Saturday, March 3, 2012

SOALAN & SKEMA JAWAPAN UJIAN SIRI 1 - 922/1 KMT


1.   Syeikh Nuruddin al-Raniri merupakan tokoh kesusasteraan Melayu tradisional yang banyak memberi sumbangan terhadap kesusasteraan. Jelaskan;

a)     Latar belakang tokoh    [8]
b)    Sumbangan penulisan   [8]
c)     Peranan tokoh             [9]
______________________________________________

a)     Latar belakang tokoh  (8 isi x 1 markah = 8 markah)

1.     Nama penuh : Syeikh Nuruddin Muhammad Jailani bin Ali bin Hassan Ji bin Muhammad Hamid al-Quraisyi ar-Raniri
2.     Berasal dari daerah Ranir, Gujerat, India
3.     Keturunan campuran Arab-India. Tarikh lahir tidak diketahui.
4.     Pendidikan awal di Ranir, kemudian ke Hadramaut dan Mekah.
5.     Fasih berbahasa Melayu kerana bergaul dengan orang Melayu di Mekah.
6.     Pertama kali sampai ke Acheh pada tahun 1631 pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
7.     Tidak mendapat sambutan kerana pengaruh Wahdatul Wujud yang dipelopori Hamzah Fansuri berkembang luas di Acheh.
8.     Nuruddin kembali ke Acheh pada tahun 1637 – zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani.
9.     Mula mendapat perhatian sultan – berpengaruh.
10.  Dilantik sebagai Mufti.
11.  Mengikut aliran dan fahaman ahli-Sunnah wal Jama’ah.
12.  Kembali ke Ranir, India pada tahun 1644. Meneruskan kegiatan agama di sana.
13.  Meninggal dunia di Ranir pada tahun 1658.
                                              

b)    Sumbangan penulisan    [8]

Rujuk lampiran (4 isi x 2 markah = 8 markah)


c)     Peranan tokoh        (3 isi x 3 markah = 9 markah)

1.     F - Seorang yang arif dalam hal-hal keagamaan. [2]
H – Seorg guru agama yang luas pengalamannya dan berkebolehan dalam berbagai-bagai bidang ilmu.  [1]

2.     F - Seorang pengarang yang terkenal dalam bidang agama.  [2]
H – Mengarang buku-buku, kitab tasawuf, mistik dan sufi.  [1]

3.     F - Seorang ulama penganut aliran ahli-Sunnah wal Jama’ah. [2]
H – Berpegang kuat kepada kepercayaan sehingga ia berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan aliran yang dianggap sebagai bertentangan dengan ajaran Islam dan zindik iaitu aliran Wahdatul Wujud.   [1]
 
4.     F - Seorang tokoh yang dihormati dalam zaman Sultan Iskandar Thani.  [2]
H – Dilantik sebagai mufti dan sangat berpengaruh kepada sultan. Nasihat dan pengaruh beliaulah yang menyebabkan hasil-hasil karya Hamzah dan Shamsuddin telah diperintah bakar oleh Sultan Iskandar Thani. [1]


2. Teliti petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

       Setelah hari pun asarlah, maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah, serta ia datang berlabuhlah; maka turunlah makhdum dari dalam kapal itu, Syed Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang itu, “mengapa orang itu tunggang-tunggik?” Maka berebutlah orang yang melihat itu; sesak, penuh tiada bersela lagi, dan haru birulah bunyinya sampai ke dalam. Maka raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang Besar-besar. Maka dilihat raja kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, “Nyatalah  demikian seperti dalam mimpi kita itu.”
                                           (Dipetik daripada A.Samad Ahmad [peny.], 2003.
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (Edisi Pelajar).
 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 73-74)

a) Apakah peristiwa yang digambarkan di dalam petikan di atas.     [5]                              
b) Nyatakan maksud “Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita itu”      [12]                                            
c) Apakah peranan peristiwa di atas kepada penceritaan Sulalatus Salatin    [8]                                           
________________________________________________


a. Peristiwa yang digambarkan di dalam petikan di atas ialah kedatangan Islam di Melaka [2]
- gambaran Islam datang ke Melaka melalui pelbagai peristiwa pelik, selepas Raja Kecil Besar bermimpi keesokannya telah muncul sebuah kapal dari  Jeddah yang datang ke Melaka dan menunjukkan cara- cara bersolat. [3]

