yang kalah judi. Malangnya dia berhutang akibat kalah bermain judi.
“Kamu main judi dan kalah,”Yang Berhormat Muhd.Yusuf mencelah sekali lagi.
Sudin tersengih membenarkan tekaan itu. “Saya mestilah main kalau tidak mana boleh tahu siapa kalah siapa menang, siapa mahu jual kereta dan siapa mahu beli. Malangnya saya kalah banyak dan terpaksa menjual kereta sendiri. Yang Berhormat tentu nampak saya sekarang tak pakai kereta lagi.”
Halaman 58
F2 Suka berhutang
H/C Sudin seorang yang suka berhutang akibat kalah bermain judi. Bagi Sudin berhutang itu satu kemestian kerana pekerjaannya sebagai broker ibarat gali lubang timbun lubang.
“Susah nak bayar hutang? Kamu ada hutang?” Yang Berhormat menunjukkan kehairanan walaupun dia tahu Sudin itu tidak pernah tidak berhutang.
Halaman 57
Lepas makan mereka berpisah. Dalam deram motosikalnya menuju kembali ke Pekan Kuala, Sudin bersiul-siul kecil, didengar hanya oleh hatinya. Dia lapang sekarang kerana Yang Berhormat Muhd.Yusuf mahu meminjamkan tiga ribu ringgit untuk membayar hutangnya.
Halaman 59
F3 Penghasut
H/C Sudin bercadang menghasut penghuni-penghuni tanah Penghulu Mahmud supaya memberontak dan meminta hak milik tanah sungguhpun cadangan itu tidak dipersetujui oleh YB Muhd Yusof.
Sudin bukannya orang yang tidak tahu sepak terajang perjuangan politik. Dia segera meyakinkan wakil rakyat itu. “Yang Berhormat tidak usah bimbang. Yang Berhormat tidak akan terlibat sebesar rambut pun dalam rancangan ini. Saya sendiri saja yang akan bergerak diam-diam. Sebaliknya Yang Berhormat akan mengambil kesempatan nanti sebagai orang tengah untuk mencari penyelesaian. Dengan cara itu Yang Berhormat ada peluang memasukkan jarum yang menguntungkan rancangan kita dengan Taukeh Chan di samping mendapat kehormatan dari kedua pihak.
Halaman 59
F4 Suka memperalatkan orang lain
H/C Sudin menggunakan kesempatan daripada kesulitan yang dihadapi oleh Sani. Tujuan Sudin agar Sani rasa terhutang budi dan boleh pengaruhi bapanya untuk meletak jawatan sebagai imam Pekan Kuala. Ayah Sudin boleh dilantik menjadi imam dan ini memudahkan proses membeli tanah penduduk Kampung Pulai.
Sudin juga memperalatkan Mat Akil supaya sentiasa memerhatikan gelagat Jamaludin dan Lebai Maarup.
Pak Su Muhammad agak terkejut bila diberitahu oleh Mahani yang Sudin hendak berjumpa sekali lagi. Tetapi setelah mendengar dari Sudin, dia akhirnya berasa agak lega melihat adanya kemungkinan keadaan Sani itu dijadikan helah, dijadikan muslihat untuk memaksakan persaraan bapanya.
Halaman 191
“Baik-baik; banyak duit dalam itu.” Sudin mengingatkan.
Mat Akil tersengih sambil memasukkan tangannya kembali ke dalam saku mempastikan bahawa sampul itu ada dan selamat di situ.
“Semua yang bekerja mesti dibayar.” Sudin mengingatkan. “Jangan lupa Jamaludin dengan lebai itu. Siasat betul-betul. Malam nanti aku ada di rumah. Datanglah kalau ada apa-apa.”
Halaman 275
F5 Terlibat dengan rasuah
H/C Sudin juga terlibat merasuah Penghulu Mahmud sebuah kereta Mercedes sebagai ganjaran untuk mendapatkan sebidang tanah untuk dijual kepada Tauke Chan.
“Begini, Yang Berhormat.” Sudin senyum-senyum kambing seolah-olah apa yang hendak diceritakannya itu sebuah cerita lucu. “Waktu Tauke Chan hendak menghadiahkan motokar kepada Penghulu Mahmud tempoh hari, saya disuruhnya mencari sebuah kereta second-hand. Saya pergi ke Genting.”
Halaman 58
F6 Pendendam
H/C Sudin berdendam terhadap Mat Akil yang telah membuang najis di atas cadar pengantin Sudin dan Gayah.
Dia mahu Mat Akil berasa pasti bahawa dia tidak disyaki. Dan dengan demikian dia yakin suatu masa nanti pelanduk itu akan lupakan jerat. Waktu itulah dia akan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kejahatan yang dilakukannya.
