Friday, June 18, 2010

SKEMA JAWAPAN PPT 2010 - CERPEN NAGASAKI

2 Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Dalam perjalanan pulang ke Saga, Nilakesuma bertanya kepada Iqbal: “Mengapa tiba-tiba sahaja Yoshida marah bergambar di tugu itu?”
“Agak susah mahu menjawab,” kata Iqbal. “Alasan datuk Michiko itu ada benar dan ada tidaknya.”
“Yang benarnya apa?”
“Yang benarnya, dunia masih belum bebas daripada api peperangan. Jika tidak antara negara dengan negara, bangsa dengan bangsa, suku dengan suku, maka ada peperangan dengan nafsu yang ada dalam diri kita. Itulah peperangan yang paling hebat yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sesudah balik daripada peperangan Badar.”
“Yang tidaknya?”
“Yang tidaknya terlalu subjektif untuk dikatakan. Di sini, seperti yang kita alami, sebagai contoh di Nagasaki ini sahaja memanglah tidak ada apa-apa. Semua orang yang datang melawat, barangkali sedikit sangat yang terkesan dengan malapetaka yang terjadi.”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny.],2003.
Cerpen Nagasaki dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 116)


(a) Berikan tiga alasan mengapa tiba-tiba sahaja Yoshida marah bergambar di tugu itu. [6]

F1 - Yoshida tidak mahu tugu yang menjadi lambang kesedihan itu bertukar menjadi tempat orang bergembira.
F2 - Yoshida mahu supaya semua orang tahu bahawa tempat yang menjadi lambang kekejaman manusia melalui peperangan itu bukan tempat orang datang bersuka ria.
F3 - Yoshida tidak suka melihat cucunya sendiri, Michigo cepat melupakan nasib malang yang menimpa neneknya.
F4 - Yoshida tidak sanggup melihat orang lain mengguris perasaan hatinya.
F5 - Yoshida kecewa melihat golongan muda begitu cepat melupakan kesan yang ditinggalkan oleh peperangan.

Pilih 3 isi
1 isi = 2 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian/contoh)
3 isi = 6 markah

(b) Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan tiga kesan peperangan yang dialami oleh watak Yoshida.[9]

F1 - Yoshida kehilangan isteri
F2 - Yoshida merasa hampa, kecewa dan jiwanya sakit
F3 - Yoshida menjadi seorang pendendam
F4 - Yoshida dapat bersahabat dengan cikgu Sulaiman

Pilih 3 isi
1 isi = 3 markah (2 markah fakta, 1 markah huraian/contoh)
3 isi = 9 markah

(c) Huraikan lima pengajaran yang boleh dikutip daripada cerpen diatas.[10]

F1 - Kita hendaklah sentiasa mengekalkan tali persahabatan
F2 - Kita hendaklah sentiasa mencintai kedamaian
F3 - Kita mestilah sentiasa menanamkan sifat tolong-menolong
F4 - Kita hendaklah sentiasa belajar daripada sejarah
F5 - Kita mestilah selalu menanamkan semangat cinta akan negara
F6 - Kita mestilah sentiasa gigih dalam mencari ilmu
F7 - Kita mestilah sentiasa tegas dan tetap pendirian
F8 - Kita hendaklah sentiasa mengenang jasa baik orang lain

Pilih 5 isi
1 isi = 2 markah (1 markah fakta, 1 markah huraian/contoh)
5 isi = 10 markah

* Huraian/Contoh akan dibincangkan di dalam kelas.

No comments:

Post a Comment