Monday, November 1, 2010

ANALISA SOALAN STPM BAHAGIAN D - SAJAK


TAHUN 2004

7. Ibuku
a. Huraikan empat citra kesengsaraan hidup yang dihadapi oleh ibuku seperti yang  terdapat dalam sajak [8m]
b. Jelaskan tiga mesej dalam sajak. [9m]
c. Huraikan dua peranan pantun seperti yang terdapat dalam sajak. [8m]

8. Di Tepi Sungai di Kaca Jendela
Dengan memberikan contoh, huraikan lima unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak. [25m]

TAHUN 2005

7. Sungai Sejarah
Jelaskan lima persoalan yang ingin dikemukakan oleh penyajak dalam sajak. [25m]

8. Suatu Pengertian
a. Dengan memberikan contoh, huraikan tiga pemikiran penyajak dalam sajak. [9m]
b. Dengan memberikan contoh, jelaskan empat unsur gaya bahasa dalam sajak. [12m]
c. Terangkan hubungan antara judul dengan kandungan sajak. [4m]

TAHUN 2006

7. Jerkah Setinggan 72
a. Dengan memberikan contoh, jelaskan empat harapan penyajak terhadap rakyat negara ini seperti yang dikemukakan dalam sajak. [12m]
b. Dengan memberikan contoh, jelaskan tiga unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak. [9m]
c. Terangkan maksud baris yang berikut:
- Aku tak akan berjogathon bersama tedung [2m]
- negeri ini lubuk setan, sarang puaka [2m]

8. Episod India - Dari Catatan Kembara
a. Huraikan empat citra yang terdapat dalam petikan sajak di atas. [16m]
b. Nyatakan tiga jenis perulangan yang digunakan oleh penyair dalam sajak dan huraikan kesannya. [9m]

 TAHUN 2007

7. Pujukan Hati
a. Jelaskan tema dan persoalan sajak. [6m]
b. Nyatakan tiga nilai kemanusiaan sajak. [9m]
c. Dengan memberikan contoh, huraikan lima faktor latar yang mempengaruhi pembentukan sajak. [10m]

8. Perempuan Tua dan Wajah Bumi
a. Jelaskan tema sajak. [4m]
b. Dengan memberikan contoh, huraikan tiga kaitan antara perempuan tua dengan bumi seperti yang digambarkan dalam sajak. [9m]
c. Berikan empat penilaian anda terhadap gaya bahasa sajak yang memperlihatkan nilai estetiknya. [12m]

TAHUN 2008

7. Tukang Besi di Bengkel Kereta Api
a. Huraikan tiga mesej berserta contoh yang ingin dikemukakan oleh penyajak dalam sajak tersebut. [9m]
b. Jelaskan empat gambaran tukang besi dalam sajak tersebut. [8m]
c. Huraikan empat unsur perulangan berserta contoh yang terdapat dalam sajak tersebut. [8m].

8. Warga Petani
a. Nyatakan dua mesej yang terdapat dalam sajak. [4m]
b. Jelaskan tiga harapan penyajak dalam sajak. [6m].
c. Dengan memberikan contoh, huraikan lima unsur gaya bahasa dan nyatakan fungsi setiap unsur gaya bahasa berkenaan. [15m]

TAHUN 2009

7. Di Sudut Sepi 
a. Jelaskan lima jenis unsur perulangan yang terdapat dalam sajak di atas. [10m]
b. Huraikan lima gambaran kehidupan manusia ketika usia tua dalam sajak di atas. [15m]

8. Pencarian
a. Huraikan tema sajak tersebut. [5m]
b. Jelaskan makna baris-baris yang berikut:
    (i) dan gerimis yang berlabuh di kaca jendela
   (ii) bersama perahuku yang semakin usang
   (iii) bila sesekali berlabuh juga di sofa ingatan
  (iv) atau menyelam ke dasar tasik pengalaman [8m]
c. Sajak "Pencarian" banyak mengandungi nilai kehidupan yang dapat dijadikan pengajaran kepada pembaca. Bincangkan tiga pengajaran tersebut.       [12m]

No comments:

Post a Comment