Halaman 152
F7 Mengambil kesempatan
H/C Sudin seorang yang licik. Sudin menjadi orang tengah kepada Yang Berhormat Muhd.Yusuf dan Tauke Chan untuk mempengaruhi Penghulu Mahmud untuk menyertai rancangan membina kawasan perumahan di tanah milik keluarganya. Balasannya, Sudin akan mendapat ganjaran.
Jika segalanya berjalan lancar, dia pasti akan memperoleh ganjaran yang besar. Dia berharap usaha kali ini akan melepaskannya dari hutang yang membelit sekeliling pinggangnya.
Halaman 54
Pilih tiga isi sahaja.
1 isi = 3 markah (2 markah Fakta, 1 markah H/C)
3 isi x 3 markah = 9 markah
4. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya:
“Alangkah baiknya jika kau dikirimkan ke Saga,” kata bapanya
“Memang saya akan ke Universiti Saga, kenapa?” jawab Nilakesuma cepat, diiringi rasa hairan. Dia memandang muka bapanya. Pada sinar mata bapanya itu ada tanda tanya. Ada riak-riak keceriaan menghiasi garis-garis di wajah tua itu. Bibir mulut bapanya bergerak, sebuah senyuman kecil timbul pada kulit mukanya. Nilakesuma, yang di rumahnya dipanggil Nila sahaja, bertambah hairan lalu cepat-cepat berpaling ke kanan mencari jawapan daripada ibunya.
“Kau mahu ke Saga ? betul ?” Ibunya menyampuk dengan wajah yang juga ceria.
“Betul,” jawab Nilakesuma semakin hairan. “Nah, cuba lihat surat tawarannya,”
( Dipetik daripada Mutiara Sastera Melayu Moden, MPM, DBP; 2003, hal. 146 )
a) Berikan empat sebab, mengapa ibu bapa Nilakesuma begitu gembira [8m]
c) Huraikan tiga perwatakan Nilakesuma [9m]
d) Jelaskan empat mesej yang hendak disampaikan oleh
pengarang dalam cerpen ini. [8m]
Skema jawapan
a) Berikan empat sebab, mengapa ibu bapa Nilakesuma
begitu gembira [12m]
F1 : Ibu bapa Nilakesuma gembira kerana Nilakesuma dapat melanjutkan
pelajaran ke luar negeri / Jepun.
F2 : Ibu bapa Nilakesuma gembira kerana Nilakesuma dapat melanjutkan pelajaran
ke Universiti Saga
F3: Ibu bapa Nilakesuma gembira kerana ingatan mereka kepada Yoshida
kembali segar. Ini dapat dilihat apabila ibunya mengeluarkan kotak
kecil berisi surat- surat Yoshida.
F4: Ibu bapa Nilakesuma dapat menghubungkan kembali persahabatan
mereka sekeluarga dengan Yoshida yang sudah terputus sejak sepuluh
tahun yang lalu
F5: Ibu bapa Nilakesuma gembira menceritakan bagaimana terjalinnya
hubungan persahabatan antara Yoshida dengan Cikgu Sulaiman, datuk
Nilakesuma.
F6: Ibu bapa Nilakesuma gembira kerana dengan perginya Nilakesuma ke
Saga bererti mereka akan dapat mengetahui keadaan Yoshida sama
ada masih hidup atau meninggal dunia
1 isi = 2 markah
4 isi x 2 markah = 8 markah
c) Huraikan tiga perwatakan Nilakesuma [6m]
F1 Cerdik / Pandai / Bijak
H/C Nilakesuma dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Saga
F2 Peramah / Mudah Mesra
H/C Senang / mudah berkawan contohnya bila bertemu Anieza dalam
kapalterbang
F3 Menghormati Orang Lain
H/C Walaupun kali pertama berjumpa dengan Yoshida, Nilakesuma
Menghormati keluarga Yoshida / berbicara / berbual tanpa segan silu
F4 Amanah / bertanggungjawab
H/C Nilakesuma menunaikan hajat ibu bapanya untuk pergi mencari
Yoshida
F5 Kasih sayang
H/C Nilakesuma sangat kasih dan sayangnya kepada kedua-dua ibu bapanya.
F6 Simpati
H/C Nilakesuma amat simpati dengan apa yang menimpa Nagasaki dan isteri
Yoshida.
Pilih tiga isi sahaja.
