PERKEMBANGAN AWAL
• Sajak terawal berjudul Angan-angan dengan Gurindam karya Omar Mustaffa (Utusan Melayu, 18 Januari 1913)
• Harun Muhammad Amin (Atma Jiwa) : sajak Oh Sariku yang disiarkan dalam majalah Pujangga Baru, Disember 1933.
• Muhammad Yassin Makmur (Pungguk) : 5 buah sajak: Keluh Kesah, Selalu Merayu, Tak Disangka-sangka, Pujukan Hati dan Ibuku dalam Majalah Guru, Mac 1934.
TOKOH-TOKOH PENYAJAK 1920-AN
• Hassan Haji Abd. Manan
• Embung bin Yahya (Ngumba)
• Abu Samah
• Yusof Arshad
• Muhamad Yusuf Awang
• Kasmani Haji Ariff
• Rawan
• Danil Din
TOKOH-TOKOH PENYAJAK 1930-AN
• Selain penyajak 1920-an yang terus berkarya, antaranya:
• A.Samad Ahmad (Anum)
• Ahmad Boestaman (Bayu)
• Abdullah Sidek (Anggerik)
• Syamsudin Salleh
AKHBAR DAN MAJALAH YANG MENYIARKAN SAJAK
• 1934-1941 Majalah Guru paling banyak menyiarkan sajak : 77 buah.
• Tema: Moral dan pendidikan
• Akhbar/Majalah lain : Warta Ahad, Idaman, Warta Jenaka, Bulan Melayu, Majlis, Saujana.
TEMA-TEMA SAJAK SEBELUM PERANG
• Tema Diri (Masalah Peribadi) - cinta muda-mudi
• Tema Nasionalisme dan Nasib Bangsa - cinta tanah air
• Tema Agama dan Akhlak - moral dan pendidikan
• Tema Alam
TEKNIK PENULISAN / BENTUK SAJAK
• Belum bebas daripada ikatan puisi tradisional
• Pola rima akhir
• Gambaran unsur lukisan alam -sajak cinta
• Mementingkan rentak dan irama
• Penggunaan perkataan arkaik -perkataan yang mempunyai imbuhan (intan durja, mastika puri, budiman arif)
UNSUR PEMBAHARUAN BERBANDING DENGAN PUISI TRADISIONAL
• Pembaharuan sajak hanya dalam aspek pernyataan pemikiran berdasarkan realiti sosial dan politik zaman semasa.
• Lebih menitikberatkan amanat dan menonjolkan unsur didaktik.
RUJUKAN
• Dharmawijaya, Dunia Puisi Dalam Penelitian Dan Pengajaran, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1998.
• Zainon S.Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera,Ilmu Media Trade, 2005.
SOALAN LATIHAN
Bincangkan ciri-ciri sajak Melayu sebelum perang di Semenanjung Tanah Melayu. Perbincangan hendaklah memberikan tumpuan kepada aspek tema dan bentuk sajak.
No comments:
Post a Comment