Monday, November 1, 2010

Analisa Soalan-Soalan Cerpen STPM 2004 – 2009 (Bahagian B)


2004

Cerpen: "Buang Bangsa, Buang Harta Keranamu Tuan"   - Soalan petikan
(a) Siapakah saya dalam petikan di atas? [2]
(b) Sebelum berlakunya dialog di atas, apakah tindakan saya yang mengejutkan dalam majlis pernikahan tersebut? [2]
(c) Huraikan dua sebab mengapa saya mengucapkan dialog di atas? [6]
(d) Huraikan lima tindakan berani yang dilakukan oleh saya selepas dialog di atas. [15]
2005
Cerpen: "Pendoa Yang Ikhlas" - Soalan petikan
(a) Jelaskan peristiwa-peristiwa yang mendorong aku berkata, "Ramai orang dah bersungut kata bapa dah tua."  [9]
(b) Nyatakan harapan aku terhadap bapa sejurus selepas dialog di atas. Adakah harapan aku tercapai? [4]
(c) Huraikan tiga bentuk nilai kemanusiaan yang diperlihatkan oleh watak aku terhadap bapanya dalam cerpen ini. [12]
2006

Cerpen: "Birokrat Tulen" - Soalan petikan.
(a) Nyatakan jenis watak aku. [2]
(b) Nyatakan tiga sifat aku dalam cerpen Birokrat Tulen. [3]
(c) Jelaskan lima sebab watak ayah dikatakan watak antagonis. [10]
(d) Jelaskan lima sebab Pak Tua menjadi pusat penceritaan dalam cerpen ini. [10]
2007

Cerpen: "Harga Hidup" - Soalan petikan.
(a) Siapakah ia yang dimaksudkan oleh orang tua itu, dan nyatakan tiga sikap watak ia. [5]
(b) Jelaskan dua prinsip hidup watak ia. [4]
(c) Huraikan dua sikap positif dan dua sikap negatif watak Tahir dalam cerpen tersebut. [16]
2008

Cerpen : "Cikgu Rukiah" - Soalan petikan
(a) Siapakah penutur dialog di atas dan kepada siapakah dialog itu ditujukan? [4]
(b) Galurkan tiga peristiwa yang membawa kepada terucapnya dialog di atas. [6]
(c) Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang melalui dialog di atas? [3]
(d) Jelaskan empat persoalan dalam cerpen tersebut. [12]
2009

Cerpen : Tanah Bukit

Soalan:
Cerpen Tanah Bukit karya Jong Chian Lai dalam Mutiara Sastera Melayu Moden bertemakan penentangan anak buah terhadap ketua yang tidak jujur atau yang mengkhianati mereka.

(a) Berdasarkan cerpen tersebut, huraikan
     (i) watak protagonis Balung, dan  [5]
     (ii) watak antagonis Tuai Kancu  [4]
(b) Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam cerpen "Tanah Bukit". [16]

4 comments:

  1. salam cg..
    cikgu ader x soalan spot sastera 1 dan 2 utk tahun nie..
    n klow boleh cg send email kepada saya(reva)
    superRevaluasi@gmail.com.
    thanks...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. blh bagi tak jawapan penuh kepada smua Analisa Soalan-Soalan Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden STPM 1998 – 2009 (Bahagian A)? Sya dgn kawan2 perlu cari jwapan rujukan utk mengetahui skema jwapan kpda smua soalan bg tahun2 tersebut.

    ReplyDelete
  4. VivienShabella, nk upload smuanya rasa tk mampu plak...cuba tnya cikgu kamu..kalau2 dia dpt membantu

    ReplyDelete