1 isi = 3 markah (2 markah Fakta, 1 markah H/C)
3 isi x 3 markah = 9 markah
d) Nyatakan empat mesej yang hendak disampaikan oleh
pengarang dalam cerpen ini. [8m]
F1 Persahabatan yang ikhlas merentasi ruang litup budaya, bangsa
dan negara
H/C Cikgu Sulaiman dan Yoshida bersahabat walaupun berlainan
bangsa dan berbeza fahaman terutamanya dalam masa
peperangan tetapi dapat mengekalkannya sehingga ke anak cucu.
F2 Peperangan bersifat kejam dan patut dihindari
H/C Yoshida amat merasai penderitaan akibat daripada peperangan
khususnya penyakit yang menimpa isterinya akibat ledakan bom
atom di Nagasaki dan Hiroshima
F3 Menuntut ilmu menjadi kewajipan pada setiap orang Islam
H/C Nilakesuma sanggup berjauhan dengan keluarga / ibu bapanya semata-
mata ingin menuntut ilmu kerana ia wajib bagi orang Islam
F4 Menghormati budaya orang lain
H/C Nilakesuma tetap menghormati budaya orang Jepun. Ini dapat dilihat
semasa dia bertemu dengan keluarga Yoshida
F5 Jangan lupa akan sejarah negara
H/C Yoshida melarang mereka mengambil gambar di tugu kerana tidak mahu
generasi muda lupa sejarah hitam yang melanda Jepun dalam Perang
Dunia Kedua.
F6 Cintakan Tanah Air
H/C Yoshida sangat mencintai tanah airnya sendiri sehingga dia tidak mahu
berbicara tentang peperangan / bom atom
1 isi = 2 markah (F1m/H1m)
4 x 2 = 8 markah
Bahagian C : Drama
Jawab satu soalan sahaja.
5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Dahlan: Apa boleh buat, sudah suratan takdir. Cukup juga saya
mengatur tadbir, tapi kecewa. Takdir juga yang tiba.
Pak Hamid : Tentu, sebab tadbir kau tadbir bodoh. Kejam.
Dahlan : Apa, pak cik? Tadbir bodoh? Sia-sia saya ke England…Sia-
sia kelulusan saya yang saya bawa balik.
Pak Hamid : Memang semua orang tahu kau lepasan sekolah tinggi. Kau
lulus ilmu undang-undang. Kau seorang lawyer. Tapi
ingat…pelajaran tinggi sahaja tidak berguna kalau tidak
disertai dengan pendidikan kebangsaan dan keagamaan.
Sebenarnya kau tak ada pendidikan. Kau lulus ilmu undang-
undang tapi kau tidak mengikut undang-undang.
Dahlan : Tak mengikut undang-undang?
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.] 2003.
Drama Lawyer Dahlan dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
K.Lumpur: DBP , hal. 215
(a) Nyatakan empat urutan peristiwa sebelum dialog di atas diucapkan. [8 m]
(b) Berikan tiga alasan Dahlan dituduh tidak mengikut undang-undang mengikut pandangan Pak Hamid. [9 m]
(c) Huraikan empat pemikiran yang cuba disampaikan pengarang dalam drama ini. [8 m]
Skema Pemarkahan :
(a) Empat urutan peristiwa sebelum dialog di atas diucapkan. (8 m)
F1 : Rahimah memarahi Dahlan kerana selalu pulang lewat malam.
F2 : Dahlan dan Rahimah bertengkar setelah Rahimah menuduh Dahlan
mengabaikan rumahtangga mereka.
F3 : Dahlan menceraikan Rahimah dengan talak satu.
F4 : Dahlan menghalau Rahimah keluar dari rumah mereka.
F5 : Dahlan menghina Rahimah yang berasal dari kampung
F6 : Dahlan tidak membayar hutang dengan Ah San
Pilih empat isi sahaja.
1 isi = 2 markah
4 isi = 8 markah
(b) Tiga alasan mengapa Pak Hamid menuduh Dahlan tidak mengikut undang-undang.
F1 : Dahlan menceraikan isterinya yang tidak bersalah
HC : Dahlan telah menceraikan Rahimah yang tidak berdosa setelah Rahimah
menegurnya selalu pulang lewat malam dan mengabaikan rumah tangga.
F2 : Dahlan melakukan pecah amanah.
H/C : Dahlan menerima suapan RM 10000 daripadaTauke Leong.
F3 : Dahlan tidak/ enggan membayar hutang
H/C : Dahlan telah berhutang dengan Ah San tetapi tidak membayar hutang
tersebut
F4 : Dahlan menganiayai pekerjanya
H/C : Dahlan mengugut hendak memberhentikan pekerjanya jika mereka tidak
memberikan sebahagian gaji mereka kepada beliau.
