Tuesday, May 29, 2012

TUGASAN MUSIM CUTI

Salam. Buat semua pelajar Tingkatan 6 Atas Zaaba...selamat bercuti. Makan tidur...makan tidur...kalut sana, kalut sini...apa kata kita buat sedikit kerja rumah yang tak sempat cikgu nak bagi hari terakhir persekolahan khamis lalu...sikit saja..buat!! jangan tak buat. Hari ini cikgu upload tugasan cerpen dulu...lain hari..lain tugasan pulak....terima kasih.

1. Berdasarkan cerpen Kesementaraan karya S.Othman Kelantan, huraikan;
(a) Konflik dalaman watak. [8]
(b) Konflik golongan agama dengan golongan intelektual. [8]
(c) Konflik isteri watak utama dengan jiran. [9]
2. Bincangkan watak “Dak Joh” dalam cerpen Garis Panorama karya Jais Sahok dikatakan watak bulat dan dinamik. [25]
3. Berdasarkan cerpen Perjalanan Yang Tak Direncana karya Razak Mamat, jelaskan;
(a) Nilai-nilai murni. [16]
(b) Pengajaran yang bersifat teladan. [9]

4. Dalam cerpen Nagasaki karya Abdullah Hussain, dapat digambarkan latar masyarakat peristiwa imbas kembali dan latar masyarakat peristiwa semasa. Nyatakan latar masyarakat peristiwa imbas kembali dan latar masyarakat peristiwa semasa. [25]

1 comment:

  1. Seronoknya ada cikgu yang begini, bagi soalan-soalam kepada pelajar. Cikgu, stpm tahun ini soalan apa yang diramalkan keluar?

    ReplyDelete