Saturday, November 26, 2011

BAHAGIAN D - KMT 922/1


ENDOI
Definisi:
·         Berasal daripada kata ‘endul’ yang bermaksud buaian
Fungsi:
·         Menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa atas kelahiran anak sulung.
·         Memberi pengajaran dan panduan kepada masyarakat.
Ciri-ciri:
·         Merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan dalam majlis keramaian.
·         Merupakan bentuk puisi tumpang yang menggunakan syair, pantun dan nazam dalam penyampaiannya.
·         Persoalan yang diutamakan
Ø  Salasilah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w
Ø  Kisah nabi-nabi
Ø  Nasihat kepada anak-anak
Ø  Pengajaran Islam

UCAPAN MENCUKUR RAMBUT BUDAK KECIL

Tema : Pengorbanan seorang ibu – Seorang ibu sanggup menanggung kesusahan dan penderitaan semata-mata untuk membesarkan anaknya menjadi insan yang mulia.
Maksud :
R1           Ucapan puji-pujian kepada Allah dan Rasul
R2           Dengan bismillah, dijelaskan mengenai permulaan wujudnya seseorang manusia. Apabila seseorang itu lahir, iadiberi nama dan bayi itu lahir; diharap bayi itu tidak ingkr perinth Allah suatu masa nanti.
R3           Memberitahu keturunan Adam bahawa asal kejadian manusia adalah daripada empat sifat iaitu api, air, tanah dan angin yang akhirnya diperkembang ke seluruh alam.
R4           Kelahiran anak adalah hasil persenyawaan antara ayah dan ibu. Selepas lapan puluh hari menjadi darah beku dan setelah seratus dua puluh hari menjadi daging.
R5           Ibu mengandung selama sembilan bulan dan tidak pasti sama ada lebih atau kurang daripada itu. Ibu mnegalami kesulitan yang amat sangat semasa proses melahirkan dan terpaksa berpantang makan dan minum.
R6           Apabila cukup sembilan bulan ibu selamat melahirkan anaknya. Ibu bapa si anak amat gembira dan memberikan sepenuh kasih sayang kepadanya.
R7           Si ibu menaruh harapan yang tinggi terhadap anaknya dan menganggap kesulitan yang dirasai selama 9 bulan seolah-olah tidak dirasainya.
R8           Anak-anak diseru mengenang saat-saat semasa mereka masih kanak-kanak, ketika mereka sedang lena tidur, ibu bapa mereka berusaha mencari rezeki.
R9           Anak-anak diingatkan agar tidak membantah segala tunjuk ajar dan nasihat ibu.
R10        Si ibu menjaga anaknya siang dan malam sehingga kadang-kadang tidur dan makan tidak menentu.
R11        Kesukaran ibu menjaga si anak. Menuam dan membedung. Apabila si anak jaga, ibu mendukungnya dengan penuh kasih sayang.
R12        Ibu menjaga anaknya siang dan malam serta tidak tentu masanya. Ibu tidak dapat tidur lena dan sering terjaga di tengah malam.
R13        Si ayah pulak bersusah payah memberi perlindungan kepada si anak agar terlindung daripada angin, hujan dan penyakit.
R14        Kalau si ibu mempunyai orang suruhan, tentulah si anak dijaga dengan lebih rapi. Contohnya, si anak akan dipastikan tidak diganggu nyamuk dan sentiasa diperhatikan pada waktu malam.
R15        Walaupun ibu hidup dalam kesusahan dan berpakaian ala kadar, tetapi si ibu amat sayang kepada si anak dan tidak pernah jauh daripada si anak.
R16        Si anak diharap dapat menghormati ayah sebagai orang yang mulia. Ibu bapa pula dapat menghubungkan kita dengan Tuhan.
R17        Jika si ibu seorang yang kaya tentulah dicari orang suruhan untuk menjaga si anak. Akan dicari wang sebanyak mungkin. Adalah dikesali jika si anak tidak memahami pengorbanan itu.
R18        Apabila anaknya sudah besar, si ibu menghantar anaknya ke rumah seorang guru untuk belajar mengira, mengaji pada waktu pagi dan malam.
R19        Apabila anak sudah pandai mengaji, ibu bapa sangat gembira dan mereka berikhtiar mencari wang supaya si anak boleh pergi ke Mekah mengerjakan haji.
R20        Pergi ke Mekah untuk menyucikan dosa. Guru menyuruh mengaji dan anak dinasihati supaya mendekatkan diri dengan al-Quran.
    