F5 : Dahlan tidak bertanggungjawab terhadap isteri/ rumahtangga
H/C : Pak Hamid menganggap Dahlan gagal membimbing Rahimah ke jalan
yang benar, sebaliknya mempengaruhi Rahimah mengamalkan budaya
barat dalam kehidupan mereka.
Pilih tiga isi sahaja
1 isi 3 markah ( 2 m F, 1 markah H/C)
3 isi x 3 m = 9m
(c) Empat pemikiran yang cuba disampaikan pengarang dalam drama ini.
F1 : Sikap mudah lupa diri/ asal-usul
H/C : - Dahlan yang belajar undang-undang di England dan kemudiaannya
pulang ke tanah air dan menjadi majestrit. Beliau telah menjadi sombong
dan lupa diri. Beliau enggan membantu penduduk kampung, menghina
peminta sedekah dan mengamalkan budaya barat dalam kehidupannya.
- Rahimah sudah tidak mahu makan lagi ulam-ulaman dan sayur-sayuran dari kampung yang dibawa ibunya setelah berkahwin dengan Dahlan.
- Rahimah sudah tidak mahu melakukan kerja-kerja di rumah seperti memasak dan mengemas sebaliknya telah mengupah orang gaji untuk melakukan kerja-kerja tersebut.
F2 : Pentingnya pelajaran untuk mengubah taraf hidup
H/C : Pak Hamid telah menggalakkan Dahlan agar melanjutkan pelajaran hingga
peringkat yang tinggi. Pak Hamid juga berusaha mendapatkan
biasiswa untuk Dahlan melanjutkan pelajaran di England.
F3 : Pengaruh budaya barat dalam kehidupan
H/C : - Dahlan dan Rahimah yang pernah tinggal di England telah terpengaruh
dengan budaya barat yang negatif dalam kehidupan seharian
mereka.Mereka mengamalkan pergaulan bebas, minum minuman keras
serta berfoya-foya di kelab malam.
- Rahimah dan Dahlan juga mempunyai mentaliti/pemikiran semua yang
ada di Barat adalah baik.
F4 : Sikap mementingkan diri sendiri
H/C : Dahlan dan Rahimah enggan membantu peminta sedekah dan pengutip
derma . Contohnya Dahlan enggan memberi derma kepada Zakiah dan
Rahman untuk membina sekolah rakyat. Dahlan juga enggan memberi
ceramah kepada penduduk kampung seperti yang diminta Pak Hamid.
F5 : Sikap tidak mengenang budi/Menderhaka kepada orang tua
H/C : Dahlan dan Rahimah yang telah mendapat kesenangan telah menjadi lupa
diri serta melupakan jasa orang yang telah banyak membantu mereka.
Contohnya Dahlan telah menghalau Pak Hamid dari rumahnya setelah Pak
Hamid memarahinya kerana telah menceraikan Rahimah. Rahimah pula
tidak mengakui ibunya kerana ibunya berasal dari kampung.
F6 : Perbuatan yang salah akan mendapat balasan setimpal/ hukum
karma/poetic justice
H/C :- Dahlan yang telah menerima rasuah daripada Tauke Leong sebanyak RM
10000 telah dihukum penjara selama empat tahun. Rahimah yang
menderhaka kepada ibunya telah dihalau dan diceraikan Dahlan.
- Dahlan yang tidak mendengar nasihat Pak Hamid mendapat balasan
rumah tangganya tidak bahagia.
F7 : Pentingnya ilmu agama dalam kehidupan
H/C : Dahlan dan Rahimah telah terpesong jauh daripada ajaran agama dalam
kehidupan mereka. Kesannya ialah rumah tangga mereka tidak bahagia dan
akhirnya musnah. Dahlan juga cuba membunuh diri tetapi sempat dihalang
oleh Pak Hamid.
Pilih empat isi sahaja
1 isi 2 markah ( 1 markah Fakta, 1 markah H/C)
Taburan markah :
(a) = 8 m
(b) = 9 m
(c) = 8m
__________
25m
=========
6. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
PEREMPUAN 11 : Dalam keadaan yang serba keliru, dalam keadaan yang
terharu, isteri Ayub pun meninggalkan Ayub.
PEREMPUAN 1 : Tinggalkan Ayub dalam kesakitan; dan yang lebih
menyedihkan, dalam kekosongan. Tetapi, Ayub terus sujud kepada
Allah, sujud dan sujud, memohon penawar rahmat. Penawar rahmat
kepada J.M Aziz adalah.
Hujan turun
membawa khabar berita
baik lagi molek.
Hujan turun
membawa sinar warna
pelangi
hujan turun
membawa gambar rupa
rahmat dari langit.
