Sunday, March 24, 2013
STPM BAHARU
Assalam. Setelah sekian lama tak berkesempatan mengemaskini blog ini lantaran kesibukan seharian. Pelajar-pelajar STPM 2012 Terminal dan Modular telah menerima keputusan masing-masing. Yang Terminal...senyum melebar...yg Modular...gempar seluruh negara. Jangan patah semangat..terus berusaha
Sunday, September 9, 2012
SOALAN PERCUBAAN 922/2 KMM 2012
BAHAGIAN A:
Sejarah Kesusasteraan Melayu dan Kritikan Sastera
1.
Sarjana-sarjana
sastera banyak memperkatakan pembaharuan
yang dibawa oleh Abdullah Munsyi dalam kesusasteraan Melayu moden.
Berdasarkan
pernyataan di atas,
(a)
Jelaskan
latar belakang Abdullah Munsyi [5m]
(b)
Bincangkan lima pembaharuan yang diperkenalkan Abdullah Munsyi dalam karya-karyanya. [20m]
2.
Dalam
sejarah Kesusasteraan Melayu, bidang kritikan dapat dianggap yang termuda
kelahirannya berbanding dengan genre cerpen, sajak, novel dan drama. Secara
khusus, kelahiran kritikan adalah kesan
tindak balas berikutan daripada kelahiran genre yang lain.
(Sejarah Kesusasteraan Melayu, Jilid 2, hal.397, DBP 1990)
Berdasarkan
pernyataan di atas,
(a)
Jelaskan
maksud kritikan sastera. [5m]
(b)
Huraikan
lima fungsi kritikan sastera. [20m]
BAHAGIAN B
: Novel dan Cerpen
3.
Novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas kaya dengan mesej dan
pengajaran. Berdasarkan pernyataan ini, huraikan lima mesej yang terdapat dalam novel tersebut. [25m]
4. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.
“Mana ada kawasan kosong di
tepi jalan? Kalau ada pun semua tanah orang.” Suara Dak-Joh meninggi.
“ Ada, kata mereka. Aku
sudah dengar.”
“Di padang sekolah? Itu
saja tanah milik kerajaan.”
“Di seberangnya, kudengar.
Ada dia orang sebut beberapa kali.”
“Di seberangnya? Dak-Joh
terlopong bagaikan orang kedunguan. “Di perdangauan
perkuburan itu?” Dia cuba menipu perasaannya sendiri.
Eh, tidak. Di…….ah, di
situlah.”
Celaka! Sudah gila?”
Ongkat tidak berani
mengatakan apa-apa lagi. Dia tidak berani memandang Dak-Joh. Mukanya terlalu
garang. Bibirnya terdorong ke dalam rongga mulutnya. Gigi rahangnya yang
tinggal dua batang mengetap bibir atasnya.
(Dipetik daripada Mutiara
Sastera Melayu Moden,
MPM, DBP, 2003,hlm.81)
(a) Apakah yang dimaksudkan
dengan pendangauan itu dan apakah
akibatnya jika pendangauan itu diganggu?. [5m]
(b) Huraikan empat nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam cerpen ini. [8m]
(c) Huraikan:
i. Tiga perwatakan Dak-Joh. [6m]
ii. Tiga perwatakan Yang Berhormat Hamdan. [6m]
BAHAGIAN C : DRAMA
Jawab satu soalan sahaja dalam
bahagian ini.
5. Baca petikan drama di
bawah ini, dan jawab soalan-soalan mengikutinya.
DAHLAN
: Aku tetap menurutkan kata hati, segala nasihat dari siapa pun tak bererti. (Duduk sebentar kemudian keluar. Suara orang
– Inspektor Polis – mengetuk dari luar sebeng. Dahlan perlahan-lahan masuk).
INSPEKTOR : Encik ....
encik .... (sambil mengetuk)
DAHLAN : Siapa? (Datang rapat ke hadapan).
INSPEKTOR : Saya dari balai
polis.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2003.
