Friday, June 18, 2010

SKEMA JAWAPAN PPT 2010 - DRAMA LD

3. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

PAK HAMID : Jangan ambil tahu, kata kau? …Bukankah kau anak saudara aku? …Jangan, jangan, Dahlan. Jangan ulat tak kenalkan daun dan jangan kacang lupakan kulit. Kau sesat, Dahlan. Baliklah ke pangkal jalan. Cukuplah sudah kau menconteng arang ke muka aku. Tolong, Dahlan, jagalah nama baik kaum kerabat. Ubahlah sikap dan ubahlah perangai. Ambillah balik Rahimah. Bawalah ia sama-sama balik ke pangkal jalan.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksan Malaysia [peny.], 2003.

Drama Lawyer Dahlan dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 216)

(a) Siapakah penutur dialog di atas dan jelaskan tindakan Dahlan yang dianggap sebagai menconteng arang. [5]

(b) Bincang lima krisis nilai masyarakat yang dipaparkan dalam drama Lawyer Dahlan. [20]

______________________________________________________________________________

4. (a) Penutur dialog ialah Pak Hamid [1 markah]

Tindakan Dahlan yang dianggap sebagai menconteng arang :

F1 Suka berfoya-foya /Kaki perempuan

F2 Mengabaikan rumah tangga

F3 Menceraikan isterinya Rahimah

F4 Banyak hutang

F5 Sombong / Kedekut

F6 Mengamalkan budaya barat

F7 Menindas / mengugut orang bawahan

F8 Mengamalkan rasuah

Pilih 4 isi

1 isi = 1 markah

4 isi = 4 markah

4. (b) Lima krisis nilai masyarakat.

F1 Masyarakat yang mudah terpengaruh dengan budaya barat.

H/C Dahlan mengamalkan budaya barat sesudah pulang dari England. Bagi Dahlan budaya barat adalah suatu kemajuan dan bebas, yang perlu diamalkan di negara ini.

F2 Masyarakat yang menghadapi masalah rumah tangga.

H/C Rumah tangga Dahlan dan Rahimah retak akibat sikap Dahlan yang suka berfoya-foya dan tidak memperdulikan isterinya. Dahlan lebih mementingkan keseronokan daripada tanggung jawabnya sebagai suami.

F3 Masyarakat yang tidak mengenang jasa / budi orang lain.

H/C Dahlan tidak menghormati Pak Hamid serta tidak mengenang jasa Pak Hamid terhadapnya. Sebaliknya Dahlan menceraikan Rahimah serta memalukan Pak Hamid.

F4 Masyarakat yang tidak menghormati pekerja bawahan.

H/C Dahlan tidak bertimbang rasa terhadap pekerja-pekerjanya hingga sanggup mengugut untuk memberhentikan pekerja-pekerjanya.

F5 Masyarakat yang tidak amanah.

H/C Dahlan tidak amanah sehingga sanggup melakukan rasuah dengan menerima wang dari Tauke Leong sebanyak 10,000 ribu ringgit.

F6 Masyarakat yang suka berhutang untuk hidup mewah.

H/C Dahlan banyak menanggung hutang kerana menurut nafsu untuk hidup mewah dan mementingkan keseronokan semata-mata.

F7 Masyarakat terpelajar yang rendah moralnya.

H/C Dahlan miskipun mendapat pendidikan di England dan bekerja sebagai majistret tetapi rendah pekertinya kerana terlalu mengikut nafsu.

F8 Masyarakat yang tidak hormat orang tua / ibu / menderhaka.

H/C Rahimah tidak mengakui orang yang datang ke rumahnya itu sebagai ibunya kerana malu dengan keadaan ibunya yang membawa ubi, nangka muda dan sayuir-sayuran. Rahimah tidak mahu orang keliling memandang rendah terhadapnya apabila melihat keadaan ibunya yang bersifat kekampungan.

F9 Masyarakat yang tidak suka membantu orang lain / sombong / tidak menderma.

H/C Dahlan memandang rendah terhadap peminta sedekah, Zakiah dan Lebai Alang yang meminta derma. Dahlan menunjukkan keangkuhannya terhadap mereka tanpa menunjukkan sebarang rasa simpati atau belas kasihan.

F10 Masyarakat yang tidak peka pada masalah bangsa / memalukan orang lain.

H/C Pak Hamid kecewa dengan sikap Dahlan yang tidak mementingkan masyarakat. Dahlan tidak berminat untuk menggunakan kedua-duanya sebagai orang yang terpelajar dan bekerja sebagai majistret untuk membantu memajukan masyarakatnya sendiri / orang Melayu.

F11 Masyarakat yang tidak mematuhi ajaran agama / masyarakat yang sesat.

H/C Dahlan kurang pengetahuan agama. Dahlan merasa malu dan menyesal di atas kesalahan yang dilakukannya selama ini menyebabkan dia mahu membunuh diri.

Pilih 5 isi

1 isi = 4 markah (2 markah fakta, 2 markah huraian/contoh)

5 isi = 20 markah

1 comment:

  1. cikgu ...maaf tapi bukan ke krisis kena t'balik drpd nilai...dh wat mcm ni tp salah...

    contoh:
    tidak memaparkan nilai hormat -m'ghormati

    ReplyDelete