Hujan turun
membawa penawar ke muka
bumi
menghapuskan demam panas
menghilangkan penyakit kering-kontang.
Hujan turun
membawa penawar ke muka
bumi
melimpah Rahmat Allah
menghidup yang mati.
(a)Nyatakan empat penawar rahmat kepada J.M.Aziz seperti yang terdapat
dalam sajak di atas. [4 m]
(b) Huraikan tiga bukti yang menunjukkan Nabi Ayub tabah menempuh
ujian dalam kehidupannya dalam drama ini [ 9 m]
(c) Bincangkan empat pengajaran berdasarkan petikan dialog di atas. [12 m]
Skema Pemarkahan
(a)Empat penawar rahmat kepada J.M. Aziz
F1 – Hujan turun membawa khabar berita baik kepada beliau
F2 - Hujan turun membawa keceriaan hidup
F3 - Hujan turun membawa rahmat dari langit
F4 - Hujan turun menghilangkan penyakit
F5 - Hujan turun membawa penawar ke muka bumi
F6 - Hujan turun melimpah rahmat Allah
Pilih empat isi sahaja
Isi 1 markah
4 isi x 1 markah = 4 markah
.(b) Tiga bukti menunjukkan Nabi Ayub tabah menempuh ujian
F1 - Nabi Ayub terus beribadat kepada Allah
H/C – Walaupun semua anak-anak baginda meninggal dengan sekelip mata,
Nabi Ayub tetap beribadat kepada Allah dengan lebih giat lagi.
F2 – Nabi Ayub terus memohon pertolongan/ penawar rahmat Allah
H/C – Nabi Ayub memohon penawar rahmat dari Allah atas segala dugaan yang
beliau hadapi
F3 - Nabi Ayub tidak menyesal dengan ujian Allah.
H/C – Nabi Ayub tidak menyesal walaupun semua harta bendanya dimusnahkan
oleh iblis.
F4 – Nabi Ayub menerima takdir Allah dengan senang hati/ tawakkal kepada
Allah.
H/C – Nabi Ayub menganggap semua yang berlaku itu tentu mempunyai hikmah.
F5 – Nabi Ayub bersabar dengan semua dugaan .
H/C – Nabi Ayub bersabar dengan kematian semua anaknya, kemusnahan harta benda, ditimpa penyakit dan ditinggalkan isteri.
Pilih tiga isi sahaja.
1 isi 3 markah (2 markah Fakta, 1 markah H/C)
3 isi x 3 markah = 9 markah.
(c) Bincangkan empat pengajaran berdasarkan petikan dialog di atas.
F1 – Isteri hendaklah setia/ tidak meninggalkan suami semasa suami dalam
kesusahan.
H/C- Isteri Nabi Ayub meninggalkan Nabi Ayub seorang diri semasa Nabi Ayub
berada dalam kesakitan.
F2 - Kita hendaklah tetap beribadat kepada Allah walaupun ketika ditimpa
kesusahan.
H/C – Nabi Ayub tetap beribadat kepada Allah malah ibadatnya lebih banyak lagi
semasa baginda ditimpa pelbagai dugaan.
F3 – Kita hendaklah memohon pertolongan daripada Allah
H/C – Nabi Ayub memohon pertolongan daripada Allah semasa berada dalam
kesusahan.
F4 - Kita janganlah terpengaruh dengan hasutan iblis
H/C – Isteri Nabi Ayub telah terpengaruh dengan hasutan iblis hingga
meninggalkan Nabi Ayub berseorangan menanggung penderitaan.
F5 – Kita hendaklah bersabar dengan segala dugaan yang diterima
H/C – Nabi Ayub sentiasa bersabar dengan semua dugaan terhadap dirinya.
Pilih empat isi sahaja.
1 isi 3 markah (2 markah Fakta, 1 markah H/C)
4 isi x 3 markah = 12 markah
Taburan Markah:
(a) = 4m
(b) =9 m
(c) =12 m
_________
25 markah
========
7. Baca petikan sajak di bawah dan jawab soalan berikutnya
Pada Setiap Kali Kau Tiba, Ogos
Kemala
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
bumi dan hati ini
melapangkan ruang buat kata hikmah
harga diri
awan hitam semalam 5
awan hitam belenggu
terbenam di kaki hari.
Bukan gerimis
tapi taufan
bukan pesimis 10
tapi pahlawan
seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
memeluk kemerdekaan dalam diam
syahdu yang datang adalah sepi hening
bukan nestapa 15
tapi gelegak
bukan duka
tapi ombak
gelegak ombak penampil bicara
Pada setiap kali kau tiba, Ogos 20
siapa lagi bakal melihat dirinya
analisa ini
di ganggang siang
di tampuk malam
dewasa dalam pancaroba serba 25
ini ketentuan
inti pencarian yang nikmat
dimensi gerak fikir daya.
