Monday, March 19, 2012

TERIMA KASIH PPU SMK SERI TANJONG, MELAKA

Sekalung ucapan terima kasih...kepada pengurusan & Guru Penolong Kanan Program Persediaan Universiti SMK Seri Tanjong, Tanjong Kling, Melaka khususnya kepada Puan Raisah Ibrahim. Undangan kepada saya untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab kertas Kesusasteraan Melayu Moden 922/2...saya terima seadanya. 
Tanggal 10 Mac 2012 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Kuliah SMKST...saya cuba kongsikan sedikit ilmu yang ada pada saya berdasarkan pengalaman menjadi pemeriksa kertas. Sungguhpun masa yang saya ambil agak panjang...hampir 3 jam berkongsi pengalaman...saya lihat pelajar mahupun guru-guru yang hadir masih setia mendengar celoteh saya...terima kasih semua.
Tahniah juga saya ucapkan kepada Puan Mariah dan para pelajar dari SMK Seri Kota....sanggup datang dan hadir bersama-sama dalam majlis ilmu tersebut. Saya sebenarnya...tidak menyedari kehadiran mereka sehinggalah dalam sesi ceramah...baru saya sedar..pelajar dan guru di depan saya..merupakan gabungan dua sekolah. Ketika sedang asyik berceramah...muncul pula seorang lagi guru..sahabat yang baru saya kenali dalam perjalanan dari Alor Setar ke Melaka. Tahniah dan syabas kepada Cikgu Anuwar dari SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Takdir Allah s.w.t...telah menemukan kita melalui blog ini. Siapa sangka..dalam perjalanan, saya menerima panggilan Cikgu Anuwar..bertanya tentang kertas KM 922/2. Mendengar masalah yang dihadapinya...saya cadangkan kepada Cikgu Anuwar untuk datang ke SMKST...ternyata undangan saya diterimanya. Terima kasih Cikgu Anuwar yang bersusah payah mengorbankan masa & tenaga, semata-mata datang untuk mendengar celoteh saya dari utara.
Apa-apapun...saya mohon maaf atas bicara saya...sepanjang mengendalikan ceramah...kiranya terdapat salah silap...tersilap kata mahupun tertinggi suara...maklumlah..terlalu ghairah nak sampaikan semuanya dalam waktu yang singkat..sememangnya itu adalah niat untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada untuk anak bangsa. Terima kasih semua....
Tak lupa....terima kasih kepada saudara saya..Cikgu Mohd Ghazali Yusof dari Kg. Paya Rumput Sungai Udang...yang sudi meluangkan masa bersama..selama saya di Melaka. Sahabat karib..sama-sama menuntut sejak daripada tingkatan satu lagi...semoga persaudaraan kita selama lebih 35 tahun terus berkekalan... 

No comments:

Post a Comment