Saturday, November 26, 2011

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A 922/2 - Intipati ceramah di Hotel Bustani


SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
Bahagian ini terdiri daripada EMPAT tajuk besar :

1.         SEJARAH PERKEMBANGAN GENRE - 1988
2.         TOKOH (terbahagi kepada 2 kategori) :
            2.1 Tokoh Sastera -2010 (Abd. Rahim Kajai)
            2.2 Tokoh SN -2007 (Usman Awang)
3.         PERSOALAN DAN REALITI MASYARAKAT - 2006 (Persoalan Perpaduan)
4.         INSTITUSI - 2009 (ASAS 50)

       Walau bagaimanapun, soalan pada bahagian A ini boleh terdiri daripada kombinasi pelbagai tajuk sebagaimana soalan pada tahun 2005

1. “Persoalan reformasi pendidikan dalam karya-karya awal kesusasteraan Melayu moden telahpun bermula sejak 1920-an.”
Berdasarkan pernyataan di atas,
a) Nyatakan dua tokoh penulis tahun 1920-an yang membawa  reformasi pendidikan agama. [4]
b) Jelaskan dengan memberikan contoh, empat bentuk reformasi pendidikan pada tahun 1920-an dan 1930-an. [12]
c) Huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran reformasi dalam sistem pendidikan selepas tahun 1930-an [9]
   
Jika dianalisa soalan tadi, ianya terdiri daripada 3 kombinasi tajuk, iaitu:

a. Soalan tentang tokoh (golongan penulis)
b. Soalan tentang persoalan Reformasi Pendidikan
c. Soalan mengenai perkembangan genre (faktor yang mempengaruhi)
   
Untuk menjawab soalan Bahagian A ini, ianya memerlukan beberapa kaedah bagi disesuaikan dengan aspek yang disoal dalam soalan peperiksaan.

Jika sekiranya soalan berkenaan dengan SEJARAH PERKEMBANGAN GENRE, kebiasaannya soalan yang sering dikemukakan ialah berkenaan dengan aspek;

SEJARAH PERKEMBANGAN GENRE

1.         Tokoh yang terlibat dalam perkembangan genre tersebut.
       Penguasaan terhadap golongan penulis dan nama-nama penulis seharusnya ada dalam pengetahuan para pelajar.
       Pelajar juga harus sedar soalan mungkin tidak akan ditanya secara terus sebaliknya mungkin akan ada elemen KBKK, jadi pelajar seharusnya peka dengan beberapa maklumat yang boleh dijadikan pembayang dalam mengemukakan jawapan.
       Contoh, tahun penglibatan tokoh, pendidikan yang diterima juga boleh dijadikan pembayang.

2.         Persoalan yang digunakan dalam genre sama ada secara umum atau khusus. Popular sebelum perang:
            2.1 Persoalan Percintaan Muda-Mudi
            2.2 Persoalan Kahwin Paksa
            2.3 Persoalan Reformasi Pendidikan
            2.4 Persoalan Ekonomi
            2.5 Persoalan Nasionalisme
            2.6 Persoalan Kebebasan Sosial

3.         Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan persoalan yang diguna pakai oleh penulis pada era tersebut.

            Dalam hal ini, calon seharusnya dapat menghubungkait dengan pengetahuan sejarah. Antara jawapan yang boleh ditulis oleh calon ialah seperti perkembangan akhbar dan majalah, isu sosial yang menjadi bahan bualan hangat masyarakat dsb. Ianya bergantung pada persoalan yang dibincangkan.

Ø  Terdapat juga soalan peperiksaan yang lebih terperinci maksudnya soalan yang menjurus kepada aspek teknikal sesebuah genre. Cth : STPM 1998

“Sajak merupakan salah satu jenis Kesusasteraan Melayu Moden yang mendapat tempat di Malaysia sebelum perang dunia kedua lagi.” Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri sajak sebelum perang berdasarkan aspek-aspek berikut;
            a. Tema
            b. Bentuk
            c. Gaya Bahasa

TOKOH KESUSASTERAAN :
  1. Abdullah Munsyi
  2. Syed Sheikh Al-Hadi
  3. Ahmad Rasyid Talu
  4. Abdul Rahim Kajai
  5. Muhd Yassin Maamur
  6. Ishak Haji Muhammad

SASTERAWAN NEGARA :
  1. Keris Mas
  2. Shahnon Ahmad
  3. Usman Awang
  4. A.Samad Said
  5. Arena Wati
  6. Muhammad Haji Salleh
  7. Noordin Hassan
  8. Abdullah Hussain

SOALAN TOKOH

1. LATAR BELAKANG:

Merangkumi semua maklumat tentang tokoh iaitu nama sebenarnya, tarikh dan tempat lahir, keluarga, pendidikan serta kerjaya yang diceburi oleh tokoh. Tarikh meninggal juga perlu jika sekiranya tokoh tersebut telah meninggal dunia.

2. SUMBANGAN :

Calon sewajarnya dapat mengemukakan karya-karya yang dihasilkan oleh tokoh merangkumi semua genre sama ada:
            1. novel
            2. cerpen
            3. sajak
            4. drama
            5. penulisan esei dan kritikan.

3. PERANAN / KEPENTINGAN
   
Calon sewajarnya dapat mengemukakan peranan penting seseorang tokoh, juga merangkumi keistimewaan tokoh tersebut.


PERSOALAN DAN REALITI MASYARAKAT

       Pertembungan timur-barat
       Reformasi pemikiran
       Emansipasi wanita
       Reformasi pendidikan
       Nasionalisme
       Perpaduan
       Dasar Ekonomi Baru

Ø  Isu-isu dalam masyarakat yang mencetuskan persoalan dalam karya

INSTITUSI

       Pejabat Karang Mengarang
       Sultan Idris Training College (SITC)
       ASAS 50
       Penerbit
       Dewan Bahasa dan Pustaka
       Jabatan Pengajian Melayu, UM
       GAPENA
       Anugerah Sasterawan Negara
       Hadiah Sastera

SOALAN INSTITUSI
       Kebiasaannya soalan akan berkisar pada elemen-elemen berikut;

            a. LATAR BELAKANG PENUBUHAN
            b. OBJEKTIF PENUBUHAN
            c. SUMBANGAN

a.         Soalan LATAR BELAKANG PENUBUHAN: (5W + 1H) yang terdiri dari,

            1. Bila ditubuhkan (When)
            2. Siapa yang mencadangkan (Who)
            3. Kenapa ianya ditubuhkan (Why)
            4. Dimana lokasi penubuhannya (Where)
            5. Apa matlamat (What)
            6. Bagaimana ianya ditubuhkan (How)

b.         Soalan OBJEKTIF PENUBUHAN:

1. Dari segi bahasa - Salah satu objektif utama penubuhan sesebuah institusi.
2. Dari segi kesusasteraan - Bermatlamat untuk mengembangkan lagi bidang kesusasteraan Melayu.
3. Melahirkan penulis
4. Menerbit dan mencetak buku / karya sastera

c.         Soalan berkaitan SUMBANGAN:
           
1. Menganjurkan peraduan / sayembara. (menulis cerpen, novel dsb)
2. Mengadakan kegiatan ( seperti bengkel, ceramah, seminar dsb)
3. Menerbitkan buku, majalah dsb (berkait dengan karya-karya sastera atau bahasa)

No comments:

Post a Comment