Friday, July 23, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG

Salam.....tanggal 21 Julai 2010 telah berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.

Buat pertama kalinya..saya diberi peluang untuk menerima Anugerah Peningkatan Akademik STPM subjek Kesusasteraan Melayu...sijil penghargaan untuk diri saya sendiri dan rakan sejawat Encik Bistari bin Hashim.

STPM 2009 telah mencatatkan keputusan yang memberangsangkan bagi subjek Kesusasteraan Melayu..peningkatan sebanyak 12.01%. Ini bukanlah kali pertama berlakunya peningkatan tetapi inilah kali pertama guru subjek diberi peluang menerima anugerah...yang mana sebelum ini ketua panitia seringkali menerimanya. Terima kasih daun keladi kepada Penolong Kanan Tingkatan 6 dan jawatankuasa yang berkaitan.

Sesungguhnya...anugerah tersebut seharusnya dikongsi bersama anak-anak didik 6 Atas Zaaba 2008/2009...berkat usaha kalian yang bersungguh-sungguh serta bimbingan saya dan Encik Bistari...telah membuahkan hasil yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata...terima kasih.

Harapan saya...semoga anak-anak didik 6 Atas Zaaba 2009/2010 yang akan menduduki peperiksaan STPM tahun ini juga akan berjaya mencatat satu lagi peningkatan...kejayaan anda semua adalah kebanggaan saya...SELAMAT MAJU JAYA.

No comments:

Post a Comment