Drama “Lawyer Dahlan” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 218)
(a) Nyatakan empat perubahan sikap Dahlan selepas
pulang dari England. [4m]
(b) Galurkan dua peristiwa penting sebelum Dahlan
berkata: Aku tetap menurutkan kata hati, segala
nasihat dari siapa pun tak bererti dan satu
peristiwa penting selepas dialog tersebut. [9m]
(c) Shaharom Husain seringkali
memperlihatkan pertentangan pendapat antara Dahlan
dan Pak Hamid dalam drama ini. Huraikan tiga
peristiwa yang menunjukkan situasi tersebut. [12m]
6. Baca petikan drama di
bawah ini, dan jawab soalan-soalan mengikutinya.
HALIMI: Dalam
tahun 1965, J.M.Aziz jatuh sakit dan tidak dapat melihat keadaan sekeliling.
Dengan murah hati J.M.Aziz telah membenarkan saya menunjukkan gambar-gambarnya
apabila beliau jatuh sakit. Tetapi, masih lagi tersenyum.
(Gambar-gambar
ditayangkan. Muzik)
(Cik
Lijah berjalan masuk)
Ya, dia sering tersenyum,
sebab penyakit itu tidak dapat menyentuh jiwanya; Cuma tubuh badannya saja.
Saya berkata kepada beliau, J.M. itu “Jiwa yang Memuji”, dan menari seperti
pergerakan penari-penari “The Whirling Dervishes” yang cuba mendekati diri
kepada Allah; bukan “Jiwa Merana”.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2003.
Drama “Malam Ini Penyu Menangis” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 247)
(a)
Nyatakan
empat keadaan kehidupan J.M.Aziz
selepas jatuh sakit. [4m]
(b)
Huraikan
tiga keistimewaan J.M.Aziz yang
terdapat dalam drama ini. [9m]
(c)
Bincangkan
tiga pemikiran yang ingin
dikemukakan oleh pengarang dalam drama di atas. [12m]
BAHAGIAN D : SAJAK
Jawab satu soalan sahaja dalam
bahagian ini.
7. Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab
soalan-soalan yang mengikutinya.
Membunuh Mimpi
(sebuah pesan
untuk Mayawati)
Usman Awang
Usiamu menghampiri sunti dara
mengibarkan rasa di selendang sutera
menyembunyikan malu di bilik terkunci
diselubungi rindu lagu dan tari
seribu bayang seribu mimpi 5
yang manis indah kerana itulah mimpi.
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
tapi dialah nanti menyebabkan kau
gundah
terasing di cermin kenyataan
kehidupan yang ganas dan kejam. 10
Sunti daraku,
jangan kau pinjam lamunanku, hati
seorang ayah
yang kini kubenci sebab begitu lemah
selamanya mimpiku hidup itu serba
indah.
Bunuhlah mimpi itu, anakku 15
kau membunuh segala palsu
lagu dan rindu
yang selalu menipumu.
Dapatkan keberanian hidup baru
dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu 20
Puisi-puisi
Pilihan Usman Awang, 1987
Dewan Bahasa dan Pustaka
Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur: DBP, hlm 270 )
(a) Jelaskan maksud rangkap di bawah ini.
(i) Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
tapi
dialah nanti menyebabkan kau gundah
terasing di cermin kenyataan
kehidupan yang ganas dan kejam. [4m]
(ii) Dapatkan keberanian hidup baru
dari kekuatan hati dan
ketinggian ilmu [3m]
(b) Bincangkan dua
persoalan dalam sajak di atas. [6m]
(c) Huraikan tiga
gaya bahasa sertakan fungsinya [12m]
8. Baca
petikan sajak di bawah dan jawab soalan mengikutinya.
Bulan
Berdarah
Nahmar Jamil
Setiap kali kuintip bulan
indah
setiap kali ia berubah
wajah
bulan yang kukenali kini
bukan bulan dulu
bulan yang kupandangi bagai
ketuaan ditelan waktu.