GHAZAL
Definisi :
·         Merupakan puisi bersifat cinta yang biasanya dinyanyikan oleh orang muda yang dalam percintaan.
·         Berasal dari Parsi.
Fungsi :
·         Alat untuk menyatakan perasaan cinta dan kasih sayang.
Ciri-ciri:
·         Berbentuk bebas.
·         Pola rimanya berulang-ulang iaitu : a-a, atau a-b,  b-c,  c-d.
·         Ayat yang panjang-panjang.
·         Jumlah perkataan yang tidak tentu.
·         Jumalah suku kata antara 20 hingga 22 suku kata.
·         Bertemakan cinta.

Kekasih

Tema: Cinta akan ilmu
Maksud:
Menggambarkan perasaan cinta terhadap kitab dan ilmu yang dipelajari hinggakan dianggap sebagai kekasih hati. Orang yang tidak memiliki ilmu akan hidup dalam sia-sia walaupun hidupnya sehingga seribu tahun. Sebaliknya bagi yang memiliki ilmu masa itu dirasai suatu kenikmatan dan kebahagiaan. Dengan memiliki ilmu, kemarahan dapat diredakan dan menjadi panduan hidup seperti hidayat yang diperoleh Bukhari yang hidup bahagia.


 REJANG
Definisi :
·         Merupakan puisi tumpangan yang tidak mempunyai bentuk yang tersendiri tetapi menumpang bentuk-bentuk puisi lain.
·         Menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan nama hari atau hari bulan berdasarkan firasat, rasi serta kepercayaan tertentu dan dikaitkan dengan nama-nama binatang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.
Fungsi :
·         Menyampaikan ajaran agama.
·         Memberi nasihat kepada masyarakat.
·         Menunjukkan contoh teladan dan pengajaran yang baik.
Ciri-ciri:
·         Empat baris serangkap; 2 baris pertama pembayang, 2 baris berikutnya adalah maksud.
·         Dua baris pertama tidak berhubungan tetapi ada yang berhubung seperti syair.

REJANG HARI BULAN

Tema : Kerinduan seorang kekasih - Kerinduan yang tidak tertanggung kerana berjauhan.
Maksud :
R1           Apabila mengenang kebaikan seseorang mulut akan terkunci dari berkata-kata dan seolah-olah hilang pertimbangan.
R2           Fikiran tidak tenteram kerana diganggu perasaan yang amat rindu.
R3           Perasaan yang terlalu rindu menyebabkan tidur tidak lena dan sering menangis.
R4           Ketika tidur sering menangis kerana memikirkan bilakah dapat bertemu dengan orang yang dirindui.
R5           Selalu teringatkan akan budi yang diterima.
R6           Budi yang dicurahkan telah menjadi satu sanjungan.
R7           Pemuda berjanji tidak akan mencari pengganti.
R8           Pemuda juga tidak berniat berusaha mencari pengganti.
R9           Pemuda berjanji apabila tiba masanya dia akan pulang.
R10        Perasaan rindu yang tiada bandingan kerana teringatkan kejelitaan orang yang disayangi.
R11        Akibat kerinduan yang tidak tertanggung si perindu jatuh sakit, kerana terkenang kejelitaan kekasihnya.
R12        Sakit seluruh badan kerana merindui kekasih hati.
R13        Kekasih hati sahaja yang dapat mengubati penyakit yang ditanggung.
R14        Tiada orang lain atau sebarang penawar yang dapat mengubati kerinduan yang ditanggung.
R15        Hanya kekasih hati sahajalah satu-satunya yang dapat mengubati, bukannya oarang lain.
R16        Tiada orang lain yang bertakhta di hati pemuda itu kecuali kekasih hatinya seorang.
R17        Kekasih hati diibaratkan seperti derertan permata.
R18        Pemuda tidak dapat tidur lena dan ingin tahu adakah kekasihnya juga begitu.
R19        Pemuda terlalu merindui kekasih hatinya sehingga membawa kedukaan.
R20        Sama-sama menanggung kesusahan tetapi pemuda itu gembira kerana kekasihnya sentiasa gembira.
R21        Pemuda itu berpendapat, biarlah ia seorang yang menanggung penderitaan rindu tersebut.
R22        Pemuda itu sanggup menanggung kesusahan kerana terkenangkan budi pekerti kekasihnya.
R23        Pemuda tidak pernah melupakan kekasih hatinya siang dan malam, kerana budi baik kekasihnya itu.
R24        Ketika tidur pemuda sering mimpikan kekasihnya.
R25        Ketika tidur sering bermimpi akan orang yang disayangi.
R26        Ketika bertemu orang yang disayangi dalam mimpi seolah-olah mereka memadu kasih. 