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
angin tanah air 30
membawa bisikan
setia dan cinta perkasa.
( Mutiara Sastera Melayu Moden, DBP: hal. 280-281 )
a. Dengan mengemukakan contoh, nyatakan nada sajak ini [4m]
b. Huraikan maksud baris / frasa sajak di bawah
i. awan hitam semalam
awan hitam belenggu
terbenam di kaki hari
ii. seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
memeluk kemerdekaan dalam diam
iii. angin tanah air
membawa bisikan
setia dan cinta perkasa [6m]
c. Huraikan lima unsur estetika ( keindahan ) dalam sajak ini [15m]
Skema Jawapan
a. Nyatakan nada sajak ini [4m]
F1 Patriotik
H/C i. Penekanan suara pengucapannya agak tinggi dan bersemangat
ii. Diksi yang dipilih menggambarkan semangat patriotik, contoh:
pahlawan, kemerdekaan, taufan, gelegak dan contoh lain yang
bersesuaian.
Fakta = 2 markah
H/C = 2 markah
Jumlah markah = 4 markah
b. Huraikan maksud sajak di bawah:
i. awan hitam semalam
awan hitam belenggu
terbenam di kaki hari
Huraian maksud :
Kesengsaraan dan kongkongan yang alami semasa penjajahan dahulu
( semalam ) telah berakhir dan maruah negara kembali kepada haknya.
ii. seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
memeluk kemerdekaan dalam diam
Huraian maksud :
Ramai pejuang kemerdekaan telah terkorban tanpa dimasyhurkan dan mereka tidak sempat mengecapi kemerdekaan yang mereka perjuangkan.
iii. angin tanah air
membawa bisikan
setia dan cinta perkasa [6m]
Huraian maksud:
Perubahan yang berlaku ( kemerdekaan ) telah melahirkan rakyat yang
setia dan kasih mereka kepada negara semakin teguh.
1 isi = 2 markah
3 x 2 = 6 markah
c. Huraikan lima unsur estetika ( keindahan ) dalam sajak ini [15m]
F1 Rangkap / Baris
H/C Sajak ini mempunyai 4 rangkap
Sajak ini mempunyai baris seperti berikut
Rangkap 1 ada 7 baris
Rangkap 2 ada 12 baris
Rangkap 3 ada 9 baris
Rangkap 4 ada 4 baris
F2 Perkataan / Sukukata
H/C Panjang pendek perkataan dalam baris ialah antara 2 hingga 8 patah perkataan
sebaris
Pendek panjang suku kata dalam baris ialah 4 hingga 17 sukukata sebaris
F3 Rima akhir
H/C Rima akhir / hujung bunyi sajak ini ialah
Rangkap 1 abcbdeb
Rangkap 2 ababcdecdcdc
Rangkap 3 abcdebfgb
Rangkap 4 abcd
F4 Personifikasi
H/C Gaya bahasa kiasan yang memberikan sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak tanduk lainnya kepada objek-objek mati atau binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
syahdu yang datang adalah sepi hening
gelegak ombak penampil bicara
F5 Anafora
H/C Gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan satukata atau lebih pada awal baris puisi yang sejajar.
di ganggang siang
di tampuk malam
F6 Metafora
H/C Perbandingan terus yang mengandungi dua atau lebih perkataan gabungan antara perkataan maujud / konkrit dan perkataan mujerad / abstrak, contoh:
kaki hari
gelegak ombak penampil bicara
F7 Hiperbola
H/C Gaya bahasa kiasan yang terdiri daripada ungkapan yang membawa pernyataan yang berlebih-lebihan. Ia sama sekali tidak menggambarkan sesuatu itu dengan tepat dan dicipta bukan dengan tujuan untuk menarik perhatian orang supaya mempercayainya sebaliknya ia lebih bertujuan untuk menekankan sesutu pandangan, perasaan atau pemikiran penuturnya, contoh:
seribu, dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
F8 Inversi
H/C Pembalikan kata - songsang dari segi tata bahasa Melayu, contoh:
dewasa dalam pancaroba serba ( serba pancaroba)
ini ketentuan ( ketentuan ini )
demensi gerak fikir daya (demensi daya gerak fikir )
F9 Perulangan kata dalam sajak
H/C Satu gaya bahasa yang melibatkan pengulangan kata yang
sama dalam satu baris atau di awal rangkap, contoh,
bukan (R2B1,3,8 dan 10 )
tapi (R2B2,4,9 dan 11 )
F10 Aliterasi
H/C: Pengulangan bunyi-bunyi konsonan sama dalam satu baris yang berurutan
memeluk kemerdekaan dalam diam (B6R2)
F11: Asonansi
H/C: Pengulangan bunyi-bunyi vokal yang sama dalam satu baris
yang berurutan
inti percarian yang nikmat (B8R3)
dimensi gerak fikir daya (B9R3)
F12 Perulangan Frasa
H/C Satu gaya bahasa yang melibatkan pengulangan frasa yang
sama dalam satu baris atau di awal rangkap, contoh,
awan hitam semalam
awam hitam belenggu
F13 Perulangan baris
H/C Satu gaya bahasa yang melibatkan pengulangan baris dalam sajak,
contoh,
Pada setiap kali kau tiba, Ogos
F14 Perulangan kata dalam satu baris
H/C Seribu dua ribu tak bernama gugur tak bertanda
catatan:
Contoh gaya bahasa hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika calon menggunakan
satu contoh untuk dua gaya bahasa, pilih satu sahaja.