b. Maksud perkataan itu
- Raja Kecil Besar telah bermimpi berpandangan dengan rasulullah dan diajar mengucap dua kalimah syahadah. Pada keesokannya baginda dapati badannya berbau narawastu dan kalamnya telah dikhatankan. [4]
- Raja Kecil Besar telah menyebut perkataan tersebut berulang kali sehingga menimbulkan      kerisauan Bendahara dan menuduhnya gila. [4]
- Ternyata mimpinya benar apabila sebuah kapal dari Jeddah telah muncul di Melaka dan       menunjukkan cara bersolat sehingga mengejutkan penduduk Melaka.  [4]


c. Peranan peristiwa di atas (pilih dua isi sahaja)

i. Menggambarkan agama Islam datang ke alam Melayu  [2]
- Islam datang ke Melaka melalui pengislaman Raja Kecil Besar yang bermipi berpandangan dengan Rasulullah [2]

ii. Menggambarkan kehebatan raja-raja Melayu berbanding raja-raja lain  [2]
-raja kecil Besar dianggap lebih tinggi darjatnya berbanding Merah Silu dari segi penerimaan Islam kerana baginda menerima Islam terus daripada Nabi Muhamad  [2]

iii. Menggambarkan ketaatan rakyat kepada raja   [2]
- Rakyat akan mengikut segala perintah raja, contohnya pengislaman Raja Kecil Besar turut diikuti oleh rakyat jelata yang lain   [2]

iv. Gambaran amalan agama Islam  [2]
- Solat merupakan ibadat yang amat penting di dalam Islam kerana ia menjadi tunjang utama amalan   [2]

 
3. Teliti puisi di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Melangkah dengan pukal,
Berjalan dengan tawakal,
Bercakap dengan akal.

Berdakup muka mentua,
Bertaup muka menantu,
Takkan semenggah rumah tangga.

Mengumpat pagi,
Mengeji petang,
Lalat buta pun tak mahu singgah.

a)     Nyatakan jenis puisi di atas.         [1]
b)    Huraikan maksud setiap perenggan puisi di atas.     [12]
c)     Huraikan empat gaya bahasa  puisi tersebut.   [12]
_______________________________________

a.     Peribahasa Berangkap tiga baris. [1]

b.    Huraikan maksud setiap perenggan puisi di atas.   (3 isi x 4 markah = 12 markah)                       

R1 : Sebelum melakukan sesuatu perkara, sepatutnya kita mengetahui secara mendalam akan perkara tersebut, perlu melakukan dengan berhati-hati dan bijak menggunakan akal fikiran. [4]                                                

R2 : Di dalam rumah tangga, jika berlaku ketidaksefahaman antara menantu dan mentua, maka rumahtangga tersebut berhadapan dengan masalah.  [4]

R3 : Manusia yang suka mengumpat, mengeji dan mempunyai sifat negative, tidak disukai.  Semua orang, termasuklah orang jahat atau orang yang hina sekalipun. [4]                                                                                                 

c.   Huraikan empat gaya bahasa  puisi di atas.     (4 isi x 3 markah = 12 markah)

1.  F : Metafora / Perbandingan terus perkataan  di dalam  baris   [1]
H : Perkataan bentuk abstrak iaitu buta digabungkan dengan perkataan bentuk konkrit, iaitu   lalat. Perkataan “Lalat Buta” di dalam perenggan ketiga baris ketiga.  [1]
     C : Lalat buta pun tak mahu singgah  [1]

2.  F : Asonansi = Perulangan bunyi vokal di dalam satu baris ayat.   [1]
     H : Terdapat perulangan huruf vokal  “a” di dalam baris pertama di rangkap satu.   [1]
     C : Melangkah dengan pukal  -  a   [1]

3.  F : Aliterasi = Perulangan bunyi konsonan di dalam satu baris ayat.  [1]
     H : Terdapat perulangan huruf konsonan  “g” di dalam baris kedua di rangkap tiga.   [1]
     C : Takkan semenggah rumah tangga  -  g    [1]

4.  F :  Perulangan perkataan di tengah baris di dalam satu perenggan yang sama.   [1]
 H : Terdapat perulangan perkataan   “dengan” di tengah baris pada rangkap pertama.   [1]
     C :                      Melangkah dengan pukal   
Berjalan dengan tawakal
Bercakap dengan akal     [1]

No comments:

Post a Comment