NAZAM
Definisi :
·         Digubah oleh ulama berdasarkan kaedah puisi Arab.
·         Tema; keagamaan, pendidikan, keilmuan.
Fungsi :
·         Mengungkapkan peristiwa sejarah.
·         Menyampaikan pengajaran agama.
·         Memberi nasihat dan pendidikan.
Ciri-ciri:
·         Dua baris serangkap.
·         Jumlah perkataan dan sukukata tidak tetap.
·         Rima; sama ada a-a, a-b, c-b, d-b atau a-a, b-b, c-c.
·         Isi; berkaiatan agama.
·         Isi tidak sempurna dalam dua baris.
·         Dibawa secara berlagu; nasyid dan qasidah.

Nazam Ajal

Tema: Keagamaan
Maksud:
R1           Jika manusia yakin kepada kematian, ia tidak akan mengikut nafsunya apabila bertindak.
R2           Apabila manusia tidak beramal kepada Tuhan, mereka akhirnya akan menyesal.
R3           Manusia diingatkan bahawa ketika ajal datang tiada guna untuk menyesal lagi.
R4           Semua manusia akan mati tetapi kita tidak dapat menentukan masanya.
R5           Menemui kematian amat sakit dan ajal yang tiba tidak boleh dihalang.
R6           Semua manusia diajak membuat amal dan tidak lagi lalai dan leka.
R7           Manusia wujud hasil kejadian daripada Tuhan dan kepada Tuhan juga kita akan kembali (mati).

Nazam Rukun Islam

Tema: Keagamaan
Maksud:
R1           Allah memerintahkan hambanya mengerjakan sembahyang dengan bersungguh-sungguh.
R2           Sembahyang merupakan Rukun Islam yang perlu dilakukan pada waktu siang dan malam mengikut waktunya.
R3           Rukun Islam ada lima. Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah.
R4           Rukun Islam yang kedua ialah mendirikan sembahyang dan Rukun Islam ketiga ialah berpuasa pada bulan Ramadhan.
R5           Rukun Islam keempat ialah mengeluarkan zakat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
R6           Rukun Islam kelima ialah mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan.


 
TALIBUN
Definisi :
·         Merupakan puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa.
Fungsi :
·         Untuk memerikan secara terperinci tentang sesuatu gambaran.
Ciri-ciri:
·         Membawa tema:
Ø  Menyatakan keagungan dan kehebatan sesuatu tempat.
Ø  Menyatakan keadaan kesibukan atau keajaiban sesuatu peristiwa atau suasana.
Ø  Menyatakan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek/orang.
Ø  Menyatakan sikap dan kelakuan manusia.
·         Menggunakan bahasa yang berulang-ulang.