Pada setiap kali kau tiba, Ogos boleh digunakan untuk gaya bahasa personifikasi dan perulangan baris. ( pilih satu sahaja )
1 isi = 3 markah
Fakta = 1 markah
H/C = 2 markah
5 x 3 = 15 markah
8. Baca sajak di bawah, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Doa Terakhir
Zaihasra
Yang kupeluk tubuh lelahmu
yang kucium rambut luluhmu
yang berderai air mataku, dingin subuh
menggigit kulit dan jantungku berdetap
ketika embun turun mencecah bumi 5
menghitung denyut waktu akhir nafasmu
membawa pergi apa yang kumiliki!
Ibunda,
selamanya kudengar deburan ombak hidupmu
seadanya kutampung penderitaanmu, sedang kudratku 10
lemah untuk menahannya; doaku mungkin lewat terkabul
di mana pada alam luas ini suaraku sering tenggelam punca
betapa pilunya embun terakhir menyentakku
tiada lagi senyum di bibir lukamu.
Ibunda, 15
kalaulah mungkin aku berdosa
setelah saling kita bermaaf;
janganlah kau bawa lukaku bersamamu
aku telah belajar membaca wajah laut
mengoyak wajah pasir, menyibak suria 20
menggenggam angin menyusuri wajah malam
namun, maafkan aku demi cintamu.
Pulanglah bonda ke dalam kehidupan abadi
setelah datang dengan berani!
akan kukenang matamu dalam renungku 25
mengungkapkan penyerahan hayat
perjalanan 74 begitu panjang pertarungan
suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi
dan aku adalah benteng yang mendepani
kehidupanmu. 30
bagaikan batu pualam
onggokan pusaramu
memanggilku pulang
ke kampung laman
setelah lama dan jauh,musafir dan berkelana 35
pedih mataku berair mata
segenggam rindu jadi selaut duka
setabah dukaku menampung rasamu.
Ibunda,
meski disini kita berpisah 40
dan ditamanku belum selesai kutanam bunga
kau adalah segalanya bagiku
tenang dan tenanglah
dalam doaku kita pasti bertemu.
Dewan Sastera, April 1998
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2003.
Mutiara Sastera Melayu Moden
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 292-293)
(a) Dengan memberikan contoh, huraikan tiga pemikiran penyajak
dalam sajak ini. [9]
Skema jawapan:
F1 Kasih sayang
H/C Kasih sayang penyajak terhadap ibunya. Penyajak bersedih dan menangis apabila ibunya meninggal dunia.
Yang kupeluk tubuh lelahmu
yang kucium rambut luluhmu
yang berderai air mataku, dingin subuh
menggigit kulit dan jantungku berdetap
ketika embun turun mececah bumi
menghitung denyut waktu akhir nafasmu
membawa pergi apa yang kumiliki! (B1-7)
F2 Penderitaan
H/C Semasa hidup, ibu penyajak menderita dan penderitaan itu tidak dapat dibantu oleh penyajak. Setiap anak harus mengenang budi dan mengenang beban penderitaan ibu semasa hayatnya.
Ibunda,
selamanya kudengar deburan ombak hidupmu
seadanya kutampung penderitaanmu, sedang kudratku
lemah untuk menahannya; doaku mungkin lewat terkabul
di mana pada alam luas ini suaraku sering tenggelam punca
betapa pilunya embun terakhir menyentakku
tiada lagi senyum dibibir lukamu. (B8-14)
F3 Kemaafan
H/C Setiap anak seharusnya memohon ampun dan maaf kepada ibunya.