Dulu aku bersorak gembira
dan tertawa 5
melihat bulan kanak tidak
mengenal diam
dulu aku dikejar rindu,
berahi dan dendam
melihat bulan remaja
mengepak gagah perkasa.
Bulan yang kukenali kini
bulan Islam
bulan yang tidak mengenal
geografi bumi 10
bulan yang tidak mengenali
asyabiah putih dan hitam
bulan yang bertanah air
akidah bersempadan ukhrawi.
Bulan yang dipandang kini
menitis darah dan basah
menitis di negeriku, di
Afghanistan, Iran, dan Iraq
menitis di setiap benua di
mana berteduh pucuk aqidah 15
aku tertanya akan hikmahnya
kapan berhenti atau tidak.
Bulan berdarah menitis di
tubuhku dan aku menangis
bersama rakyat Palestin,
Moro, Pattani, Eritrea dan
semua yang tergilis
aku bertarung di negeri
menegakkan manhaj kedaulatan 20
di tengah sengketa puak
antara kebatilan dan kebenaran.
Bulan berdarah menitis dan
aku mendepani kurun
kurun serigala menerkam
mangsa seperti di Sahara Afrika
tetapi aku bangkit dengan
luka tanpa mengenal putus asa
akidahku pantang dicabar
meski dijejal mayat bertimbun. 25
Bulan berdarah menitis dan
mata enggan lelap
aku memimpikan arus merah
bertukar arus para syuhada
apabila semua dikembalikan
kepada janji padu dan tegap
janji kemenangan al-ummah
di kehadiran awal keagungannya.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.], 2003.
Mutiara Sastera Melayu Moden
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 294-295)
(a) Huraikan dua gambaran kehidupan masyarakat dalam
sajak di atas. [4m]
(b) Dengan memberikan contoh,
huraikan tiga harapan yang ingin
dikemukakan oleh penyajak dalam
sajak di atas. [9m]
(c)
Huraikan
empat penilaian anda terhadap gaya
bahasa sajak di atas. [12]
-:SOALAN
TAMAT:-
SOALAN PERCUBAAN 922/1 KMT 2012
Bahagian A
(Sejarah dan Pengenalan Kesusasteraan Melayu)
1.
Cerita legenda merupakan dokumentasi sosial masyarakat Melayu yang dikaitkan
dengan tokoh-tokoh yang hebat.
a) Apakah maksud cerita legenda dan berikan 3 contoh karya? [7]
b) Berdasarkan salah satu contoh karya yang anda berikan jelaskan sejauh mana ia
menepati ciri-ciri sesebuah cerita legenda. [9]
c) Apakah fungsi cerita legenda kepada masyarakat? [9]
2. Sastera agama
merupakan salah satu sastera tulisan yang mendapat tempat dalam kalangan
orang-orang Melayu di nusantara.
a)
Nyatakan
EMPAT jenis/golongan cerita mengenai tokoh
Islam yang terdapat dalam sastera agama tersebut. [4]
b)
Jelaskan TIGA
ciri sastera agama. [6]
c)
Sastera agama
menyenaraikan watak nabi-nabi Allah yang terkenal. Huraikan watak dan
perwatakan nabi-nabi Allah yang terdapat dalam sastera Agama. [15]
Bahagian B
(Karya Agung)
3.
Teliti petikan berikut dan jawab soalannya.
Syahdan bagindalah yang pertama-tama
meletakkan “kekuningan larangan”, tidak dapat dipakai orang keluaran, dan
diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal
besar dan tilam, dan bungkus barang apa-apa, dan akan karang-karangan benda;
dan tiada dapat diambil akan perhiasan rumah; dan lain daripada itu pun tiada
juga dapat, melainkan kain, baju, dan destar, tiga perkara itu jua yang dapat
dipakai. Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung, tiada
terletak ke tanah: dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau
perahu, bertingkap berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan
teterapan keris; sebesar-besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas,
dan jikalau berkeroncong emas berkepala perak tiada boleh.
