Definisi
Dari
segi istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu
sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap
satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam
kesusasteraan Melayu Tradisional, seloka merupakan sejenis puisi bebas dari
segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap tidak
tentu barisnya dalam serangkap dan tidak tentu jumlah perkataannya dalam
sebaris. Seloka juga boleh jadi mempunyai rima atau tidak. Seloka biasanya
memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea
(Harun Mat Piah, 1989).
Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti
gurindam, talibun atau teromba. Walaupun begitu, jika dilihat dari segi isi,
puisi ini berbeza antara satu sama lain. Dari segi isi, seloka biasanya
mengutarakan isinya secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan
kadang-kadang mengandungi nada atau perasaan asyik dan khayal.
Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias, tidaklah
menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya
disusun dengan cara yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadangkala
seloka sama dengan peribahasa berirama.
Dalam hal ini, pengenalan kepada peribahasa berirama ialah nada yang dibawa
olehnya. Peribahasa berirama tidak mengandungi nada-nada ejekan atau sindiran
yang sinis tetapi seloka mengandungi nada-nada ejekan dan nada-nada sinis;
menyindir terhadap sesuatu kelakuan sesetengah anggota masyarakat melalui
peribahasa yang disusun secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut.
Secara keseluruhannya, seuntai seloka merujuk kepada cerita jenaka yang telah benar-benar
dikenali dalam masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, ceritai
Lebai Malang, dan cerita Emak Si Randang Seloka tersebut bertujuan untuk
menyindir anggota masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut.
Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan
lanjut, sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek, menyindir dan
menempelak, dan mengandungi perasaan yang hiba dan rawan.
Fungsi
Fungsi
seloka amat terbatas, secara umum, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang
melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan
ketatasusuilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka
digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa
menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi Seloka tidak digunakan secara
meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat bergantung kepada
isinya iaitu:
a. Untuk menyindir seseorang
b. Untuk mengejek seseorang
c. Untuk menempelak seseorang
d. Untuk melahirkan rasa benci
terhadap sesuatu kelakuan manusia
e. Untuk memberi pengajaran dan
panduan kepada seseorang
f. Sebagai alat kawalan
sosial / protes sosial.
Seloka
Pak Pandir
Anak dipijak,dagang dijinjing
Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis, badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung
Apa didengar gelagat dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujang tak lalu
Awak juga berkecundangan
Seloka
di atas adalah perihal kelakuan Pak Pandir yang salah pertimbangan dan sering
membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Pak Pandir berbuat baik
tidak pada tempatnya. Dia berbuat baik dengan menjinjing dagang tetapi berlaku
kejam dengan perlakuannya “memijak” anak sendiri. Dia telah membunuh kucing
iaitu sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan tetapi telah membela
tikus iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakkan kesihatan dan harta benda.
Kerana kebodohan dan kebaikkannya yang melampau itu, Pak Pandir mudah ditipu.
Dia mudah percaya kepada orang asing (Mendengar gelagak dagang,Tak sedar
bertelanjang) Akibatnya, harta habis, badan tergadai. Pak Pandir juga sering
mengambil risiko tanpa berfikir panjang. Hal ini digambarkan melalui peribahasa
Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan. Ternyata dagang yang
dijinjingnya adalah penipu yang licik yang berpura-pura baik. Hal ini dijelaskan
melalui ungkapan mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, dan gunting
makan di hujung Pak Pandir juga yang menanggung Apa didengar gelagat dagang
Gelagak rambutan jantan Orang berbunga dia berbunga Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujang tak lalu Awak juga berkecundangan .
Sebahagian besar dari maksud Seloka Pandai Pak Pandir disampaikan melalui peribahasa. Oleh itu ia menunjukkan dengan jelas hubungan yang rapat antara seloka dan peribahasa. Di sini terdapat sekurang-kurangnya empat ungkapan yang merupakan peribahasa yang terkenal.
1.
Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan,
2. Mulut kena suap pisang, buntut kena cangkuk onak,
3. Gunting makan di hujung
4. Gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia bebunga, orang berbuah dia haram
# Perkongsian drpd blog Cikgu Ahmad Yani
2. Mulut kena suap pisang, buntut kena cangkuk onak,
3. Gunting makan di hujung
4. Gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia bebunga, orang berbuah dia haram
# Perkongsian drpd blog Cikgu Ahmad Yani
No comments:
Post a Comment