Tuesday, July 6, 2010

SEJARAH PERKEMBANGAN AKHBAR DAN MAJALAH SEBELUM PERANG

PERTUMBUHAN AWAL

· Jawi Peranakan - Singapura - tahun 1896

· Diusahakan oleh Munsyi Mohd Said bin Dada Mohyiddin

· Terbit tiap hari Isnin

· Mengandungi empat halaman

· Berukuran sebesar kertas kajang

· Kandungan : berita tempatan, berita luar negara, surat pembaca & iklan

· Corak: memberi nasihat untuk membina dan membentuk masyarakat yang bertamadun

PERKEMBANGAN

1920-an hingga 1930-an terdapat 34 jenis akhbar terbit di semenanjung.

Bahan/Isi: rencana politik, kehidupan sosial,ekonomi orang Melayu, menyiarkan karya sastera seperti cerpen,novel bersiri dan sajak

AKHBAR POPULAR

· Warta Majlis

· Majlis

· Warta Malaya

· Marta Ahad

· Warta Jenaka

PENGARANG 1930-an

· Abdul Rahim Kajai

· Syed Syeikh Al-Hadi

· Mohd Eunos Abdullah

· Onn Jaafar

· Majalah popular : Kenchana, Hiburan, Kisah, Qalam, Aneka Fesyen, Asmara, Tunas dll.


Majalah Al-Iman (1906-1908)

· 3 org tokoh: Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin,Haji Abas Mohd Taha dan Syed Syeikh Al-Hadi

· Rencana mengandungi unsur Islam

· Semangat kebangsaan

· Ditutup kerana tekanan ‘Kaum Tua’

· Haji Abas menerbitkan ‘Neraca’ tahun 1911

· Majalah Guru (mula terbit 1924)

· Oleh Kesatuan Guru-Guru Melayu Selangor, N.Sembilan dan Melaka.

· Rencana tentang pengetahuan dan pendidikan

· Menjadi perintis perkembangan sajak

· Majalah Pengasuh
( mula terbit 1918)

· Diselenggara oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

· Kandungan : Fahaman tua/’Kaum Tua’ bersifat konservatif dan ortodok.

· Lidah utama golongan ini.

· Bertahan selama 20 tahun.

SIFAT-SIFAT AKHBAR TAHAP AWAL

· Jumlah akhbar terbatas

· Berita yang dimuatkan terbatas bilangannya

· Banyak berita luar negara - Parsi dan Turki

· Ruangan diisi oleh rencana khas dan surat pembaca

· Penerbitan diusahakan oleh hartawan Islam bukan Melayu

PERANAN

· Memperkembangkan bahasa Melayu

· Memperkembangkan cerpen Melayu

· Memperkembangkan sajak Melayu

· Memperkembangkan novel Melayu

· Membentuk pemikiran orang-orang Melayu

No comments:

Post a Comment