(Sulalatus Salatin : MPM, DBP, A
Samad Amad. hlm 74)
a) Siapakah baginda dan
apakah peristiwa yang berlaku sebelum petikan di atas? [9]
b) Apakah larangan yang
terdapat terdapat di dalam petikan di atas? [10]
c) Apakah kepentingan
larangan tersebut jika dilihat dalam konteks hubungan raja dan
rakyat? [6]
4. . Teks Sulalatus Salatin
banyak memaparkan unsur-unsur kritikan yang dilakukan untuk mengkritik golongan
raja dan rakyat. Berdasarkan pernyataan tersebut jelaskan dengan mengemukakan
contoh-contoh peristiwa yang sesuai.
[25]
Bahagian C :
PROSA MELAYU TRADISIONAL
5. Teliti petikan di bawah dan jawab
soalan berikutnya.
Maka
Maharaja Gatotkaca pun berjalanlah lakunya seperti gunung api hendak
menghanguskan alam ini rupanya. Maka segala tunggul dan panji-panji pun seperti
bunga lalang berkiaran ditiup oleh angin dan segala rakyat itu berjalan terlalu
banyaknya bergemerlapan rupa mahkota segala raja-raja seperti awan ditiup oleh
angin yang maha keras. Demikianlah rupanya rakyat berjalan itu dan bercoraknya
pakaiannya seperti bintang rupanya.
Maka kelihatanlah Gunung Ugra Bajra.
Maka segaja rakyat Maharaja Gatotkacapun turun dari udara berlindung di balik
bukit itu. Maka segala rakyat raksasa itu pun sekaliannya berbuat tempat
berhenti. Maka diambilnya segala batu kayu dan segala gunung dibongkarnya dan
bukit dan beberapa pohon kayu yang besar-besar dicabutnya daripada hendak
bangat dan matahari pun baharu terbit berayun-ayun. Maka peraduan Maharaja
Gatotkaca dan Sang Bimanyu pun diperbuat dengan sebentar juga sudah.
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny),2003,Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, halaman 94)
a)
Jelaskan lima gambaran kehebatan
yang dimiliki oleh angkatan Maharaja Gatotkaca seperti dalam petikan di
atas. [10]
b)
Buktikan bahawa hikayat ini adalah sebuah hikayat berunsur Hindu. [15]
6.Berdasarkan Kitab Hadiqat al-Azhar wa
al-Rayahin,dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
a) Nyatakan tiga persoalan yang diutarakan dalam sastera kitab ini. [9]
b) Jelaskan sifat-sifat Imam Shafii r.a. dan
mengapakan ia wajar anda jadikan contoh. [16]
Bahagian D :
PUISI MELAYU TRADISIONAL
7. Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Berkata ilmu akulah sultan,
Kerajaan aku darat dan lautan,
Jahil berseru akulah syaitan,
Ikutlah aku merata sultan.
Ilmu itu gemala sakti, 5
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.
Harganya tidak dapat ternilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan, 10
Kuasanya bersukat digunakan,
Di laut, di darat, di rimba dan pekan.
Jasa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Jasa berhimpun ialah pengenalan, 15
Hiasan penyata polan si polan.
Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur. 20
Ialah penerang ke jalan syurga,
Ia pemuas tekak dan dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.
Ialah alat sangat berguna, 25
Idaman orang yang bijaksana,
Hampirnya luas pandang sejuta,
Tepinya ajal sempadannya fana.