Ibunda,
kalaulah mungkin aku berdosa
setelah saling kita bermaaf;
janganlah kau bawa lukaku bersamamu
aku telah belajar membaca wajah laut
mengoyak wajah pasir, menyibak suria
menggenggam angin menyusuri wajah malam
namun, maafkan aku demi cintamu. (B15-22)
F4 Kegigihan/kesungguhan
H/C Kegigihan seorang ibu yang ingin membesarkan anaknya.
mengungkapkan penyerahan hayat
perjalanan 74 begitu panjang pertarungan
suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi (B26-28)
F5 Tanggungjawab seorang anak
H/C Seseorang anak haruslah sering pulang ke kampung halaman menziarahi pusara ibu.
bagaikan batu pualam
onggokan pusaramu
memanggilku pulang
ke kampung laman (B31-34)
F6 Doa seorang anak
H/C Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan ke atas roh ibunya sebagai membalas pengorbanan yang telah diberikan semasa hayatnya.
Ibunda,
meski disini kita berpisah
dan ditamanku belum selesai kutanam bunga
kau adalah segalanya bagiku
tenang dan tenanglah
dalam doaku kita pasti bertemu. (B39-44)
F7 Redha dengan takdir Tuhan
H/C Seseorang anak haruslah merelakan pemergian ibu ke dalam kehidupan yang abadi.
Pulanglah bonda ke dalam kehidupan abadi
setelah datang dengan berani!
akan kukenang matamu dalam renungku (B23-25)
Pilih tiga isi sahaja.
1 isi = 3 markah (2m Fakta, 1m H/C)
3 isi x 3 markah = 9 markah
(b) Jelaskan dua harapan penyajak. [4]
Skema jawapan:
F1 Harapan agar ibunya pulang (kerahmatullah) dengan tenang dan aman.
H/C Pulanglah bonda ke dalam kehidupan abadi
setelah datang dengan berani!
akan kukenang matamu dalam renungku mengungkapkan penyerahan hayat
perjalanan 74 begitu panjang pertarungan
suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi
dan aku adalah benteng yang mendepani
kehidupanmu. (B23-30)
F2 Penyajak mengharapkan ia akan terus tabah menghadapi segala dugaan.
H/C pedih mataku berair mata
segenggam rindu jadi selaut duka
setabah dukaku menampung rasamu. (B36-38)
F3 Penyajak mengharapkan ibundanya akan tenang dan dalam doanya mereka pasti bertemu.
H/C Ibunda,
meski disini kita berpisah
dan ditamanku belum selesai kutanam bunga
kau adalah segalanya bagiku
tenang dan tenanglah
dalam doaku kita pasti bertemu. (B39-44)
F4 Harapan penyajak agar ibu memaafkan sekiranya dia berdosa.
H/C Ibunda, kalaulah mungkin aku berdosa
setelah saling kita bermaaf;
janganlah kau bawa lukaku bersamamu (B15-18)
Pilih dua isi sahaja.
1 isi = 2 markah (1m Fakta, 1m Contoh)
2 isi x 2 markah = 4 markah
(c) Berikan empat unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik. [12]
Skema jawapan:
F1 Anafora
H Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan
C Yang kupeluk tubuh lelahmu
yang kucium rambut luluhmu
yang berderai air mataku, dingin subuh (B1-3)
F2 Epifora
H Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan
C Yang kupeluk tubuh lelahmu
yang kucium rambut luluhmu (B1-2)
F3 Perulangan perkataan di awal baris rangkap
H Perulangan perkataan di awal baris rangkap dua, tiga dan empat
C Ibunda
F4 Asonansi
H Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak.
C akan kukenang matamu dalam renungku
ATAU mana-mana contoh yang berkenaan
F5 Aliterasi
H Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak.
C menggenggam angin menyusuri wajah malam
ATAU mana-mana contoh yang berkenaan
F6 Perulangan perkataan/kata
H Perulangan perkataan/kata dalam baris yang sama
C tenang dan tenanglah
setelah lama dan jauh,musafir dan berkelana
F7 Hiperbola
H Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa.
C menggenggam angin menyusuri wajah malam
F8 Metafora
H Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan abstrak.
C selamanya kudengar deburan ombak hidupmu
segenggam rindu jadi selaut duka
F9 Inversi
H Pembalikan kata / ayat / rangkaikata
C setelah saling kita bermaaf;
sepatutnya : kita saling
F10 Personifikasi
H Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup
C mengoyak wajah pasir, menyibak suria
menggenggam angin menyusuri wajah malam
Pilih empat isi sahaja.
1 isi = 3m (1mF, 1mH, 1mC)
4 isi x 3m = 12m
No comments:
Post a Comment