Monday, May 24, 2010

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GAYA BAHASA

Untuk menjawab soalan gaya bahasa dalam genre sajak (Bahagian D) beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, antaranya:

1. Kenalpasti bentuk soalan gaya bahasa - ini adalah kerana bentuk-bentuk soalan akan menentukan jawapan yang perlu diberikan oleh calon.

2. Kenalpasti aspek yang diperlukan - merangkumi unsur gaya bahasa, definisi serta kesan penggunaan unsur gaya bahasa tersebut.

Secara keseluruhannya jawapan peringkat STPM memerlukan calon mengemukakan fakta, huraian dan juga contoh. Sehubungan itu, jika sekiranya soalan gaya bahasa tersebut memerlukan pelajar “Huraikan unsur gaya bahasa dalam sajak”, cadangan jawapan yang boleh diberikan oleh pelajar ialah seperti di bawah:

a) Mengemukakan FAKTA iaitu unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak (rujuk sukatan pelajaran)

b) HURAIAN - calon seharusnya mengingati definisi bagi setiap unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak yang disoal.

c) CONTOH - calon perlu menyalin contoh berdasarkan sajak yang diberikan. Ingat!!!! contoh untuk aspek gaya bahasa biasanya hanya satu baris sajak kecuali untuk gaya bahasa anafora dan juga epifora.

d) Calon perlu beri ulasan - yakni penjelasan contoh (wajib untuk unsur gaya bahasa inversi)

e) Kesan juga perlu dikemukakan dalam sajak.

Cadangan:

a) Untuk asonansi dan aliterasi - meninggalkan kesan kemerduan bunyi.

b) Gaya bahasa penegasan - meninggalkan kesan penegasan maksud atau penekanan kepada maksud tertentu yang hendak disampaikan

c) Gaya bahasa perbandingan - menjelaskan maksud / memberi gambaran yang lebih jelas.

d) Gaya bahasa pertentangan - meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengertian atau penyusunan kata-kata.

No comments:

Post a Comment