Tepung Tawar

Tema: Peranan tepung tawar dalam hidup.
Maksud:
R1           Alat tepung tawar yang pertama ialah daun setawar. Daun ini boleh menghilangkan penyakit bisa seperti santau.
R2           Daun sedingin boleh menyejukkan hati yang sedang marah, membuang perasaan dengki dan umpat keji serta boleh menyabarkan hati.
R3           Daun ati-ati tanda kebijaksanaan agar mudah berunding dan memberi keputusan ketika di khalayak.
R4           Daun gandarusa merupakan tangkal menghalau musuh sama ada dari dalam atau luar serta untuk menangkis ilmu sihir, digunakan dengan serapah.
R5           Tangkal tuju digunakan bersama jampi. Ini diharap dapat menghalau jin, hantu pelesit, dan puaka jembalang.
R6           Bedak dan limau digunakan untuk membersihkan hati yang dengki, iri, khianat, dendam, salah faham dan penyakit yang lama ditanggung.
R7           Air percung digunakan sebagai tanda keikhlasan dalam bergaul, bercakap, memberi sesuatu dan ketika memberi pertolongan.
R8           Beras kunyi dan bertih adalah lambang rezeki. Rezeki akan mudah diperolehi dari perbagai sudut dan cara. Rezeki itu datang mencurah-curah tidak tentu masa.


PERIBAHASA BERANGKAP
Definisi :
·         Merupakan ungkapan peribahasa yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua keratan sejajar dalam sebaris atau lebih.
Fungsi :
·         Alat komunikasi formal dan tidak formal.
·         Alat pendidikan.
·         Alat untuk mengkritik seseorang.
·         Alat kawalan sosial.
·         Media untuk mempamerkan kebijaksanaan penutur.
·         Untuk menggambarkan ketinggian status seseorang.
Ciri-ciri:
·         Berbentuk terikat.
·         Dua baris sejajar atau lebih.
·         Tidak berhubungan dari segi rima.
·         Dapat dikenal pasti melalui struktur, tema, isi dan fungsinya.


Peribahasa Berangkap Dua Baris

Tema: Sikap negatif yang merugikan.
Maksud:
R1           Membuat sesuatu kerja selepas dipertimbangkan sebaik-baiknya.
R2           Biarlah susah mencari rezeki dengan cara yang halal asalkan jangan sampai menggadai maruah.
R3           Sikap atau perangai seseorang yang suka berhutang merupakan tabiat yang buruk.
R4           Untuk memperoleh kesenangan pasti kesukaran akan ditempuh terlebih dahulu.
R5           Jangan melaga-lagakan orang yang telah sedia bersengketa.


Peribahasa Berangkap Tiga Baris

Tema: Rasional dalam tindakan.
Maksud:
R1           Melakukan sesuatu biarlah berhati-hati dan menggunakan akal fikiran.
R2           Ketidaksefahaman antara menantu dan mertua tidak akan mendamaikan rumah tangga.
R3           Orang yang hinapun tidak suka kepada orang yang mengamalkan sikap-sikap negatif.


Peribahasa Berangkap Empat Baris

Tema: Perubahan sikap manusia.
Maksud:
R1           Sudah menjadi lumrah manusia, apabila zaman semakin maju, adat resam/pusaka mula dilupakan sedikit demi sedikit.
R2           Bersiap sedia menghadapi kesukaran/kesusahan yang akan datang.
R3           Kerosakan atau kesusahan yang dihadapi memerlukan penyelesaian yang sewajarnya berdasarkan besar atau kecil kesukaran/kesusahan itu.
R4           Mencari/mendapatkan sesuatu di tempat yang sepatutnya.
R5           Menggunakan/berbelanja melebihi pendapatan yang sedia ada.
R6           Kesukaran yang dihadapi mungkin dapat diselesaikan dengan cara yang mudah tetapi memerlukan keputusan yang bijak.
R7           Pekerjaan yang dibuat secara berhati-hati akan mendatangkan hasil yang baik atau memuaskan.
R8           Apabila merantau ke tempat orang hendaklah mematuhi adat tempat yang dikunjungi dan tidak bertindak sesuka hati. Nama baik tempat asal haruslah dijaga/dipelihara.

No comments:

Post a Comment