(dipetik daripada MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL, halaman
284-285)
a) Apakah tajuk puisi di atas. [1]
b) Nyatakan
persoalan-persoalan yang terdapat dalam puisi di atas. [12]
c) Huraikan EMPAT
teknik penulisan puisi tersebut. [12]
8. Baca petikan puisi di bawah ini dan
jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Kekasih
Kekasih aku
seperti nyawa mulia juga,
Kekasih ia
juga dengan bawa pun ia juga,
Dijauh
daripada nyawa itu barang siapa,
Jika seribu
tahun hidup sia-sia juga,
Yang ada
serta ia bahawa itu sentiasa,
Sekaliannya
kesukaan ia sedia-sedia juga,
Nyawa itu ia
menghidupkan segala hati hidupan nyawa dan
hati manusia juga membawa suka,
Hati yang
menghilangkan halar kekasihku itulah yang setia
juga,
Kekasihku itu
yang menyukakan hati hidayat itu adanya,
Lagi hidayat
juga bukhari itu adanya,
Serta nyawa
itu ia juga,
Beruntung
lagi berbahagia jua.
a)
Apakah
jenis puisi di atas. [1]
b)
Jelaskan
unsur keindahan bahasa yang didapati daripada puisi tersebut. [12]
c)
Huraikan
empat mesej yang hendak disampaikan oleh
pengarang dalam puisi tersebut [12]
-: SOALAH TAMAT :-
Wednesday, September 5, 2012
TUGASAN DI NEGERI BAWAH BAYU
Perjalanan pergi mengambil masa hampir 10 jam..saya gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk memperbaiki bahan taklimat...tak kira di mana..di airport..dalam penerbangan...peduli apa orang lain...saya dengan netbook yang banyak jasa...rasa apa yang saya sediakan selama ini..macam tak siap je...Ya Allah! Berkatilah perjalananku... permudahkanlah tugasan ini...
Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Sepanjang mengendalikan kursus bersama cikgu Wan...rakan-rakan guru sastera tingkatan 6 serta para pelajar...setia, gigih & tekun mendengar..bercerita...berbincang dan berkongsi pengalaman.
Pengalaman bermalam di Kundasang...membuatkan saya termenung memikirkan betapa indahnya ciptaan Ilahi..mengajak saya menginsafi betapa nekadnya insan bernama manusia meneruskan kehidupan...
Dalam diam..tersedar..kunjungan ke Sabah kali ini...memberi seribu erti..
Kesempatan ini..saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada JPN Sabah, khususnya Cik Suhani Daud dari Sektor Pengurusan Akademik yang banyak membantu..Puan Rokiah dan Puan Faridah rakan JU KMK dari Sabah..Encik Hanafi,Tok Penghulu kursus dari Tuaran..rakan-rakan guru KM yang mana ramainya selama ini saya kenali cuma di alam siber..dapat jua bersua muka..berkenal-kenalan. Kepada anak-anak pelajar KM, teruskan usaha gigih anda, saya percaya anda semua akan peroleh kejayaan yang cemerlang. Semoga perkenalan singkat antara kita semua..akan diberkati Allah. Terima kasih semua...
Tuesday, September 4, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan guru dan anak-anak pelajar yang sering mengikuti blog saya ini. Dalam kesibukan menjalani rutin harian...sedar tidak sedar hari ini sudah tanggal 17 Syawal. Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua pengikut blog saya andai terdapat salah dan silap sepanjang saya mengendalikan blog ini. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
Tuesday, June 26, 2012
KEPENTINGAN KARYA (PANTUN) DALAM KONTEKS SARWAJAGAT (WORLD VIEW) MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Contoh
soalan:
Jelaskan peranan dan kedudukan pantun dalam masyarakat Melayu Tradisional.
Jelaskan peranan dan kedudukan pantun dalam masyarakat Melayu Tradisional.
Cadangan
jawapan:
Pantun
memainkan peranan dan kedudukan yang penting dalam kehidupan masyarakat
Melayu Tradisional. Peranan dan kedudukan pantun antara lain ialah sebagai alat
hiburan. Dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan bersenda gurau, bermain-main,
usik-mengusik dan menghibur hati. Contohnya pantun jenaka, pantun dua kerat dan
pantun teka-teki.
Ambil segulung rotan sega,
Sudah diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau
tua,
Melihat kambing mencabut janggut.
Pantun
juga berperanan sebagai gambaran masyarakat dari segi politik, ekonomi dan
sosial. Di dalam pantun terselit mesej untuk perkara tersebut. Memberi nasihat
dan pandangan kepada tiga perkara yang disebutkan tadi. Walaupun ringkas tapi
kental serta padat untuk memberi teguran dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. sesiapa yang berkaitan sudah pasti akan terkena dengan sindiran dan
kiasan yang begitu tepat sekali, tapi secara bersopan.
Anak dara pergi ke judah,
Sampai di judah berperi-peri;
Menjual suara bukannya mudah,
Hendak mencari nafkah sendiri.
Seterusnya
dalam ucapan yang disampaikan oleh seorang pemimpin, unsur-unsur pantun
digunakan sebagai pembukaan dan penutup ucapan. Dalam bahagian pembukaan
dilukiskan sebagai kata-kata aluan kepada pendengar atau ucapan terima kasih
kepada penganjur. Manakala dalam bahagian penutupnya selalu di sampaikan pantun
seperti;
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur pamjamg,
Boleh kita berjumpa lagi.
Pantun
juga boleh digunakan sebagai alat komunikasi bertaraf tinggi seperti dalam
upacara adat dan adat-adat seperti adat meminang dan sebagainya. Pantun yang
dikeluarkan menunjukkan komunikasi orang Melayu begitu bersopan sekali. Orang
melayu tidak akan berkomunikasi secara terangan kerana dikhuatiri akan
menyinggung perasaan orang yang dilawan berkomunikasi.
Berkokok ayam dari hulu,
Ditangkap budak sedang berlari;
Angin memukul gelombang memalu,
Sebab berhajat kita ke mari.
Seterusnya
pantun berperanan sebagai alat didaktik iaitu memberi panduan, nasihat, tunjuk
ajar dan sindiran atau kritikan. Misalnya melalui pantun nasihat, pantun budi
dan pantun kanak-kanak. Setiap yang disampaikan senang diterima kerana
penyampaiannya secara puitis dan indah sekali.
Pantun juga berperanan sebagai penyampai maksu atau curahan rasa hati, terutama di kalangan orang-orang muda yang sedangkan berkasih-kasihan. Contohnya melalui pantun kasih. Setiap kata yang bakal disampaikan akan disusun dengan penuh indah dan menarik hati orang yang akan dilawan berbicara. Pantun dalam jenis ini sungguh mengasyikkan.
Tegasnya di sini pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai-bagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.
Dalam pantun juga kita akan dapat melihat akan keindahan atau estetik masyarakat Melayu itu sendiri kerana sikap orang Melayu yang tidak suka bercakap secara berterus terang. Misalnya melalui pantun kias ibarat. Melalui pantun seperti ini orang Melayu sendiri telah dilatih supaya berfikir secara tinggi. Orang yang tidak boleh berfikir secara mendalam sudah pasti tidak akan dapat mengesan maksud yang disampaikan.
Pantun juga berperanan sebagai penyampai maksu atau curahan rasa hati, terutama di kalangan orang-orang muda yang sedangkan berkasih-kasihan. Contohnya melalui pantun kasih. Setiap kata yang bakal disampaikan akan disusun dengan penuh indah dan menarik hati orang yang akan dilawan berbicara. Pantun dalam jenis ini sungguh mengasyikkan.
Tegasnya di sini pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai-bagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.
Dalam pantun juga kita akan dapat melihat akan keindahan atau estetik masyarakat Melayu itu sendiri kerana sikap orang Melayu yang tidak suka bercakap secara berterus terang. Misalnya melalui pantun kias ibarat. Melalui pantun seperti ini orang Melayu sendiri telah dilatih supaya berfikir secara tinggi. Orang yang tidak boleh berfikir secara mendalam sudah pasti tidak akan dapat mengesan maksud yang disampaikan.
# Perkongsian drpd blog Cikgu Ahmad Yani
Subscribe to:
Posts (Atom)
